Source : Harian Metro
N3 kali ni pasal tudung which is aku mcm dah kene fever 'tudung awning' aka ala2 fareeda gitu ...Well if u byk RM x salah rewarding urself with the mahal tudung if then else u r not the 'high paid worker' beli yang biasa2 je la mcm aku ni ...beli tudung mahal utk yg bukan ikan paus mmg tak masuk akal la ...if byk RM tu lain cerita la kan sbb MAMPU ....Ni ada artikel from Harian Metro ..dari sudut pandangan agama ISLAM ..untuk renungan bersama ...
Sepasang tudung berharga RM130 sehingga
mencecah RM300 ke atas mungkin dianggap mahal atau tidak masuk akal.
Namun ada wanita sanggup membelinya disebabkan kualiti, kepuasan serta
rekaan yang tidak diperoleh pada tudung jenama lain.
“Kali pertama membeli tudung berharga RM100, saya akui kelihatan berbeza dan ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri. Walaupun ada mengatakan tidak berbaloi membeli tudung mahal melebihi harga sepasang baju, saya mempunyai alasan sendiri sanggup berhabis duit membeli tudung dan bukan barangan lain,” katanya.
SUHAIDA (dua dari kiri) bersama kakaknya Suriani (kanan) melihat tudung terkini.
aku suka minah kiri pakai tudung (suhaili x salah aku nama dia) ..lawa je muka dia bila pakai tudung awning ni ...may be gek dagu dia V shape kot ...aku ni W shape mana nak cun hahahah ...Tapi one thing fareedanya awning tu mmg xde tandingannya la hasil dari KA-JI-AN aku huhuhuh...aku pernah try tudung fareeda kat BBB tp x pernah beli ..protes sbb harga dia ....unless aku kaya or ada cik abang nak sponsor ke ..huwaaa
sambung balik ...
Dia yang bertugas di sebuah syarikat swasta mengakui tidak berasa rugi malah sangat teruja mendapatkan setiap helai tudung di pasaran. Ini kerana dengan harga ditawarkan, ia berbaloi dengan kualiti diberikan. Jika sebelum ini dia mengenakan pelbagai jenama berbeza tetapi selepas memakai tudung yang harganya lebih mahal, ia bukan saja memberikan kepuasan malah penampilan bertambah anggun.
“Bekerja di sebuah syarikat besar membuatkan saya perlu menjaga penampilan. Jadi tidak salah sekiranya setiap bulan saya memperuntukkan wang gaji membeli tudung mahal sebagai tanda penghargaan untuk diri sendiri. Walaupun setiap tudung melebihi RM100 malah adakalanya RM200, ia sangat berbaloi dan memberikan kepuasan yang sukar diluahkan,” katanya yang setakat ini sudah mengumpul melebihi 300 helai tudung yang nilai semuanya hampir mencecah RM40,000. (mak aiii if saving lagi best ni ..dpt beli saga BLM heheh)
Suhaida bernasib baik kerana suami menyokong dan tidak pernah menolak ajakannya untuk ke butik membeli tudung. Ini menambah semangatnya mendapatkan setiap koleksi tudung eksklusif untuk dijadikan simpanan peribadi. Malah dia tidak melepaskan peluang membeli setiap kali rekaan terkini dipasarkan.
Pengalaman paling menarik ketika berkunjung ke Paris tahun lalu apabila Suhaida disapa lelaki mat salih yang memuji tudung digayakan kerana menampilkan rekaan unik serta berwarna-warni. (aku assume mat saleh tu nak ngorat je kot not pasal tudung ..heeee)
“Lelaki itu bertanya di mana saya membelinya kerana dia ingin mendapatkannya sebagai cenderahati. Katanya lagi, dia tidak pernah bertemu tudung secantik itu di Paris dan di negara lain. Biasanya tudung berwarna gelap seperti hitam atau coklat,” jelasnya.
Pendapat ini dipersetujui kakaknya, Suriani Yusoff, 40, yang turut mempunyai kegemaran yang sama membeli tudung mahal. Mulanya dia tertarik melihat Suhaida memakai tudung jenama itu kerana terletak cantik mengikut bentuk wajah yang sedikit bulat. Selepas mencuba dia terus jatuh cinta dan bermula dari situ, Suriani terus mendapatkan setiap rekaan terkini daripada jenama berkenaan.
“Sebelum ini saya memakai tudung bawal dan tidak pernah mencuba tudung bersengkuap (maksud apa ye? awaning kot tp aku gugel dia kata 'atap tambahan di rusuk atau di belakang rumah ' hahahah)kerana bimbang tidak sesuai dengan wajah. Tetapi selepas memakai kali pertama, saya dapat rasakan ia selesa dan nampak cantik. Ramai menegur saya nampak lebih muda daripada usia sebenar. Teguran ini bukan saja dalam kalangan keluarga tetapi rakan-rakan yang ada antara mereka turut terpengaruh dan bertukar kepada jenama terbabit selepas teruja melihat penampilan saya,” katanya yang bertugas sebagai guru di Putrajaya.
Dia yang gemar bergaya mengakui, pada mulanya agak bimbang memakai tudung daripada warna ceria. Tetapi melihat gabungan warna yang sesuai, ia tidak terlalu janggal.
“Malah padanan warna ini tidak keterlaluan dan boleh dipakai untuk semua warna busana. Ini menyebabkan saya berasa tidak rugi membelinya,” katanya.
Sejak dua tahun lalu, Suriani berjaya mengumpul 200 helai tudung (mak aii byknya tudung ...biar betul ...almost 3/4 tahun dia baru rotate yg no or corak yg 1 again kot ) berharga di antara RM130 sehingga RM200. Sama seperti adiknya dia turut menerima sokongan suami (suami kaya raya kot ...) setiap kali membeli. Ada masa suami menemani Suriani ke butik atau dia bersama adiknya pergi membeli bersama-sama. (seronoknya jadi org kaya ..huhuhu )
“Setiap petang selepas habis waktu sekolah, hati begitu meronta-ronta untuk ke butik walaupun hanya sekadar melihat sekiranya ada rekaan terkini di pasaran dan biasanya kunjungan ini pasti berakhir dengan pembelian sehelai tudung kerana tidak mahu ketinggalan mengumpul semua warna,” jelasnya.
Suriani dan Suhaida turut menyertai kumpulan peminat tudung jenama terbabit yang sehingga kini mencecah setengah juta di laman sosial Facebook.
“Jika ada waktu senggang kami akan menghebahkan menerusi Facebook dan mengadakan perjumpaan dengan peminat lain. Biasanya kami membantu golongan yang memerlukan atau wanita susah dengan cara menyumbangkan barang keperluan dan wang kepada mereka. Ini satu cara memberikan khidmat masyarakat kepada individu yang memerlukan,” katanya.
Menyedari setiap tudung memberikan nilai yang sangat bermakna kepada dua beradik ini, mereka menyimpannya dengan cara yang sangat berhati-hati iaitu digantung di dalam plastik dan disimpan di dalam almari khas supaya tudung tahan lama dan tidak rosak sengkuapnya.
Bagi Suhaida dan Suriani, memakai tudung mahal dan berjenama bukanlah niat menunjuk-nunjuk tetapi bergantung kepada kemampuan. Selagi tidak membebankan diri sendiri dan keluarga, tidak salah membelinya. Lagipun di pasaran terdapat pelbagai jenis tudung dengan harga berbeza, jadi pelanggan mempunyai pilihan sama ada mahu yang murah atau sebaliknya.
Bijak memilih ikut syariat
“Tiada masalah memakai tudung mahal atau murah asalkan ia berkualiti serta sesuai dengan kemampuan seseorang. Malah di dalam Islam sendiri tidak meletakkan syarat dalam penghasilan sesuatu produk, sebaliknya perlu mengikut syariat Islam.
“Jika tudung berharga RM500 sekalipun namun mampu dibeli wanita, apa salahnya. Apa yang menyebabkan timbulnya dosa apabila pengusaha hanya menghasilkan tudung berharga mahal sehingga tidak mampu dibeli kebanyakan wanita dan menyebabkan mereka tidak menutup aurat.
“Ini akan menyebabkan dosa. Begitu juga sekiranya menghasilkan tudung berharga RM10 sekali pun namun tiada pembeli, ini pun tidak berguna,” kata penceramah bebas dan perunding motivasi, Noor Laila Aniza Zakaria ketika diajukan soalan mengenai gaya tudung semasa.
Dengan kehadiran pelbagai jenama tudung di pasaran, wanita harus tahu ciri-ciri dalam pemilihan tudung supaya mengikut syariat Islam dan terhindar daripada dosa. Antaranya tudung haruslah menutup aurat iaitu labuh menutupi bahagian dada serta melindungi bahagian kiri dan kanan serta belakang.
“Pada masa ini, walaupun banyak tudung labuh dihasilkan, masih ada yang tidak menutupi bahagian belakang sehingga menampakkan bentuk tubuh. Sebaiknya, pilih tudung yang mampu menutup semua bahagian iaitu depan, kiri dan kanan serta belakang,” katanya.
Dari segi pemilihan material, ia haruslah fabrik yang tidak melekat. Kain lycra misalnya, walaupun kelihatan cantik digayakan, apabila dibuat terlalu pendek dan kecil, ia akan memperlihatkan susuk bahagian yang tidak sepatutnya. Sudah tentu apabila dipakai wanita berbadan besar, bahagian yang tidak sepatutnya kelihatan akan menonjol disebakan sifat kain itu sendiri.
“Wanita harus berhati-hati dengan fabrik yang boleh menyebabkan penonjolan bentuk tubuh seperti lycra. Begitu juga trend sekarang apabila banyak telekung lycra dihasilkan sedangkan ia tidak menepati syariat Islam kerana melekat dan menonjolkan bahagian tertentu,” ujarnya.
Bagi tudung yang terlalu pendek, seharusnya pengusaha meletakkan papan tanda seperti ‘sesuai dipakai mereka yang bertubuh kecil saja’. Dengan cara ini, pengusaha sudah menjalankan tanggungjawab mereka dan terhindar daripada dosa.
“Bagi pembeli berbadan besar, mereka boleh mencari alternatif lain iaitu mendapatkan tudung sesuai dengan bentuk badan mereka,” katanya.
Mengenai tudung yang disertakan perincian manik, labuci, sulaman atau kerongsang, ia dibenarkan dalam Islam namun haruslah sederhana dan tidak pelik sehingga mengganggu penampilan. Rona yang terlalu terang sehingga menjadi daya penarik lelaki juga seharusnya dielakkan. Tetapi sekiranya majlis yang membabitkan semua wanita bergaya pelik atau luar biasa seperti pertunjukan fesyen, ia tidak menjadi masalah.
Mengenai warna, ada sesetengah ulama menetapkan warna pakaian haruslah pudar serta tidak boleh terlalu terang sehingga mengganggu tumpuan lelaki, namun gabungan warna-warni dibolehkan asalkan ton warna tidak terlalu terang seperti merah atau jingga yang mampu menarik perhatian.
“Kelompok pudar atau malap seperti hitam, krim, kelabu atau coklat kerana ia warna selamat serta tidak mengganggu tumpuan. Namun dengan kehadiran pelbagai tudung berwarna, wanita harus bijak memilih supaya sesuai dengan penampilan dan pada masa sama, menurut syariat Islam,” katanya.
Dengan kebangkitan pelbagai jenama tudung di pasaran, Noor Laila menyeru wanita menutup aurat dengan sempurna kerana tiada kompromi dalam beragama. Bagi mereka yang mula bertudung, bertudunglah dengan sempurna dan bukan sekadar ikut-ikutan. Mengenakan tudung sempurna akan membuatkan wanita itu lebih dihormati bukan saja di sisi manusia tetapi Allah.
Islam tidak menghalang wanita berfesyen tetapi bukan seperti di zaman jahiliyah iaitu wanita bertudung tetapi menampakkan rambut, leher atau dada.
Wanita Islam tempatnya sangat mulia di sisi Allah. Seharusnya kemuliaan ini dijaga bukan saja dari segi perlakuan tetapi pakaian dan pertuturan.
Bagi pengusaha pula, dalam mencari rezeki keberkatan paling utama. Lakukan apa yang disuruh Allah dan pastinya rezeki akan datang menyusul.
“Perkara ini walaupun kelihatan amat kecil, ia memberi kesan yang besar. Ini kerana apa saja yang dilakukan akan ditanya Allah di akhirat nanti,” jelasnya.
INFO
Jenama tudung popular di pasaran:
Fareeda
Harga: RM100 hingga RM280 ke atas
Material: Sifon
(My comment : Ini memang la peberet aku ni ...tp till today aku mmg xde tudung fareeda ni sbb harganya yang mmg x masuk akal ...tp akan masuk akal utk orang yang mampu la ..insyaAllah if mampu aku akan beli jugak one day ..if not telan air liur je la ...hahaah ...weh consider aku ni penjimat gek orangnya kan ??? kan ..kan ..kan ???
Keburukan : pendek giler (nak labuh kene 12-13inch labuh from bwh dagu tu ..bkn muslimah fashion tudung ni ....tp dia ada rekaan XL and XXL tp harga mesti kategori 'harga x patut' ni.
Pengalaman : tiap kali nak beli je tudung ni aku terpandang tudung sebelah dia yg kualiti lebih kurang tudung ni tp harga RM25-RM35 ,..hehehe mmg la potong ..last2 beli yg x brp cun tp harga PATUT ....)
Ada peminat fanatik FAREEDA ni ada memiliki 150 helai tudung ...so 150 helai x RM150 (purata harga la kan) equal to RM22500...wow boleh buat deposit rumah and beli kereta cash ni .....heheh aku gelak je n berdoa aku x jadi mcm pompuan ni ...Waliyazubillahiminzalik ..baik didermakan duit tu ...aku percaya ramai org diluar sana yg sesangat memerlukan duit ..tp ntah la kan ...tepuk dada tanya poket ...Sebenarnya Tuhan bg kita duit (murahkan rezeki) supaya kita ni menolong orang lain ...x caya if you kategori orang yg x berapa nak kaya but rajin bersedekah ..insyaAllah rezeki x putus2 ...that's what i believe la !...Tuhan tu maha ADIL dan berkuasa ...
Pearl Haya
Harga : RM100 hingga RM269
Material: Lycra, sifon, net, korduroi dan denim
(My comment : aku x suka tudung ni ...mcm pesen makcik2 ..tp aku nak nafikan ada org mmg lovely pakai tudung ni ...bak kata aku kan, kalau muka cantik ..letak kain buruk pun lawa ...ala2 pearl haya ni jelitasara ..mmg jelita tp harga mmg x msk akal
Pengalaman : tiap kali test tudung ni aku terbayang bonda aku ....cepat2 aku letak balik ....not ready lagik jadik my mum ....)
Ariani
Material: Lycra, sifon dan kapas
Harga: RM30 hingga RM1,000 bergantung kepada jenis fabrik dan hiasan
(My comment : ni lagi la ..ntah apa2 aku rs ...kain lycra tu nak jual mahal2 ...mengong semacam je aku tengok harga dia ...petua nk kaya cepat jual la mahal2 ...tp ingat kita ni meniaga sambil beribadah ..if cekik darah tu amende ibadahnya kan ?? kan ? kan ?
Pengalaman : gi jenguk je boutique dia tp tak teruja pun aku nak beli ...xde yg tertarik-menarik -ko mmg da bomb pun ....)
Ratu
Harga: RM50 hinggaRM299
Material: Sifon dan lycra
(NO comments sbb x pernah tengok or test or amik tahu ...heee)
D’haja
Harga: RM100 hingga RM446
Fabrik: Lycra, denim dan kapas (NO comments sbb x pernah tengok or test or amik tahu...heee)
Hmm ...aku rasa whatever intention tu hanya orang tu and Allah je yang tahu nawaitu seseorang ...so far aku rasa even perempuan pakai tudung tp suka berhias yang PENTING dia tutup aurat ...itu lagi bagus kan ?? Kesedaran menutup aurat tu zaman la ni lagi baik dari zaman2 nenek and mak2 kita dulu ....tak gitu ?? mmg la perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaik2 perhiasan itu wanita solehah ....tak berapa solehah pun just give her a break la ...insyaAllah mana tahu dia akan jadi lebih baik dari wanita yg dikatakan 'solehah' ..apa2pun hati kene BAIK babe !...Tudung labuh berjela tapi hati x baik pun pun no point jugak kan?? ...aku bukan BIAS kat sesape just nak point out apa yang logik minda aku ni fikir ...
No comments:
Post a Comment