Showing posts with label Pelbagai Masakan Daging. Show all posts
Showing posts with label Pelbagai Masakan Daging. Show all posts

Monday, June 15, 2020

•*¨*•.¸¸❥ Asam Pedas Perut Lembu Bersama Terung Melaka Style Yang Lazat & Menyelerakan •*¨*•.¸¸❥



min buat warisan bondaku asam pedas la .. this recipe leh buat tuk asam pedas daging/tetel/tulangor perut lembu.. ok jom kita start !!

--------------------------------------------------------------------
/*     Source :  iluminasimedia pada 11 Feb 2019      */
--------------------------------------------------------------------


Asam pedas merupakan sejenis hidangan Melayu yang popular di Melaka dan Johor. Namun, terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini yang memiliki resepi asam pedas yang berbeza. Bergantung kepada citarasa masing-masing untuk melazatkan lagi hidangan mereka. Ianya amat berlainan dari segi rasa dan tekstur.

Kelainan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih lazim digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih lazim di negeri-negeri di utara.


 


Bahan2Nya :-)
-----------------

  • 2 kilo perut lembu - lepas rebus dah tinggal skit jek huhu  - direbus dahulu sehingga lembut and 'tender'
  • 3/4 camca teh lada hitam - tumbuk halus, x letak boleh jugak
  • 1 kiub pati ikan bilis - optional, x letak jugak
  • 3/4 cawan besar pes asam jawa - ikut suka nk byk mana
  • garam dan bahan perasa
  • air asam jawa secukupnya
  • rempah2 tumis seperti bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih 
  • daun2an seperti bunga kantan, serai, daun limau or daun kesum (daun laksa tu)
Bahan2 Yang Dikisar :-)
---------------------------

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 - 2 inci halia
  • 1 - 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan - optional, sy x letak pun .. sort of org kelantan x mkn budu, sy org melaka x mkn belacan huhu :-)
  • 1/2 cawan cili merah/cili giling
  • kerisik/ kelapa goreng - my mum's cooking secret ngredients ni
  • 1 sudu kecil lada hitam * - optional
  • 1 sudu kecil jintan manis * - optional
  • 1 sudu kecil jintan putih * - optional
 
Cara2 MembuatNya :-)
---------------------------
  • perut dibersihkan sebersih2nya dengan mggunakan kapur makan, buang dalamanya yg bewarna hitam & kotor2 tu .. cuci bersih guna limau, tepung or any petua yg boleh bersih & mhilangkan baunya yg x enak ... slps itu rebus sehingga lembut .. *wink*.... begitu juga bersihkan sayur terung .. min buat jalur2 di kulit dan potong ikut suka

  • blender bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, kerisik, jintan manis, jintan putih, blecan (jika suka), cili kisar dsbgnya ...

  • tumiskan rempah 4 sekawan - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi dan sedikit garing dan selepas itu masukkan bahan2 kisar ... goreng sehingga pecah minyak dan garing ....

  • goreng bahan2 kisar masak hingga harum, masak hingga bahan2 kisar tadi harum garing dan naik/terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Anggaran masa kira2 3-5 minits kot
  • masukkan pes asam jawa dan kacau rata (anggaran 1 liter) mengikut, kacau rata dan biar mendidih. tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk dan bunga kantan (jika suka)
  • masak sekejap dan masukkan daging or tulang or daging tetel... kacau perlahan. masukkan daun limau, bunga kantan (jika suka) dan serai... perasakan dengan garam secukupnya dan bahan2 perasa yg anda suka ... akhir sekali boleh mskkan terung yg telah direbus tdahulu, jika mskkan yg belum rebus kene masak lama sikit .. slps itu boleh la dimatikan api .... 

  • voila !! dah siapppp ...hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain ..... dapNya ... :-)

Tips2 MengHasilkan Asam Pedas Terangkat :-)
--------------------------------------------------------------
  • in order to achieve KPI (sedap hingga menjilat jari) kuahnya hendaklah pekat .. secret ingredients my ibunda masukkan k-e-r-i-s-i-k ...yup yg masuk dalam rendang tu ...Kerisik tu dibuat sendiri ya ...Parut kelapa dan goreng tanpa minyak sehingga keperangan ...if uols nk tumbuk, tumbuk la ...if not masukkan sekali dalam bahan2 kisar ...itu tips my mums la ....uols may be ada cara tsendiri kan  .....? ...
  • masukkan belacan, kiub ayam juga boleh menyedapkan masakan ...Lepas tu 'cook la from the heart', bc2 sikit 'dabra ca dabra etc...bla ...bla .... huhu ...insyaAllah (sebaik2nya ayat2 al-quran seperti melembutkan hati anak2 n suami, doa anak rajin belajar or jadi anak soleh ke,... gurau je td tu) ....niat yg baik tu Allah SWT perkenankan ...allahu khairan, insyaAllah ...
  • cara terakhir, asam pedas sedap dimakan keesokann harinya huhuhu ...mmg power gilez...ce terai uols mesti agree 100% ngan min ...Makan ngan cekodok gagau panas2 ke ...hulamak ! .. mmg x pndg blkg, kiri, kanan atas bwh gamaknya..



Asam pedas Melaka lebih enak jika digandingkan dengan sayur campur, ulam-ulaman dan ikan goreng panas

Petua Menghasilkan Asam Pedas Super Power Yums ! :-)
-----------------------------------------------------------------

  • 1. Jika letak belacan, asam pedas anda akan menjadi bertambah kick. Bagi sesiapa yang mempunyai alergik (gatal hidung), anda dinasihatkan supaya tidak letak belacan.
  • 2. Jika mahu rasa lebih lazat, masak awal 3 atau 4 jam sebelum makan. Lebih lama lebih lazat kerana baru rasanya sebati. - mkn esok pun lg terangkat !! cecah cekodok gagau ke ...mak aiii .. xleh bwk bincang ..
  • 3. Lebih pekat, lebih lazat.
  • 4. Jika menggunakan bahan2 segar, lebih terasa kelazatannya. Sehingga boleh hirup kuahnya cthnya seperti ikan fresh, daging lembu segar
  • 5. Untuk mengetahui sama ada asam pedas anda menjadi atau tidak, jika baunya masih melekat di tangan selepas anda basuh tangan walaupun menggunakan sabun, ia bermaksud masakan anda menjadi... 
 

Sumber :-)
------------------

1. Aryn Naza [1, 2]
2. Wikipedia Asam Pedas

3.
Edited By : callmemissrose@redroses2u.net




•*¨*•.¸¸❥¸ End Of Asam Pedas Daging Melaka Style •*¨*•.¸¸❥¸

Monday, June 08, 2020

•*¨*•.¸¸❥¸ © Resepi TomYam Poktek Bersantan Seafood Ala Thai or Tom Yum Talay Yang Menyelerakan •*¨*•.¸¸❥¸



'poktek' dalam bahasa Thailand bermaksud 'pedas', min pastekan apa itu tomyam "

"tom yam" are derived from two Thai words . Tom refers to the boiling process, while yam refers to a Thai spicy and sour salad.Tom yum is characterised by its distinct hot and sour flavours, with fragrant spices and herbs generously used in the broth. The soup is also made with fresh ingredients such as lemongrass, kaffir lime leaves, galangal, lime juice, fish sauce, and crushed red chili peppers

juga dikenali sbg tomyam bersantan, tomyang tongkang pecah, org thai panggil tom yum talay, btw, min refer resepi ni dari azhan.co, kat bwh ada tips2 tuk dptkan tom yam yg lebih yummylicious ... Resepi 2 plks min ambil dr majalah KELUARGA sbb mcm menarik jek steps2nya gittew - ok jom kita start !!

Resepi Tomyam Poktek Ala Thai
-------------------------------------
 

source : azhan.com
edited/images by : callmemissrose@redroses2u.net

Bahan2Nya :-)
--------------------


  • 600gm isi ayam
  • (boleh gantikan dengan daging atau seafood seperti ketam, lala, sotong dan udang mengikut jenis tomyam yang hendak disediakan - min guna dagng yg telah direbus & udang shj)
  • 6 batang serai
  • 15-20 tangkai cili padi (kepedasan mengikut citarasa masing-masing)
  • 2 mangkuk santan pekat (atau susu cair)
  • 6 helai daun limau purut
  • 3 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 paket cendawan tiram - min skip
  • 2 tangkai daun bawang - min skip
  • sedikit bunga kobis
  • secekak daun ketumbar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 kiub tomyam - min guna perencah adabi tomyam putih
  • 3 sudu teh cili paste (disyorkan brand mae pranom asli Thai - madam pum)
  • 2 sudu besar sos nam pla (sos ikan)
  • 1-3 biji limau nipis besar (perah airnya) - leh sub ngan air asam jawa, ktnya lebih sedap ...
  • 2-3 batang daun celery - min +


Cara2 Memasak Tomyam Poktek :-)
------------------------------------------

  • 1.      Potong isi ayam nipis-nipis. Serai dipotong menyerong kasar. Hiris kasar halia, lengkuas dan bawang besar.  Tomato dipotong wedges. Bunga kobis dipotong kecil. Siat-siat kasar cendawan tiram dan daun limau purut.
  • 2.      Ketuk sedikit cili padi. Boleh gunakan lebih cili padi kerana santan akan membuatkan cili padi menjadi kurang pedas.
  • 3.      Masukkan santan ke dalam periuk bersama serai, lengkuas dan halia. Didihkan sambil mengacau.
 

  • 9.      Biarkan seketika sehingga semua bahan berubah warna dan agak masak.
  • 10.  Masukkan cili paste, sos nam pla dan kiub tomyam.
  • 11.  Boleh rasa dahulu dan adjust rasa masam, masin dan pedasnya.
  • 12.  Masukkan pula ayam dan masak lagi sehingga separuh masak.
  • 13.  Masukkan cendawan, daun bawang, daun ketumbar (perlu ada) dan daun limau purut serta cili padi.
  • 14.  Masukkan sedikit air limau nipis, bawang besar dan tomato. Didihkan sebentar saja.

  •      15.  Bila sudah cukup rasa dan sayur pun dah masak matikan api. Angkat dan hidangkan.
 Tips Penyediaan Tomyam Agar Lebih Sedap :-)
------------------------------------------------------

  • Siapkan kuah tomyam dahulu (adjust rasa dan sebagainya) untuk mengelakkan bahan-bahan basah menjadi terlebih masak (overcooked).
  • Gunakan tomato puri untuk nampak lebih merah dan cantik serta masam.
  • Resepi tomyam ala Thai adalah dengan menambah lengkuas/daun ketumbar.
  • Untuk kuah yang lebih pekat, tambahkan lagi santan atau susu cair.

 


RESEPI2 - Ini Rahsia TomYam Sedap, Pekat & Pedas.. Teragkat mccam dekat Restoran Thai.. Memamg Umph !
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 source : majalah keluarga
edited/images by : callmemissrose@redroses2u.net


Post ni panjang sikit sbb ramai yg tanya cemana saya masak tomyam sedap (org yg ckp tau bkn saya kehkehkeh ?), ni kat sini saya reveal resepi rahsia and tunjuk bahan dan cara2 masak. Ni cara saya lah ye. Lain org lain cara ye.
Untuk tomyam, saya akan make sure dia pedas, masam dan pekat. Tekak saya mmg suka yg masam. Okeh biasanya saya masak tomyam ayam sbb senang & takyah tunggu lama nak empuk mcm daging.

Nak bitau awal, pes tomyam ni tailen punya dan ia halal ye..kat belah selatan sini takde jual..kalau ada pun dorang pegi amek stok kat siam sana. Pes tomyam brand Madam Pum ni sedap and kat belah2 utara sana and negeri yg dekat2 dgn sempadan sana mmg senang dpt ^_^ (eleh skrg shopee or lazada kan ada !! noprobleno !!)


Bahan2 wajib ;-)
---------------------
  • – bawang besar belah 4
  • – cili api (ketuk)
  • – daun ketumbar @ corriander leaves
  • – daun limau purut
  • – serai – diketuk
  • – air asam jawa @ pes asam jawa
  • – cili boh @ cili kisar
  • – pes tomyam “madam pum” sbb brand ni ternyata sedap! ?? boleh order dgn saya jek nanti kahkah!
  • – ayam/daging/udang/sotong
  • – carrot
  • – cauliflower
  • – baby corn
  • – celery
  • – buah tomato belah 4
  • – cendawan

Cara2 memasakNya :-)
-----------------------
  • masukkan air, bawang besar belah 4, cili api – didihkan.
  •  masukkan cili boh @ cili kisar – tunggu didih.
  •  masukkan pes tomyam (pes ni kalo kedekut pun nnt tak rasa, mula la komplen knape eh tomyam kite tak sedap? Pukkk kanggg!).
  •  masukkan ayam – tunggu didih nak bg ayam empuk sikit.
  •  masukkan serai yg diketuk.
  •  masukkan daun limau purut.
  •  masukkan carrot.
  •  masukkan pes asam jawa adabi.
  • ** time ni boleh rasa dulu masam dan masin dia semua **
  • masukkan garam.
  •  masukkan sayuran lain (baby corn + cauliflower + celery).
  •  masukkan cendawan (button mushroom + straw mushroom + oyster mushroom + enoki mushroom) – tunggu didih.
  •  masukkan tomato – kacau sekejap.
  •  tutup api. 
  •  masukkan corriander leaves @ daun ketumbar.

Siap! Favorite saya ratah @ buat kuey teow tomyam @ spaghetti tomyam.
Mabeles!!

Tips Menghasilkan TomYam Yang Mabeles  :
-----------------------------------------------

~ saya masak tomyam tak pernah tumis. Sbb kat pes dah berminyak, kat ayam pon sama. So lebur jek semua ?
~ saya masukkan cili boh @ cili kisar untuk dptkan warna merah cantik, pedas.
~ instead of perahan limau, saya guna asam jawa sbb lebih sedap, lebih masam dan lebih pekat. Saya hantu tomyam, so saya dah try and error banyak kali dah. So far ini yg terbaik! 
(y)
~ kalau ada daging, bole masukkan awal. Kalau udang/sotong, masukkan kemudian bersama sayur sbb udang/sotong cpt masak.
~ sayuran keras spt carrot perlu masukkan lebih awal berbanding sayuran lain. ~ buah tomato masukkan yg last dan tak perlu lama sbb dia cpt lembik.

 








  • Selain itu, 8 langkah ini wajib buat!
  • ---------------------------------------------
  • Tumis Dahulu
  • Walaupun menggunakan pes tomyam jenis cecair yang sudah sedia minyaknya, anda haruslah menumisnya terlebih dahulu bersama sedikit minyak. Sendukkan dua sudu besar pes tomyam dan biarkan garing seketika. Jika mahu lebih rasa umphh, anda boleh juga menambah lebih banyak pes ketika menumis ini.
  • Serai & Daun Limau Purut
  • Serai dan daun limau purut merupakan dua elemen yang cukup penting dalam penyediaan tomyam. Ketika menumis pes tomyam, pastikan juga serai dan daun limau purut ditumis sekali pada permulaannya. Biarkan naik baunya kemudian barulah dimasukkan kesemua sayur-sayuran beserta ayam, sotong, udang dan sebagainya.
  • Kisar Tomato
  • Untuk memekatkan kuahnya, anda boleh juga mengisar tomato segar bersama sedikit air kemudian masukkan ketika menumis pes tomyam tadi. Jika tidak mahu kisar, anda boleh juga memasukkannya lebih awal dan biarkan tomato hancur dengan sendirinya ketika menumis. Namun proses mengisar buat kuah lebih pekat, sedap dan enak.
  • Letak Susu
  • Bagi yang gemarkan rasa tomyam asli Thai, anda bolehlah menambah sedikit susu cair ke dalam kuahnya. Ini menambah rasa lemak dan enak kepada kuah tomyam. Namun jangan pula berlebih-lebihan, cukup sekadar mencapai rasa dan kepekatan kuah yang anda inginkan. Itu sudah memadai.
  • Campak Pun Sedap
  • Teknik campak-campak memang sedap namun kena ada caranya untuk mencampak. Pastikan sayuran yang agak keras seperti lobak merah, bunga kobis dan putik jagung dicampakkan lebih awal berbanding sayuran lain seperti cendawan yang lebih senang masak. Sebelum itu campaklah dahulu ayam atau daging ke dalam periuk. Biarkan ia masak lebih awal.
  • Hancur Dengan Minyak
  • Bagi anda yang menggunakan kiub tomyam dan bukanlah jenis cecair, cara untuk merenehkan kiub senang sahaja. Selain memasukkannya terus ke dalam periuk, anda boleh juga menghancurkan kiub ini bersama sedikit minyak terlebih dahulu. Kemudian barulah dimasukkan ke dalam periuk berisi sayur-sayuran.
  • Kena Pedas
  • Bagi menghasilkan tomyam yang enak dan umphh, kuahnya juga haruslah pedas dan sedikit masam berbanding daripada biasa. Sebolehnya ketuk cili padi berwarna merah dan biarkan ditumis seketika bagi mengeluarkan rasa pedasnya. Untuk lebih masam, limau nipis jangan pula dilupakan.
  • Lengkuas Kena Ada
  • Selain serai dan daun limau purut, lengkuas juga merupakan bahan utama ketika memasak tomyam. Rasanya berbeza jika anda tidak meletakkan lengkuas ini. Potong lengkuas sebesar ibu jari dan ketuk dengan pisau. Masukkan ke dalam kuahnya dan biarkan direneh lama. Mudah sahaja.
  •  ----------------------------------------------------
  • NOTE : boleh la kut mana2 tips yg dirasakan suai ngan diri sendiri ya ..sbb masak2 ni subjecktif mcm beauty gek, lain org lain caranya ye ? yg pasti everybody can cook ! ... till then ...bubai !!