Ruang tamu merupakan salah satu tempat yang penting di dalam sebuah kediaman. Selalunya tetamu akan terus masuk ke ruang tamu sebaik sahaja melangkah ke kediaman seseorang. Jadi, ruang tamu yang bersih & selesa adalah sangat penting bagi membuatkan tetamu kita merasa seperti berada di rumah mereka sendiri.
Jom kita tinjau apa barangan asas yang perlu kita ada untuk mewujudkan sebuah ruang tamu yang sempurna;-
1) Set sofa
Sudah tentu sofa merupakan elemen yang penting bagi melengkapkan ruang tamu kita. Pilih sofa yang bersesuaian dengan tema hiasan rumah. Sekiranya anda memilih tema moden, sudah tentulah pilihan sofa dari jenis kulit bersesuaian dengan tema ini. Bagi penggemar tema Ingeris, sofa bermotif flora rekaan Fella Design adalah amat cocok sekali!! Beli sofa yang bersesuaian dengan ruang agar tidak kelihatan terlalu sempit & menyesakkan ruang. Bagi yang mempunyai budget yang lebih, pilih sofa yang berkualiti tinggi agar dapat bertahan lama tanpa perlu ditukar setiap tahun;D
2. Meja Kopi
Sedar atau tidak, meja kopi juga merupakan elemen yang penting di sebuah ruang tamu. Ianya sebagai tempat kita menghidangkan air kepada tetamu. Selain itu, meja kopi boleh dihias dengan bunga hiasan mahupon majalah-majalah kegemaran anda. Pilih meja kopi yang tidak terlalu besar sehingga memakan ruang yang ada kerana ini akan membuatkan ruang nampak sempit & padat dengan barangan.
3) TV LCD
Bagi kediaman yang mempunyai ruang yang terhad, selalunya pemilik akan menggabungkan antara ruang tamu dengan tempat menonton Televisyen. Untuk menjimatkan ruang, pemilihan TV jenis LCD mahupon LED adalah sangat tepat & menyerlahkan taste pemilik kediaman yang bijak dalam mengatur atur ruang kediaman mereka. Anda boleh memilih untuk menggantungkan terus TV ke dinding ataupun meletakkan TV tersebut di atas rak TV yang bersesuaian dengan ruang.
Ada orang tidak menyukai idea ini sebab tak nak sofa dijadikan 'KATIL' ...tapi ada juga yang hendak meletakkan TV di ruang tamu dengan alasan jika tak tahu nak berbual apa boleh borak-borak cerita di TV ...terpulagn kepada masing2 punya citarasa sebenarnya ....
4) Bunga Hiasan
5) Frame Hiasan
Ruang tamu yang tidak dihiasi dengan hiasan gambar tampak seperti hambar & tidak ceria. Oleh itu, anda boleh menghias ruang tamu anda dengan menggantung beberapa frame gambar besar, kecil mahupon berangkai (mempunyai 3 gambar saling berkait). Bagi mereka yang beragama Islam, bolehlah menggantung hiasan ayat-ayat suci al-quran sebagai penyeri ruang tamu kediaman anda. Bagi mendapatkan frame yang pelbagai jenis & warna, IKEA sudah pastinya tidak akan mengecewakan anda!!
5 elemen di atas adalah contoh barang asas yang mesti ada disetiap ruang tamu sesebuah kediaman. Namun begitu, anda bebas untuk menata hias kediaman anda mengikut tema & budget yang anda ada. Ada juga mereka yang tidak sukakan bunga hiasan, maka bolehlah digantikan dengan pasu hiasan mahupon koleksi kristal. Pendek kata, tepuk dada tanya selera;)
1 comment:
Makasih atas sharenya.... banyak hal yang dapat dilakukan untuk dekorasi dinding rumah, Salam kenal yah :) By Toko Lukisan Online
Post a Comment