Saturday, June 13, 2020

•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Maruku Reben/Leper Kacang Hijau Daun Kari Warisan Bonda Yang Sempoi & Rangup •*¨*•.¸¸⊰✿¸


 min refer maruku ni dari 'resepi dari dapur farida'plus edited/adjuss ngan warisan bonda tersayang .. ada yg guna tepung gandum, tepung beras but my mum guna tepung sagu .. so sebenarnya pelbagai version cara2 membuatnya

bahan2nya :-)
-----------------

  • 1 kilo tepung kacang hijau goreng / roasted peas green flour - any brand like alagappas' mena's
  • 1 kilo tepung sagu
  • 2 biji kelapa santan- didihkan & dptkan 5-6 cawan pekat2, masak sehingga didih, hny pki seckpnya shj..
  • 1sdt garam
  •  1sdt serbuk cili
  • 1sdt jemuju (*)
  • 1 sudu besar jintan manis (*)
  • 1 sudu besar jintan putih (*)
  • 60 gm majerin(cairkan..pakai bila suam) - optional min x letak pun
  • segengam udang kering - optional
  • 2 biji telur - optional
  • 1 sudu besar gula - optional

(*) kisar & gaulkan bsama

cara2 membuat2nya :-)
----------------------------

  • sangai / goreng tanpa minyak jintan manis + jintan putih, slps itu kisar j manis j putih + jemuju sehingga halus

  • tepung kacang hijau + tepung sagu diayak bersama .. masukkan jemuju+ jintan manis + jintan putih yg telah dikisar tadi ..
  • masak santan sehingga mendidih, tujuanya ialah supaya maruku kita tidak meletop ketika menggoreng nanti .. 



tepung kacang ijau ya ..bkn dal ..min sori mori
  • - apbl santan dah suam, masukkan santan ke dlm campuran tepung sedikit-sedikit sehingga membentuk doh, doh hendaklah tidak terlalu lembik or terlalu keras untuk dimasukkan ke dalam acuan maruku atau sehingga adunan tidak melekat di tangan ...


  • - masukkan ke dlm bekas maruku n boleh la diputarkan ke atas minyak goreng yg telah dipanaskan .. cth acuan maruku yg min guna spt di bwh ya ...source : google




  • - mskkan daun kari sms mgoreng maruku, tujuan tuk aroma wanginya ...


  • - goreng sehingga garing dan kekuningan.. angkat n toskan minyak ... its doneeeee







        ---------------------------------------------------
Tips Supaya Maruku Tidak Meletop

        ----------------------------------------------------

  • santan kelapa hendaklah dimasak sehingga mendidih, jk guna santan x masak maruku akan meletups dan menyukarkan kerja2 mgoreng ..
  • meletakkan marjerin/planta boleh menghalang maruku dari meletop juga tp memiliki kesan yang seakan2 bminyak .. 

--------------------------------------------------------
                    Khasiat Buah Jemuju

---------------------------------------------------------

Jemuju merupakan sejenis sayur atau perasa yang sering digunakan didalam masakan. Disamping ianya sejenis herba pokok renek, herba ini juga mempunyai aroma wangi seperti daun ketumbar. 
Ciri fizikal rumpunnya seakan pokok tutup bumi, namun daun jemuju adalah lebih panjang dan berwarna hijau berkilat serta bergerigi dibahagian tepi. Daun-daunnya terbit di sekeliling jambak, menegak keras tetapi mudah layu selepas dicabut.
Walaupun daun jemuju berbau wangi tetapi akarnya adalah sebaliknya. Akarnya berbau hambar tetapi sedikit manis. Antara nama lain yang digunakan bagi daun Jemuju adalah Jemuju Ketumbar Jawa, Juruju gunung (Malaysia), Katumbar londa, Ketumbar mungsi, Walangan (Indonesia) dan Long Coriander Pokok Jemuju yang tua akan mengeluarkan bunga yang bercabang serta buah yang banyak. 
Herba ini mempunyai daya tahan yang tinggi iaitu diantara 2-3 tiga tahun di tapak semaian atau di ladang. Sementara itu, kaedah pembiakan tumbuhan ini adalah melalui buahnya berbiji-biji tajam dan gugur.

 

-------------------------------
  /* Eryngium Foetidum */
-------------------------------

Eryngium foetidum merupakan nama saintifik bagi tumbuhan Jemuju dan sebahagian daripada keluarga Apiaceae. Di Amerika Syarikat Jemuju dijual sebagai sayur dan di panggil ‘Culantro” kerana bau yang terdapat pada daun pokok ini seakan pepijat atau tepus kesin (Pungent odour). 
Malah bagi mengekalkan rasanya, daun pokok ini perlu dikeringkan sebelum disimpan. Ia berasal daripada Mexico dan Amerika Selatan namun ditanam di hampir seluruh dunia. Berikut merupakan kaedah perubatan tradisional bagi tumbuhan Jemuju:-

  • Bagi mendapat rambut yang sihat dan mengilatkan rambut boleh basuh rambut dengan daun muda.
  • Minum air rebusan akar bagi merawat asma.
  • Biji bagi Jemuju dihancur dan ditelan untuk mencuci darah.
 Source : Blog Inana



 --------------------------------------------------
          /* Resepi Asal Dari Dapur Farida */
----------------------------------------------------

MARUKU MELETOP
ramai yg tahu buat..TETAPI ramai yg lokek kan resepinya..biar saya yg memberi..boleh buat utk anak2 dam family raya ni



BAHAN2
300 gm tepung pulut
200 gm tepung kacang kuda
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar jintan manis(yg biji)
1 sudu besar jintan putih(yg biji)
1 sudu kecil jemuju
1/2 sudu besar garam
60 gm majerin(cairkan..pakai bila suam)
Segengam udang kering
2 biji telur
1 sudu besar gula
250 ml santan cair
Minyak

CARA2
1.sangan jintan manis dan jintan putih
2.kisar kering hingga halus jintan manis,jintan putih,udang kering dan jemuju
3.satukan semua bahan kering
4.bancuh dengan santan..tambah telur dan garam
5.uli dengan santan...penggunaan santan hanya sekadar utk menguli adunan..tidak semestinya pakai semua..sb ini sukatan agak2 dari saya..biasa saya tak menyukat..letak sedikit demi sedikit
6.uli sehingga tidak melekat di tangan
7.panaskan minyak mengoreng
8.ambil segengam daun kari dan goreng
9.lepas tu tanpa angkat daun kari terus goreng maruku anda dengan mengunakan cetak maruku berbentuk leper
10.goreng kuning keemasan
11.bila masak angkat dan toskan minyak

SELAMAT MENCUBA
by...ida farida mazlan




 

No comments: