Showing posts with label ♥ Petua2/Tips Masakan ♥. Show all posts
Showing posts with label ♥ Petua2/Tips Masakan ♥. Show all posts

Wednesday, September 06, 2017

•*¨*•.¸¸❥ Cara2 Membuat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Garing Plus Rangup •*¨*•.¸¸❥

Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah menggunakan baking powder dan teknik minyak panas. Itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!... It's like combo recipe 1 and recipe 2 ....recipe 3 (menggunakan kelapa parut) nnt sy ce terai kendian >_< sbb sy ni mmg x suka apa2 yg berkelapa such as kuih kasui, puteri ayu, lopez, apam dll yg kene ada cecah kelapa ....mcm kecacingan je aku rs huhu ... agaknya bondaku dah bg cerita fobia mkn kelapa nnt cacing katanya huwaaaa ....dah fobia  >_<





  • Kat bawah ni pictorial step by step (menggunakan resepi 1) mengapplikasikan apa yg saya baca ..semoga mendapat manfaat uols !! .. C uols again .......insyaAllah  :-)
  •  





    Resepi 1 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------

    • •*¨*•.¸¸❥ Pisang tanduk (or apa-apa jenis pisang)
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 cawan t beras + 1sdb tepung gandum
    • •*¨*•.¸¸❥ 1/2 sudu teh garam
    • •*¨*•.¸¸❥ 2 sudu besar gula
    • •*¨*•.¸¸❥ 4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas ya)
    • •*¨*•.¸¸❥ Air panas (1/2 cwn) dan air sejuk(1/2 cwn) secukupnya
    • •*¨*•.¸¸❥ Minyak untuk menggoreng



    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
     
    • •*¨*•.¸¸❥1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
    • •*¨*•.¸¸❥ 2) Campurkan tepung beras + tepung gandum, kunyit, gula, baking powder dan garam.
    • •*¨*•.¸¸❥ 3) Masukkan air panas secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit
    • •*¨*•.¸¸❥ 4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
    • •*¨*•.¸¸❥ 5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
    • •*¨*•.¸¸❥ 6) Angkat dan sedia untuk dihidang.











    Resepi 2 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------
    • •*¨*•.¸¸❥ 2 cawan tepung beras
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 cawan tepung gandum
    • •*¨*•.¸¸❥ 5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
    • •*¨*•.¸¸❥ 1/2 sudu besar baking powder
    • •*¨*•.¸¸❥ 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 Biji Telur & Air secukupnya
    • •*¨*•.¸¸❥ 2 sudu besar marjerin yang dicairkan
    • •*¨*•.¸¸❥ Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
    • •*¨*•.¸¸❥ 1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.
    • •*¨*•.¸¸❥2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.
    • •*¨*•.¸¸❥Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.
    • •*¨*•.¸¸❥3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.


    Resepi 3 >>>

    Bahan2Nya :-)
    -----------------
    • •*¨*•.¸¸❥ Pisang secukupnya
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 cawan tepung gandum
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 cawan air sejuk
    • •*¨*•.¸¸❥ sedikit garam
    • •*¨*•.¸¸❥ 1 sudu makan gula
    • •*¨*•.¸¸❥ sedikit serbuk kunyit(optional)
    • •*¨*•.¸¸❥ sedikit baking powder(optional)
    • •*¨*•.¸¸❥ 4 sudu besar kelapa parut (optional)

    Cara2 MembuatNya :-)
    --------------------------
    • •*¨*•.¸¸❥ 1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
    • •*¨*•.¸¸❥ 2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
    • •*¨*•.¸¸❥ 3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
    • •*¨*•.¸¸❥4) Panakan minyak untuk menggoreng.
    • •*¨*•.¸¸❥ 5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.
    • •*¨*•.¸¸❥*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.




    Nota Kaki Tangan :-)
    --------------------------


    • •*¨*•.¸¸❥Menggoreng pisang, keledek, sukun, cempedak dll jenis makanan yang kita suka goreng sangat kita harapkan hasilnya rangup dan sedap dimakan.
    • •*¨*•.¸¸❥Cara   1. - Gunakan tepong beras dan dibancuh adunan/better menggunakan air yang dicampur sesudu air kapur makan.
    • •*¨*•.¸¸❥Cara   2. - Gunakan tepong gandum dicampur sedikit air gaulkan kemudian ditambah dengan sedikit minyak masak yang panas. Gaul semula.
    • •*¨*•.¸¸❥Cara 3. - Gunakan campuran tepong gandum dan tepong beras dicampur sebutir telor dan sesudu cuka.
    • •*¨*•.¸¸❥Cara  4. - Gunakan tepung gandum yang dicampur soda bicabornat (ke baking powder, konpius haku ler ! .. rs 2-2 boleh guna base on texting kat bawan BP vs SB) ....sebelum membancuhnya dengan air...




     


    •*¨*•.¸¸❥ End of Cara2 Membuat Bancuhan Tepung Pisang Goreng Yang Rangup dan Sedap  •*¨*•.¸¸❥



     

    Friday, May 12, 2017

    •*¨*•.¸¸❥ Recipes Using Korean Style Multifunctional Cooker And Pan Grill •*¨*•.¸¸❥



    Hah sejenis kegembiraan yag amat sangat, excited giler .. so, mmg kene share la keterujaan ni kan ...mn leh pendam, mmg mkn dalam la nnt ..heheh .... miss rose mmg kene review .. miss rose baru beli Korean Style Multifunctional Cooker And Pan Grill. Boleh dibeli di MyShopee at https://shopee.com.my/Korean-Style-Multifunctional-Cooker-And-Pan-Grill-i.3140686.236521275 - rasanya ada mcm2 kaler gittew ..pink kaler, red, black, pepel uols .. 

    Cerita asal nak letak kat opis, nk mkn panas2 gittew ceritanya ...sbb miss rose ni sejenis 'apek'nya keturunan so, it's run in the BLOOD la kan ?? Sape di dalam KASUT yang sama (in the same shoes), ull know this !! ... mkn panas2 tu mmg WAJIB la kan ..hehehe, yup tahu SUNNAH RASULULLAH mmg kene mkn food sejuk ...tu bg kat cik somi la hahaha ...dia MAMAK style kot ... mkn kari 3-4 hari punya hahaha ...sorry ye MRA .... #bknnakkecam #missroseguraujek

    Tapi ada keburukan sikit, handle dia mmg x brp nak kuat ..MAMPOI berderai-merai pan ku itu nanti bila di'share' ramai2 nnt ... Sbb dah byk brg org SEDEKAH jadik ARWAH kat sini ...microwave, hot plate pan, kettle ...sejenis tinggal kenangan2 jek ...so, kene fikir 2-3-4 riban kali nk tgglkan kat opis ni .... adesss, HELP ME plz !!!  Kalau sejenis KEGANASAN or x reti nk BERHATI2 mcm mn ....
      

    In terms of LONG LASTING ..part ni xleh comments sbb x tahu kan ...so FAR so BESH !! ...Wallahualam ... Wah apa yang menariknya pan ni ?? Copy dr shopee la ye ...




    -:: Product and Specification :-
    -----------------------------------

    • Allow to perform cooking Steaming, Frying, Stew, Cook, Grill, Pan-fried, Bake, Boil, Roast, Instant boiling
    • Makes cooking meals so easy and fast!
    • Suitable for college students or busy working adults
    • Also suitable to be used in a small cooking area, less smoke
    • Safe electric socket design, dry & wet can be applied.
    • Lightweight and portable for travels
    • Can cook various meals with it
    • Cost efficient and safe to use
    • Dimension: 30cm x 30cm x 16cm

    -:: 5 Temperature Level ::-
    ----------------------------------

    • Level 1 (Simmer): about 80℃±10℃
    • Level 2 (Low): about 110℃±10℃
    • Level 3 (Medium Low): about 140℃±10℃
    • Level 4 (Medium): about 170℃±10℃
    • Level 5 (High) : about 250℃±10℃



    Video - https://www.youtube.com/watch?v=zVq-wsd_njM




    Pan-Grilled Salmon with Red Pepper Salsa

    Roasted Fish with Kabocha Coulis

    Ingredients

    • Salmon:
    • 2 teaspoons chili powder
    • 1 teaspoon ground cumin
    • 1/2 teaspoon salt
    • 1/2 teaspoon ground coriander
    • 1/4 teaspoon ground chipotle chile powder
    • 4 (6-ounce) skinless salmon fillets
    • Cooking spray
    • Salsa:
    • 1 cup prechopped red bell pepper
    • 1/4 cup chopped tomato
    • 2 tablespoons prechopped red onion
    • 1 tablespoon chopped fresh cilantro
    • 1 1/2 teaspoons fresh lime juice
    • 1/8 teaspoon salt

    How to Make It

    1. To prepare salmon, heat a grill pan over medium-high heat. Combine first 5 ingredients; rub evenly over fillets. Coat pan with cooking spray. Add fillets to pan; cook 4 minutes on each side or until desired degree of doneness.
    2. While fish cooks, prepare salsa. Combine bell pepper and remaining ingredients. Serve salsa with fillets.



    Source : http://resepisteamboat.blogspot.my/2013/08/resepi-steamboat-mudah.html


    -:: Bahan-Bahan untuk Sup Resepi Steamboat ::-
    -------------------------------------------------------


    • 1/2 periuk air
    • 1 paket sup bunjut
    • 1 kiub ayam
    • 4 biji bawang merah (diracik halus)
    • 2 ulas bawang putih (diracik halus)
    • 1 inci halia (dititik)
    • Sedikit daun sup dan daun bawang
    • Sedikit bawang goreng



    -:: Cara-Cara untuk Menyediakan Sup Steamboat ::-
    --------------------------------------------------------------

    • 1) Rebuskan semua bahan-bahan ke dalam satu periuk yang sama.
    • 2) Setelah mendidih, masukkan sup ke dalam mangkuk kosong dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan di atas meja. 
     

    -:: Bahan-Bahan Makanan untuk Resepi Steamboat ::-
    --------------------------------------------------------------

    a) Bahan-Bahan Utama
    • 1 kg daging lembu
    • 1 ekor daging ayam
    • 1 ekor ikan kurau/ siakap
    • 1 kg udang kertas
    • 1 kg isi ketam
    • 1 kg sotong kembang
    • 1/2 kg bebola ikan
    • 20 biji telur puyuh
    • 1 bungkus Bee Hoon
    • 1 bungkus mee
    • 4 biji telur ayam
    • 1paket sosej
    • 1 paket ham

    b) Sayur-Sayuran
    • 1 kg bunga kubis
    • 1 kg sayur kailan
    • 1/2 kg kacang sepat
    • 1 kg kubis panjang
    • 1 biji salad bungkus
    • 1 tin cendawan butang
    • 200 gram daun bawang
    • 1/2 kg sawi pocahi
    • 1 paket taufu

     

     -:: Cara-Cara untuk Menyediakan Bahan-Bahan Utama ::-
    --------------------------------------------------------------------

    • 1) Daging lembu dan daging ayam dipotong setebal 2cm dan sepanjang 5cm.
    • 2) Ikan kurau/ siakap dan sotong kembang juga dipotong kepada kepingan kecil.
    • 3) Udang kertas dibuang kulitnya dan tinggalkan ekornya sahaja.
    • 4) Bebola ikan dan ketam dipotong dengan mengikut suka hati.
    • 5) Telur puyuh atau telur ayam direbus dan kulitnya dikopek.
    • 6) Sayur-Sayuran akan dipotong dengan saiz yang senang untuk dimasukkan ke dalam periuk.
    • 7) Bee Hoon dan mee boleh dimasukkan ke dalam periuk mengikut kegemaran sendiri.


    -:: Bahan-Bahan untuk Sos Steamboat ::-
    -----------------------------------------------

    • 6 biji cili merah*
    • 2 ulas bawang putih*
    • 3 sudu besar sos ikan*
    • 3 sudu besar minyak bijan*
    • 1/4 cawan cuka*
    • 1/3 cawan kuah air atau kuah tomyam*
    • Garam dan gula secukupnya*
    • 1/2 sudu kacang tanah*
    • Bijan
    • Daun ketumbar (diracik-racik halus)


    -:: Cara-Cara untuk Menyediakan Sos Steamboat ::-
    -------------------------------------------------------------

    3) Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati.
    4) Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat dan kemudian sejukkan.
    5) Masukkan bijan dan daun ketumbar semasa dihidangkan.

    Kesimpulannya, Resepi Steambot berasal dari Mongolia dan sekarang dapat dimakan dalam pelbagai bentuk di seluruh Asia Timur. Ia terdiri daripada periuk air rebusan panas atau sup yang diletakkan di tengah-tengah meja makan. Semasa periuk dikekalkan mereneh, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja. Hidangan steamboat yang tipikal termasuk hirisan daging, sayur daun, cendawan, wantan, ladu telur, dan makanan laut. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos. Di banyak kawasan, hidangan steamboat sering dimakan pada musim sejuk untuk memanaskan badan.

    Semasa kita memakan steamboat, perhubungan yang mesra dapat dijalinkan dan akan menjadi lebih erat. Ini adalah kerana melalui cara memakan steamboat, kita tidak makan berasingan dan tidak makan secara individualistik sebagaimana makanan barat. Kita akan bersembang ria dengan keluaga atau kawan-kawan semasa menikmati makanan yang berbeza-beza kerana terlalu banyak makanan yang mempunyai perasaan yang berbeza dan istimewa. Kita akan berbincang antara satu sama lain mana satu makanan yang lebih sedap dan enak.

    Makan steamboat bersama keluarga atau kawan-kawan dikatakan menegaskan perpaduan dan bersatu hati kerana ia dilakukan dengan sebuah periuk kongsi yang tunggal. "Weilu"  mengelilingi periuk  mempunyai maksud yang mendalam kepada orang-orang Cina yang banyaknya menganuti idea-idea Konfusianisme yang menekankan perpaduan keluarga. Gaya makan steamboat seringnya seronok dan dimakan dengan perlahan; orang-orang yang makan steamboat seringnya bersembang semasa makan bersama-sama. Secara tradisi, jenis makan ini kekadang berlangsung hampir sehari. Bir ialah minuman pilihan untuk hidangan resepi steamboat di China. Steamboat kekadang dimakan sebagai sebahagian perayaan Hari Cina Baru. Bentuk bulat periuk melambangkan perpaduan keluarga.



    http://ezujusoh.blogspot.my/2014/02/cara-cara-membuat-steamboat.html



    Steamboat



    Bahan-Bahan Sos :-
    --------------------------

    Sos Thai, Sos Tomato, Sos Cili, dan Sos Bawang Putih (mana-mana brand pun tak kisah)


    Daun ketumbar


    Keempat-empat sos tadi dimasukkan ke dalam periuk. Tambahkan 2 cawan air putih


    Panaskan dengan api yang sederhana, kacau sampai mendidih


    Apabila mendidih masukkan Daun Ketumbar yang telah dihiris nipis


    Kacau sekejap... mendidih terus tutupkan api tadi. Kemudian terus boleh masukkan ke dalam bekas untuk dihidangkan.


    -:: Cara-cara Membuat Kuah TomYam ::-
    -----------------------------------------------


    Daun Ketumbar, Karoy, Serai, Bawang Putih, dan Bawang Merah


    Ayam segar


    Ayam dipotong dan terus dimasukkan ke dalam periuk


    Masukkan juga air, dan terus bukakan  apinya... isi ayam ni biar ia mendidih lama-lama. lagi lama lagi sedap


    Karot dipotong bulat (bunga-bunga gitu)


    Bawang Besar dibelah enam


    Bawang Putih diketuk je


    Serai juga diketuk


    Daun Ketumbar dipotong dalam seinci panjangnya


    Apabila mendidih macam ni 


    Cuci daun limau purut.. terus masukkan


    Masukkan semua bahan yang telah diketuk tadi tu... senang kacang je


    Haa.. nak senang lagi guna je perencah segera adabi


    Masuk je ke dalam masakan yang sedang mendidih tu..


    Cam ni lah rupanya


    Kemudian baru masukkan karot, garam , gula, dan serbuk perasa


    Last sekali masukkan dau Ketumbar. Mendidih je tutup lah api tu... siap lagi satu

    - :: Cara-cara membuat kuah sup ::-
    -----------------------------------------------

    Ayam direbus


    Mendidih je masukkan serai, Bawang Besar, dan, Bawang Putih
    Masukkan juga sedikit halia. Biarkan ia mendidih lama sedikit


    Kemudian masukkan Bawang Besar dan daun Sup, dan jangan lupa sedikit garam, dan serbuk perasa


    Mendidih je padamkan api... siap lagi satu

    -:: Cara-cara penyediaannya bahan-bahan Steamboat ::-
    -------------------------------------------------------------------

    Yang ni beli je kat super market, lagi banyak jenis lagi sedap... tetapi pastikan halal


    Daging dan ayamg, yang dihiris nipis


    Kangkung, cendawan tiram, dan cendawan jepun


    Susun elok-elok di dalam bekas


    Telur... tapi cuci dulu... hidanglah bahan tadi mengelilingi periuk steamboat.. nanti senang merebus dan hehemm... makan leeee


    Masukkan kedua-dua jenis kuah tadi ke dalam periuk Steamboat. On kan suisnya dan tunggu sehingga mendidih, apabila mendidih masukkan bahan-bahan tadi 


    Macam dalam gambar ni... kalau suka Tomyam...Tomyamlah...Kalau suka Sup...Suplah... Yang ni memang sedap



    Apabila dah masak...guna penyepit... panas tu
    And boleh makan...ummmmmm amat-amat sedap.. selamat mencuba... Semua tetamu pada hari tu amat berpuas hati.