Showing posts with label Healthy Living. Show all posts
Showing posts with label Healthy Living. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

.•´ ✿ º ☆.¸¸.•´¯`✿ 10 Cara Menggantikan Tenaga Yang Hilang Di Pejabat .•´ ✿ º ☆.¸¸.•´¯`✿




Kurang tenaga sepanjang hari? Kadang-kadang tidur yang terganggu boleh menjadi penyebabnya. Namun walaupun mendapat rehat yang cukup, diet, rutin olahraga atau pilihan gaya hidup juga boleh menjadi penyebab kekurangan tenaga.


Minum kopi atau susun atur (dekorasi) meja pejabat, ada kalanya juga boleh membantu atau mengganggu keupayaan tenaga anda. Agar tetap bersemangat dan bertenaga sepanjang hari, ikuti beberapa tip di bawah... Berita baiknya pula, tenaga anda boleh ditingkatkan atau dikembalikan menerusi 10 kaedah mudah.

1.Pengambilan magnesium
Mungkin anda telah mendengar nasihat, pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang. Pemakanan yang seimbang boleh memastikan tubuh menerima vitamin dan mineral sepatutnya. Namun, sekiranya anda merasakan diri sentiasa keletihan, boleh jadi anda kekurangan magnesium. Pakar-pakar nutrisi berpendapat magnesium penting dan diperlukan untuk sekurang-kurangnya 300 tindak balas bio kimia dalam tubuh.
Kajian yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Nutrisi Manusia, Jabatan Pertanian di Grand Forks, Nakota Utara mendapati, wanita yang kekurangan magnesium akan memiliki kadar degupan jantung yang lebih tinggi dan memerlukan lebih banyak oksigen untuk melakukan kerja-kerja fizikal. Kesannya, tubuh terpaksa bekerja lebih keras dan membuatkan anda lebih penat.
Pengambilan harian magnesium yang disyorkan untuk wanita adalah sebanyak 300 miligram manakala 350 miligram untuk kaum lelaki. Pengambilan makanan semula jadi seperti badam, kacang hazel, ikan dan bijirin penuh juga membantu.
 



2. Berjalan
Pada saat anda keletihan, anda masih boleh berjalan untuk meningkatkan tenaga tubuh. Pakar-pakar kesihatan berkata dengan meningkatkan aktiviti fizikal, secara semula jadinya tenaga dalam tubuh turut mengalami peningkatan. Tidak memerlukan banyak latihan mahupun peralatan, berjalan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Beberapa eksperimen yang dijalankan oleh Robert Thayer dari Universiti California State menunjukkan, berjalan selama 10 minit bukan sahaja meningkatkan tenaga bahkan kesannya boleh bertahan selama dua jam. Apabila aktiviti itu diteruskan selama tiga minggu, tahap tenaga dan mood turut mengalami perubahan positif.



3. Tidur sebentar
Kajian membuktikan otak yang penat boleh menjejaskan tahap tenaga dalam tubuh. Tetapi, Institut Kesihatan Mental Nasional Amerika mendapati, tidur sebentar iaitu sekitar 60 minit boleh membantu mengubah kesan negatif dan mengekalkan apa yang telah dipelajari serta diserap otak.


4. Jangan tinggalkan sarapan pagi
Mereka yang mengambil sarapan pagi memiliki mood yang lebih baik dan penuh bersemangat serta bertenaga sepanjang hari. Berbuka selepas semalaman berpuasa dapat membekalkan tenaga yang diperlukan seharian.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal Nutritional Health, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kecenderungan meninggalkan hidangan tetap boleh mengakibatkan seseorang terasa letih sepanjang hari.

5. Kemarahan dan tekanan
Pakar psikologi terkemuka, Paul Baard pernah berkata, salah satu perosak semangat terbesar seseorang adalah tekanan.
"Tekanan adalah hasil daripada keresahan. Keresahan akan menggunakan keseluruhan tenaga kita", tambah Baard yang merupakan seorang pakar psikologi sukan di Universiti Fordham, di Bronx, New York.
Tekanan boleh membuatkan anda terasa penat dari aspek mental dan fizikal biarpun anda menghabiskan sepanjang hari terlantar di atas katil. Tekanan pada tahap kronik mahupun tidak kronik boleh menjejaskan kadar tenaga yang seterusnya memberi kesan kepada produktiviti dan perasaan anda.
Akan tetapi, berita baiknya ialah kita boleh mengawal pembunuh tenaga ini dengan merancang aktiviti lebih rileks dalam kehidupan kita. Aktiviti senaman boleh menghilangkan kesan kimia tekanan dan kemarahan.
Selain itu, alternatif kepada senaman termasuklah mendengar muzik, membaca novel berunsur romantik atau sekadar bersembang dalam telefon.
 

6. Banyakkan minum air dan kurangkan alkohol
Anda mungkin sudah sedia maklum tentang perbezaan antara kelaparan yang disebabkan dahaga atau keperluan sebenar terhadap makanan. Tetapi tahukah anda kedahagaan juga boleh bertopengkan keletihan?
Adakalanya, dehidrasi yang amat sedikit pun boleh meninggalkan anda dengan perasaan letih dan penat. Pengarang buku, The Uncle Sam Diet yang juga seorang pakar nutrisi, Keith Ayoob, pernah berkata: "Jalan penyelesaiannya mudah sahaja – segelas air suam sudah memadai untuk memberi tenaga selepas senaman. Pada ketika itu, tubuh amat mendahagakan cecair."
Sebaliknya, jika anda mendapati diri sering berasa letih selepas memperoleh tidur mencukupi semalaman, alamatnya sudah tiba masanya anda mengurangkan pengambilan alkohol pada sebelah malam.


7. Banyakkan bijirin dan kurangkan gula
Apabila anda mengambil makanan manis, kandungan gula dalam darah akan meningkat dan memberi anda tenaga. Namun, apabila kandungan gula dalam darah merosot secara mendadak, ia boleh menjejaskan perasaan anda sekali gus.
Tahap tenaga anda akan bertambah secara perlahan-lahan apabila anda memilih makanan yang kaya dengan bijirin penuh. Ini bermakna anda dapat mengekalkan tahap konsistensi tenaga sepanjang hari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam sebuah jurnal Amerika, Clinical Nutrition mendapati, pemakanan yang kaya dengan bijirin penuh dapat membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin dan membolehkan pembebasan secara perlahan tetapi stabil.

8. Snek
Snek hebat bermakna snek yang menggabungkan protein, sedikit serat dan lemak seperti biskut penuh bijirin atau dadih dipenuhi kekacang. Karbohidrat dan protein meningkatkan kadar tenaga manakala lemak pula mengekalkan tahap tenaga itu.
 



9. Hasilkan latte
Kafein yang digabungkan dengan kebaikan protein daripada latte rendah lemak boleh membekalkan anda dengan tenaga tambahan serta kalsium ekstra. Jika boleh, gabungkan juga dengan sedikit kacang badam sebagai hadiah bagi memanjakan diri sepanjang tahun baru ini.





10. Fungsi tiroid dan sel darah merah
Jika anda sentiasa terasa letih biarpun sudah memperoleh rehat yang mencukupi, adalah baiknya anda berbincang dengan doktor tentang alternatif yang boleh dicuba. Ujian darah untuk ketidakupayaan fungsi tiroid dan anemia adalah antara inisiatif yang boleh diambil.
Masalah tiroid merupakan satu isu bagi kaum wanita. Biasa berlaku selepas kelahiran bayi, masalah ini juga membelenggu mereka di peringkat peri menopaus. Ujian darah yang ringkas boleh mengenal pasti masalah ini dan andainya anda didiagnosis dengan keupayaan tiroid yang rendah, perubatan boleh menjadi penyelesaiannya.
Bagi kes anemia pula, pengurangan sel-sel darah merah bermakna tubuh anda kekurangan oksigen yang diperlukan untuk mengekalkan tahap tenaga. Disebabkan itu, anda mudah menjadi letih.



Monday, January 14, 2013

:¨·.·¨: `·. 7 Petua Makan Banyak, Tapi Kekal Langsing ♥ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬x▬▬▬




Petua Untuk Makan Banyak…Tetapi Kekal Langsing


1 - Makan dengan Kerap - Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.



2 - Rendah Kalori, Rendah Lemak - Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
 

3 - Utamakan Protein - Orang yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.


4 - Waktu terbaik untuk Minum Air - Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum.




5 - Pagi Selepas Bangun dari Tidur - Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.



6 - 30 minit sebelum Waktu Makan - Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

7 - Sepanjang Hari - Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.by:ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA