Monday, September 03, 2012

❤ •.¸¸❤ ¸¸.•*¨*•♫♪ Doa Pengasih & Petua Awet Muda ❤ •.¸¸❤ ¸¸.•*¨*•♪♫•**❤

 
Saya buat this entry sebab lately rasa mcm muka dah x awet muda lagik ..heheh ..so kengkawan, try dan amalkanlah ..Kita hanya berusaha & tawaqal je la ..Ketentuan datang dari Allah AzzaWajalla ..InsyaAllah, semoga ianya dapat diamalkan dan dimanfaatkan ...saya dah amalkan ke? hehehe ...jawapannya mana 'DAN' je la ...wakaka ...tp insyaAllah x pernah lupa baca surah Al-Waqiah tu...Surah Yusuf tu kekadang teringat je ...Untuk wanita yang berkahwin niat je untuk suami, InsyaAllah usaha anda tu diberkati, my target is I wanna stay 'young' for his eyes (of course HEART jugak) from the first moment he saw me till NOW, 4Eva and HereAfter ...InsyaAllah ..InsyaAllah ..Amin Amin Ya Rabbal A'lamin ...AllahuKhairan ...(luv @ the first sight babe! .... ntah la masa tu muda trang tang tang, otak x mature enuff ! but pepe pun i've believed with my own instinct, rsnya dia pun mcm tu gak kot ..)

K la, Selamat Membaca dan semoga ada MANFAAT  










Apa Itu Doa Pengasih ?

Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih umum yang terbaik ialah ilmu pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan semua ilmu pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal ilmu ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.

Ilmu ini bukan sahaja boleh digunakan oleh untuk tujuan pengasih sahaja banyak kegunaannya jika anda tahu caranya. Terus terang Ilmu pengasih nabi yusuf ini banyak caranya seperti juga Ilmu penunduk nabi sulaiman. Secara tenung mata, secara diberi makan atau minum ataupun secara batin



Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati ..hehehe (anak sape ler tuh eh?? )


Untuk yang dah berkahwin, doa ini baik untuk pasangan kita, untuk yang belum berkahwin boleh lah diamalkan untuk orang yang dihajati ..Yang penting buat untuk tujuan yang baik k !





Firman Allah SWT maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)





Firman Allah swt maksudnya:

"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)


Caranya:

  • Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. 
  • Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya (huh??). Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. 
  • Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 



DOA & PETUA AWET MUDA

Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. 

  • Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.


  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  • Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk. Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
  • Baca surah Al-waqiah ayat 35-38 setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala, boleh juga dibaca dan dihembus ke dalam air minuman

(Click for Larger View, leh buat WallPaper for Hafalan)
"Sesungguhnya Kami telah  menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan yang istemewa. Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (ABQARAyang tidak pernah disentuh). yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan"  - (Surah Al-Waqiah, ayat 35-38)
Extra Note :
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf (refer kat atas) kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda. Boleh la gugel youtube untuk audionya k !
  • Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut (ayoyo, cacing msk kaki nnt ???) di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun. (alapak rumah i xde rumput, all tile sbb nk prevent kucing berak ..huhuhu, dah kene SKIP this step ..wakaka !)
  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
  • Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan. Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah. Amalkan solat tahajud (ayoyo, tidoq MATI kalu ..).
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif. Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah. Maafkan semua orang sebelum tidur.

Petikan Majalah Anis 2004

 
Selain daripada step di atas saya juga mengambil Collagen Beauty Drink  (kita usaha aje la kan, selebihnya TAWAQAL tu Allah !) - Refer Entry ni ..Saya dah tried out Kinohimitsu, KitSui, Colla Plus, Lennox ..plz don't buy KistSui, do not really works ! ..The rest is OK, superb result !! Ada jugak brand lain di pasaran like serbuk, gel, pill or etc ..


( This one the CHEAPEST so far, 2 big bottle for MYR267.00), 1 for MYR135.00) ..Grape flavour ..




Happy young couple by Сергей Колесников - Stock Photo
sekadar hiasan ...





DOA PEMIKAT

"(Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang yang beriman sangat2 mencintai Allah ) ..." (Surah ?? Ayat ??)


Doa ini juga boleh digunakan untuk menundukkan lawan, gemuruh bila nak gi pegi temuduga, berdebar nak jumpa or bertemu orang berpengaruh like pemimpin boleh la baca doa ini ...InsyaAllah, mudah2an ..







DOA CEPAT BERTEMU JODOH (untuk Wanita)

"(Ya Allah, jadikanlah aku dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah daku dengan kekayaan sehingga memperolehi seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya ..." (Surah ?? Ayat ??)



Doa Pembuka 12 Pintu

Mesti ada yang pernah terjumpa dia ni, mungkin juga baru hari ni terjumpa. Jangan pelik dengan tajuk doa itu, doa ini aku peroleh semasa berkursus bersama Dato Fazilah Kamsah tempoh hari. Doa ini menurutnya bagi memohon agar dimudahkan segala urusan kita pada hari berkenaan. Siapa yang belum bertemu jodoh, yang inginkan keberkatan hidupnya setiap hari, digalakkan untuk membaca doa ini setiap hari apabila hendak keluar dari rumah. Dan jadikanlah doa ini amalan harian. Doanya adalah;




"(Ya Allah, Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih -sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ..." (Surah ?? Ayat ??)


Yakinkan dalam hati apa yang anda inginkan. Insya-Allah akan berhasil hajatnya. Paling penting sekali, moga mendapat rahmat dan keberkatannya setiap hari. Amiin. :)



Disclaimer : Gambar sekadar gambar hiasan sahaja ye. Source : Google. TQVM ..




1 comment:

Anonymous said...

Boleh ke doa pengasih di tiupkn melalui gambar?