Showing posts with label ❤ Koleksi Biskut Raya ❤. Show all posts
Showing posts with label ❤ Koleksi Biskut Raya ❤. Show all posts

Sunday, June 21, 2020

•*¨*•.¸¸⊰✿¸ © Biskut/Kukis Brownies Kedut Yang Rangup & Mudah Menggunakan Bahan2 Yang Simple •*¨*•.¸¸⊰✿¸


 
min amik resepi 1 ni dari mingguanwanita.com dated april 5, 2019, resepi 2 min amik dr iluminati.com .. resepi 1 dah try 2nd lum cuba gik.. resepi 1 tidak mgunakan baking powder dan beza ke-2nya ialah 1 kedut beribu2 1 lg x brp kedut, menurut pemilik asal resepi ke-2 kalau kedut 1000 tu x jadi, dia nk x brp kedut gittew...tp bg min apa yg penting taste dai la ... if 2-2 taste sedap itu yg terbaik ye x?

--------------------------------------------------------------------
/*        Resepi 1 - Biskut Brownies Rangup Kedut 1000        */
--------------------------------------------------------------------


Bahan2Nya :-)
---------------------------

  • 350 gm dark chocolate
  • 100 gm butter
  • 3 biji telur
  • 200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
  • Esen vanilla
  • 200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko

Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------

  • 1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je. Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
  • 2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
  • 3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
  • 4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
  • 5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.
  • 6. Bakar pada 140/150C selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).
Note : min xde macaroon mat, so print pattern bulat2 on the paper and alas ngan parchment paper ya ..

Siap, Selamat mencuba!
MW : Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.

Sumber: Noran Nordin



---------------------------------------------------------------------------
/*                Resepi 2 - Brownies Cookies Ezza Delights              */
---------------------------------------------------------------------------
Terdapat dua versi brownies cookies yang boleh dibuat, iaitu jenis chewy (dibakar 12 minit) dan jenis crunchy (dibakar 15 minit).

Nota: Di sini ditunjukkan bahan dan tahap putaran telur dan kelikatannya setelah digaul dengan gula icing dan tahap kepekatan coklat tersebut setelah dimasukkan tepung. 

Bahan2Nya :-)
---------------------------

  • •    185gm dark chocolate (pemilik resepi guna jenama Beryl's)
  • •    40gm buttercup (pemilik resepi guna ini sahaja)
  • •    95gm gula icing (boleh kurang jika tidak suka manis)
  • •    50gm tepung gandum
  • •    2 biji telur 'B (pastikan baru) - penting

Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------

  • 1. Cairkan coklat tadi menggunakan kaedah double boil.
  • 2. Apabila telah larut, masukkan mentega dan kacau keduanya sehingga larut.  Angkat dan biarkan suam seketika.
  • 3. Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur menggunakan hand mixer sehingga nampak buih sedikit. Masukkan gula icing dan putar sebentar.
  • 4. Campurkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi. Pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke sejuk.
  • 5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat dan telur tersebut. Kaup balik dengan lemah lembut, bukannya diputar dan digodek ikut suka hati.
  • 6. Siap dan masuk ke dalam piping bag.
  • 7. Panaskan ketuhar.
  • 8. Atas parchment paper atau silicon mat, pipekan adunan coklat tadi sebesar duit 20 sen lama sehingga habis dan bolehlah dihias dengan badam atau kekacang lain atau kosong sahaja.
  • 9. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' mengikut ketuhar masing-masing selama 15 atau 20 minit.
  • 10. Untuk dapatkan biskut berkeadaan chewy, hanya bakar dalam 10-15 minit. Jika mahu garing, dalam 15-20 minit.
--------------------------------------------
 
/*          Nota           :        */
-------------------------------------------

  • ➡ Apabila mengembang, di sini anda dapat lihat ianya mula berkaki dan retak. Paling mengujakan apabila tengok ianya menjadi.
  • ➡ Adakalanya masa rekahan seperti kedut seribu. Pemilik resepi tidak suka sebegitu dan anggap ianya tidak menjadi kerana tidak cantik.
  •  ------------------------
     
    /*          Tips  :        */
    -----------------------
  • ➡ Untuk hasil yang amat rangup, tambah cream of tar tar.
  • ➡ Tambah tepung dan serbuk penaik. Cadangan: 2x tepung dan sesudu teh serbuk penaik. Guna tepung superfine.
  • ➡ Kurangkan cooking chocolate. Contohnya, jika resepi menggunakan 200grm, anda guna 150grm.
  • ➡ Ia sama sahaja seperti buat biskut biasa, bezanya lembik sedikit dan double boil mentega dan cooking chocolate.
  • ➡ Jika mahu tahu biskut tersebut sudah masak, atasnya akan berkilat dan pecah berkedut-kedut.
  • ➡ Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam loyang kerana ketika ini biskut masih lembut. Setelah siap, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
  • ➡ Jika menggunakan dark chocolate beryl's, hasilnya gelap sedikit. Jika menggunakan milk chocolate beryl's, hasilnya cerah sedikit..

Jika buat pertama kali tidak menjadi, cuba lagi sehingga berjaya.

Sumber :
---------------

1. Ezza Wati
2. Dyana Afiq Alfiy
3. Intai Dapur (intaidapur.blogspot.com)
4. Cuba Try Masak (cubatrymasak.blogspot.com)

Wednesday, May 27, 2020

•*¨*•.¸¸❥ #rayapkpb2020 Kuih Rose Goyang Pepel Yang Rangup Beserta Tips Berguna •*¨*•.¸¸❥

 


Source By : Dari Dapur

Dated on :


Kuih ros atau kuih goyang ini mempunya tekstur yang rangup dan rasa sedikit manis. Banyak nama diberikan pada kuih ini antaranya ialah resepi kuih ros, kuih goyang , kuih bunga durian atau kuih sarang tebuan. Ianya kerana terdapat perbezaan pada acuan yang digunakan dari segi corak rekaan.

colour tu boleh jek guna any colour, warna pink or merah is the best, min buat rare warna pepel hikhik .. saje cr kelainan .. rose pepel de kan ? *wink*


Cara Penyediaan Kuih Ros Cantik Seperti Pakar :-)
----------------------------------------------------------


  • #1: Masukkan tepung beras , gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender dan kisar sampai halus. Buat dalam 2 kali sukatan kalau blender kecik. Tapiskan masuk ke dalam bekas besar. Tapis/strain untuk elakkan lumps.
  • #2: Panaskan periuk yang minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng.
  • #3:Celupkan acuan ke dalam periuk 1 dalam 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas 2 yang ada adunan kuih ros tadi. Celup 3/4 daripada acuan sahaja untuk mudahkan kuih ros tanggal. jangan celup keseluruhan acuan.
  •  #4: ulang proses di atas .. jika kuih rose melekat, boleh cungkil dengan lidi sate ya .... pic as per shown down below :-)


  • #3: Seeloknya guna 2 acuan supaya cepatkan kerja. Masak macam biasa dan ulang langkah celup dlm minyak panas khas untuk rendam acuan, celup 3/4 ke dalam adunan, celup goyang dalam kuali menggoreng.

Itu je langkah yang perlu anda buat.... taraaaa...da siap  boleh ngap ! ..



Antara tips berguna bagi hasilkan resepi kuih ros yang sempurna :-)
-------------------------------------------------------------------------------

  • 1- Pilih acuan yang diperbuat daripada tembaga. Ianya ada dijual di bakery supplier .. jika acuan tidak diperbuat dr pure copper akan menjadikan kuih goyang melekat tak turun-turun.
  • 2- Sediakan 2 kuali/periuk .. 1 kuali dengan minyak gorengan, 1 periuk dengan minyak untuk rendam acuan. Pastikan anda celup dulu acuan kuih goyang ke dalam minyak yang panas dalam periuk sebelum dicelup dalam adunan kuih ros ini bagi hasilkan bentuk yang cantik dan mudahkan kuih dikeluarkan daripada acuan.

  • 3- Lepas kuih ros dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.


 

min sudahi dgn doa untuk mengelakkan penularan wabak, semoga kita sihat2 shj hendaknya ...amiiiiinnnn ...


 

Tuesday, February 05, 2019

•*¨*•.¸¸❥¸ Florentine Cookies in PaperCup •*¨*•.¸¸❥¸



cookies ni kira 'WAJIB' menjelang perayaan sbb senang membuatnya ...min buat dlm papercups la kali ni sbb maleh nk buat adegan potong-memotong heheh . x semestinya buat ms perayaan .. bila2 masa pun boleh gittew 

tricknya kali ni min campuq cinnamon powder ngan florentine flour tu ....so de rs sipcy sikit ... ok la not bad ... ce try :D



Bahan2 SempoNya :)
--------------------------

  • •*¨*•.¸¸❥¸ 200 g Tepung Florenta - ada lg 1 brand tu ala florenta murah sikit ... mcm cookies mix dia pnggil ...
  • •*¨*•.¸¸❥¸ 200 g Badam Keping (Almond Flake)
  • •*¨*•.¸¸❥¸ 100 g Kuaci Hitam
  • •*¨*•.¸¸❥¸ 100 g Biji Bunga Matahari (SunFLower Flex)
  • •*¨*•.¸¸❥¸ 20 g Bijan Hitam (Black Sesame) - cun sikit compare to white one
  • Note : boleh guna any nuts yg ada suka seperti pistachio, walnut or sebarang kaum kerabat kekacang ya ...>_<





Cara2 PenyediaanNya :)
----------------------------
  • •*¨*•.¸¸❥¸ * Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit - synya oven kecik so guna suhu 150°C je .
  • •*¨*•.¸¸❥¸ Note : sebenarnya sy dah run a test-out, bakar dulu the nuts and bakar all nuts together with florentione flour ..the outcome/result sama jek ...so, better save your TNB bill bakar sekali jek, x perlu 2-3x baking ....
  • •*¨*•.¸¸❥¸  Satukan semua bahan seperti yang tertera di atas ke dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna ..pastikan ratio kekacang tu in the 'perfect' potion.

  • •*¨*•.¸¸❥¸  Sediakan papercup secukupnya, put in baking tray mcm pic kat bawah ya 
  • •*¨*•.¸¸❥¸  Sebelum tu, panaskan oven sebentar pada suhu 150°C selama 5 - 10 minits sebelum bakar.

  • •*¨*•.¸¸❥¸  Masukkan sikit tepung di bwh papercup and then kekacangzz nya, taburkan tepung florenta once again utk cover up the 'hole'  
  • •*¨*•.¸¸❥¸  Selepas itu ..lepas tu taburkan bijan hitam n ready to bake !!



  • •*¨*•.¸¸❥¸ Bakar dalam oven selama 5-10 minit. ...biarkan sejuk and boleh la diletakkan di dalam bekas kedap udara ... ready to eat !! once you get the bite, il will never stop !! heheh ...





 Notes :
------------

  • *** Tepung florenta yang tidak digunakan hendaklah disimpan di dalam freezer untuk mengelakkannya dari terkena udara dan membeku. 
  • *** Selain tepung florenta boleh gunakan any label under 'Crispy Mix' ..kesedapan itu sy x pasti plaks ya sbb x pernah guna ..harga may be sedikit murah compare dari 'Florenta'.
  • *** Lagi banyak tepung Florenta yang digunakan cookies lagi bertambah manis dan berkilat2 atas dia gitu uols. So nak lebih sweeeetttt guna lebih byk florenta ..ha gitu la ...



for those celebrating CNY ... may have a wonderful year !! 





~* Semoga Bermanfaat dan Selamat Mencuba *~