Showing posts with label Pelbagai Sambal. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Sambal. Show all posts

Tuesday, December 27, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Nethili Podhi/ Pounded Anchovies Dry Sambal/ Sambal Ikan Bilis Tumbuk Pedas •*¨*•.¸¸❥



A very quick Spicy Nethili Podi, prepared for simple & yummy lunch today which goes well with Sambhar.. Happy trying my dear friends .. Kat bawah sekali sy sertakan khasiat ikan bilis katanya leh ganti dengan osthematrix from shaklee, bg sesiapa yg alahan or cannot goes for anchovies .. But better consult your dietian or mr doc ya ...

Ingredients needed;
------------------------------

  • * Small onion - 8
  • * Cleaned anchovies - handful
  • * Dried red chillies - 10
  • * Chilli padi - 6 (optional)
  • * Half lime - nak jus jek
  • * Salt to taste

  • Stepz-By-Steps How's to :-
    -------------------------------------- :
  • Step 1 - Start dengan menggoreng cili kering, cili padi, bawang goreng dan last sekali ikan bilis ...Pic mcm kat bawah ya ...Kalau nak add belacan pun boleh, nak add lain2 mcm kacang tanah or telur scramble pun sokay je, or kentang goreng, yes petai 3 !! pun ok ...







  • Step 2 - Ambil lesung batu dan start pounded each and every ingredients ...start with chili kering, chili padi, bawang dan last sekali anchovies ...





  • Step 3 - Tambah garam to salt. agak2 ye sbb anchovies ekceli dah masin .. Last sekali perahkan limau tuk jusnya ....




  • Sedap makan dengan nasi panas2 ...drooling jek ! huhu ...
  • Boleh pelbagaikan cara dengan letak cili hijau nk bg colourful, added kacang tanah goreng, kentang goreng, petai !! (yum ! yum !) or scramble egg as well. ....Or anyhtin' that goes with your own palette will do jek ! ... Pics of idea is per below ya !



Finale looks !


+ cili hijau



+ kacang goreng



+ scramble egg (telur digoreng dahulu ya, hancuq2kan dan taburkan dlm sambal)

 for my son .......................

for my son & i ...heheheh




@%% ~end of page~ %%@




Kebaikan dan Khasiat Ikan Bilis (Anchovy)


Ikan bilis tidak asing lagi dalam masakan kita masyarakat Melayu. Ada yang menjadikannya sebagai perencah, digoreng dan dibuat sambal dan tidak kurang memasukkannya ke dalam gulai untuk menambah rasa. Bagi yang berpantang dalam bersalin, menu yang biasa diambil adalah ikan bilis goreng yang rangup dimakan dengan nasi putih panas. Sangat menyelerakan.



Namun, adakah anda tahu kelebihan nutrien yang ada dalam ikan bilis? Jom semak, apakah Vitamin dan khasiat di sebalik ikan kecil ini.



Vitamin A. 



Satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. Menurut National Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus.

Kalsium

Ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat.

Kalium

Jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot.

Selenium

Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36 mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untuk penyakit-penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit, laporan dari MedlinePlus.


sumber: http://www.livestrong.com/article/359826-what-are-the-health-benefits-of-anchovies





Friday, October 21, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Sambal Goreng Ikan Bilis Garing Menggunakan Cili Segar aka Cili Hidup •*¨*•.¸¸❥


yup mmg N3 ulang tayang cuma menggunakan cili segar this time around... seperti cili kering, sambal cili segar pun bole bertahan lama if betul2 goreng the chillies, min x berani jamin 1 month or so, yg pasti more than 2-3 weeks tu no hal  ... in shaa Allah ...



Bahan2 Sempoi Gilez :-)
---------------------------

  • ikan bilis secukupnya ... sy gunakan gred ntah ler, tp q baik jugak la ... in shaa Allah lebih sedap
  • bawang putih
  • bawang merah
  • bawang besar - optional, lau suka la
  • cili segar - beli cili segar dan blend ya ... pastikan cili all hancuq
  • serbuk perasa - optional
  • garam
  • sedikit air asam jawa or asam keping - bg yg x tahan 'bahang' cili, optional
 



Method PenyediaanNya :
-------------------------------

  • 1 - Rendam sekejap ikan bilis + cuci + selawat, leps goreng tanpa minyak dalam kuali untuk mengeringkan airnya. Put aside kat tepi kuali ikan bilis ni sementara tuangkan minyak dalam kuali. Tunggu sehingga minyak panas ganaz enuff and then scoop the bilis masuk dalam kuali.


  • 2 - Goreng ikan bilis sehingga garing. Kemudian saya letakkan di atas kitchen paper untuk menyerap minyak lebihan (kurengkan kolestrol kuikuikui, kalau suka boleh hancur2kan sikit ikan bilis ni). Minyak goreng ikan bilis tadi jangan dibuang tapi digunakan untuk menumis bawang dan langkah seterusnya. Itulah secreto de amor yg boleh membuatkannya aromalicious & yummylicious tau ! ce try !

  • 3 - Itu tips untuk sambal goreng sedap tau !! Tips untuk mendapatkan ikan bilis yang garing :-

  • Belahkan ikan bilis tu dan buangkan kekotoran dalam perut ikan bilis itu.
  • Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.
  • Panaskan minyak dalam kuali sehingga ada asap-asap sikit.
  • Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.
  • Lepas seminit dua atau apabila korang nampak ikan bilis ada kuning2 sikit, kecilkan api dan goreng sampai masak.


  • 4 - Tumbuk bawang putih, bawang merah sehingga hancur, selepas itu tumis bawang putih dan bawang merah sehingga garing.

 Tips Mengharumkan bawang tumis :-
-------------------------------------------


  • Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih pastikan bawang putih itu dicincang dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis. Pasti wangi baunya ...

  • 5 - Selepas itu masukkan cili segar yang telah diblend tadi. Goreng sambal sehingga garing dan naik minyak. Letakkan bahan2 perasa, kalau nak letak gula pun boleh. As i am Hang Tuah's Heritange ...gula in masakan is not the choice at all la kan ..ahaks ! .. Pic seperti di bwh ya :-



  • 6 - Setelah cili betul2 garing, masukkan bahan perasa2 seperti garam, bahan perasa, gula dsbgnya or bawang besar pun boleh masukkan sekali at this point. 




  • 7 - Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng yang telah digoreng dan diletakkan di atas kitchen towel tuk serap minyak. Kacau rata sekejap dan serve ! Voila ! Devine tol !!
 

  • 8- Done !!! ..Oh ya bawang besar tu suka hati nak masuk or not, lau anak ramai masuk ler ...x ckp nnt hehehe, bg yg suka ratah bilis jek cam miss rose mmg jadi mcm snek gitu ..... Lepas tu telinga, mata n hidung mancung ala2 Melayu dah klr asap kuikuikui ... kepedasan melanda, itulah kebenaran hahah ! Kebenaran x pernah mbohongi ...:-)



Ringkasannya :-
--------------------

  • Bagi yang tak tahan rasa 'bahang' cili boleh letakkan sedikit air asam jawa or asam keping ..Ada orang perut sensitive rite ...just nak cut off 'kepedasan' cili ...
  • Boleh masukkan mcm kacang tanah yg dah digoreng, leh masukkan pepe ikut kreativiti memasing, ada yg masukkan keropok ubi yang telah digoreng bagai, so jadi mcm snek la ...
  • Oh ya, mangkuk berisi sambal tu leh sengetkan sedikit (faham ke idak ni ya?) ...supaya lebihan oil tu leh ke tepi mangkuk, dah de axcess oil buangkan and buat again n again ... so that kita makan sedap but stay slim-mlim ..ahaks !! ...
  

  • Kebarangkalian tuk x succeeded/berjaya (or FAILED) buat sambal ni 0% peratus la kot mcm masak maggi jugak, sape la yg pernah FAILED masak maggi kan? kan?, ...but all depends jugak 'air tangan' siapa ... Yang penting bilis jgn hangus or burn, sambal kene garing and bahan perasa kene 'balance' ..tu jek ..In Shaa Allah *wink*. K uols ! Selamat Mencuba ya ! 
  • Korang perasan tak sambal yang dibuat dari cili segar ni a bit dull or orange in color? hah tulah kebenaran ... sambal dr cili kering warnanya darker sikit ..Miss Rose yakin if uols try buat guna cili segar lps ni x pandang yg buat guna cili kering/giling ...huhu ...** terbaek **
  • Lau makan masa bilis tu garing, hulamak ...mmg x toleh kiri-kana, atas-bawah-sisi lagi ...k la ...till then, take care *muahs ! muahs !*

boleh tgk kat video ni cara2nya ya .. selamat mencuba !



´•*¨*•.¸¸❥¸  •*¨*•.¸¸❥ Sambal Goreng Ikan Bilis Garing Dengan Cili Segar / Cili Hidup •*¨*•.¸¸❥


Friday, August 19, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Sambal Belacan Mempelam / Mangga Muda - Versi Goreng & Un'Goreng' •*¨*•.¸¸❥

Pelam or Mangga ? Apa bezanya ye? Puas bertekak tentang mangga dan pelam.. pelam lain..mangga lain..dan akhirnya...satu keputusan telah ku perolehi.....pelam, mempelam, kuinin smua tu adalah sebenarnya Mangga!!!

Yang membezakannya hanyalah sebutan atau panggilan yang kita beri pada nama buah mangga..:-

  • pelam/mempelam : sebutan orang utara
  • pauh : orang pntai timur
cuma....biasanya di Malaysia... Pelam berwarna hijau dan rasanya masam.. manakala Mangga berwarna kuning/jingga yang rasanya manis sekali.... HAKIKATnya, sama sahaja...



FAKTA tentang Mangga ::
------------------------------
  • Mangga merupakan satu tumbuhan yang terdiri daripada 35 spesis pokok buah
  • Tiada info yang tepat tentang asal pokok buah mangga, tetapi kebanyakannya percaya ia datang dari Asia Tenggara & Asia Selatan
  • Nama buah ini datangnya daripada perkataan perkataan Tamil, maankaay
  • Dipopularkan oleh orang-orang Portugis selepas penjelajahan India mereka. Oleh itu, perkataan Portugis untuk buah mangga ialah 'manga'
  • Mengandungi lebih kurang 15% gula, 1% protein dan banyak vitamin A, B dan C. 
Sumber: Wikipedia






Sambal Mempelam Muda Goreng
Resepi : HaSue

Bahan2Nya :
-----------------------------------

  •     3 biji mempelam muda (yg bijinya masih lembut) -kupas,buang biji dan potong kecil
  •     2 tangkai Cili merah + cilipadi (letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
  •     2 ulas bawang merah*
  •     Segenggam ikan bilis kupas* - - boleh digantikan dengan ikan goreng semlm ke :D ...
  •     1 sudu belacan*
  •     Sedikit garam dan gula/perasa
  •     Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis (lebih krg 2 sudu bsr)

Cara2 MembuatNya :
--------------------------------
  • Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
  • Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!



Sambal Belacan Mempelam Muda

Bahan2Nya :
-------------------
  • 150 gram isi mempelam muda - dicincang
  • 40 gram cili padi
  • 300 gram belacan
  • 80 gram bawang merah
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil gula halus


Cara2 MembuatNya :
--------------------------------
  • Tumbuk halus cili padi, belacan dan bawang merah. Masukkan garam dan gula. Tumbuk lagi.
  • Campurkan kesemua bahan tumbuk tadi hingga sekata. 



  • Barulah dimasukkan isi mempelam yang telah dicincang. Kacau lagi hingga sekata. Bolehlah dihidangkan.
  • Nk lawa lagi tambah cili hijau, colourful sikit ... mmg heaven gilez ... 


Senarai Sambal2 Dalam MyBlogKu ini - Just click on the below link :-
---------------------------------------------------------------------------------------

 

 •*¨*•.¸¸❥ End of Sambal Belacan Mempelam/Mangga Muda •*¨*•.¸¸❥


•*¨*•.¸¸❥ Sambal Jeritan BatinKu by Amy Catering •*¨*•.¸¸❥


Sambal Jeritan BatinKu by Amy Catering
----------------------------------------------------------------
  • Source Asal - https://www.facebook.com/amycatering/photos/?tab=album&album_id=1162655620442080
Bahan2Nya :-
------------------------

  • ikan duri masin/ikan talang - leh tukar ikut suka
  • petai - buang kulit
  • cili padi
  • tomato ceri - pilih colurful sikit, merah, orange & ijau
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sedikit belacan
  • limau kasturi/sambal

Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------


  • 1 - Bahan2nya..agak2 je la. Nak pedas boh la cabai kecik tu lebih..tomato tu blh guna tomato biasa (mak potato :-). Ni kes apa yg ada dlm peti es je..
  • 2 - Ikan masin goreng dulu. Rendam dulu dgn garam & buah limau. Bg kurang masin tp kalau suka rasa masin ikan tu tak pyh la rendam. Ni ikan duri masin, blh guna ikan talang lg sedap.



  • 3 - Mnyk grg ikan masin tu tumis cili, bwg & belacan yg dah dikisar. Dah garing boh gula dan air limau nipis sikit.


  • 4 - Masukkan semua rencah tu sekali rap.... Gaul sama rata.


  • 5 - Kacau2 bg sebati semua dan petai tu empuk. Rasa kut kurang apa2 tmbh la apa yg patut.


  • 6 - Tarrraaaaa...dah siap! Perah asam limau ...Lagi perangat lg sedap..tak pyh lauk lain dah. Cukup yg ni je..ada sambal, ada ikan masin dan ada ulam petai.
.

Senarai Sambal2 Dalam MyBlogKu ini - Just click on the below link :-
---------------------------------------------------------------------------------------

 

 •*¨*•.¸¸❥ End of Sambal Jeritan BatinKu by Amy Catering •*¨*•.¸¸❥