Thursday, August 09, 2012

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ ✿✿ Jenis2 Tepung Dan KegunaanNya ✿✿ ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸



Pergh !! Banyaknya jenis2 tepung di pasaran ye ...havoc gitu !! Entry kali ni sy combine dari 2 sumber yg sy google ... Semoga kita dpt faedah bersama !!

*Jenis-Jenis Tepung dan Kegunaannya *
*Ada pelbagai jenis tepung di pasaran dan setiap jenis mempunyai fungsi
yang berbeza dalam penyediaan kuih muih, kek, pastri, biskut atau roti.
Oleh itu perlu bagi anda memahami jenis-jenis tepung yang hendak di
gunakan bagi memastikan anda mengunakan jenis tepung yang betul dan
mendapat hasil yang memuaskan.*



*Tepung High Protein (Tepung Roti)*
Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.
Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik)  pada roti apabila di uli. Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut


*Tepung Low Protein (Tepung Kek / Superfine)*

Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine, tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
Kegunaan :  Produk-produk pastri seperti kek, kulit tart dan pai.




*Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)*
Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan kek






*Tepung Red Rose (Cookies Flour)*
Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies.  Kandungan

tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.
Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat
pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung
kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan
pada resipi.
Kegunaan :  Produk-produk pastri dan biskut






*Tepung Serbaguna (All Purpose Flour)*

Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan harganya lebih rendah seperti


cap wau, cap kunci dan cap sauh.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.
Tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
Kegunaan :  Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.


*Tepung Hongkong (Waterlily Flour)*

Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek
lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut.
Kegunaan :  Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih


*Tepung Hoen Kwee*
 
Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
Kegunaan :  Kuih-muih dan puding.



Korang boleh panggil tepung warna-warni.Warna tepung mengikut warna paket.
1)Warna oren-tepung berwarna kekuningan(pastel yellow)
2)Warna hijau-tepung berwarna kehijauaan(pastel green),tapi
campur dengan jus pandan dengan pewarna hijau untuk warna yang terang menyala gitu.
3)Warna biru-tepung berwarna putih

Tapi keseluruhannya,tepung nie guna untuk buat kuih muih terutama dekat indonesia.Paket dia kecik je,dalam 85 gram untuk seunit.





Tepung Wholemeal/Tepung Atta

Paling ketara sekali sebab tepung nie warna coklat.Ia dibuat dari serat gandum yang tak hancur .Kalau nak guna,pleaseee jangan ayak!nanti kek akan jadi berat.Biasanya,bila nak guna tepung nie,kita akan mix dengan tepung gandum sebab kek takkan naik meninggi dengan biasa.

















Tepung Ubi




Tepung Sagu
Asal tepung nie dari bahagian tengah pokok sagu,kemudian diorang blend dan rendam supaya sagu mendap dan dikeringkan supaya jadi tepung.Selalunya kita Nampak orang guna tepung sagu dalam bubur,lempeng dengan keropok.Fungsinya sama dengan tepung ubi.





Tepung Optima/Sponge Mix Cake

Tepung nie kat kilang dah siap2 letak gula.Kita tinggal campurkannya dengan telur,air,mentega dan pukul sampai pekat.Sesuai untuk membuat kek keju

.


Tepung Kacang Hijau
Tepung nie banyak guna dalam membuat tepung kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak.Dihasilkan dari kacang hijau yang digoreng tanpa minyak kemudian kulitnya dikisar sampai jadi tepung.




































Tepung Biskut Marie
Terhasil tepung nie bila biskut marie dikisar sampai halus dan diayak.Banyak guna dalam membuat kek lapis.



*Lain-lain Jenis Tepung *
Antaranya ialah Tepung kastad, Tepung Jagung, Tepung Kentang, Tepung
Sago, Tepung Susu.  Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit
sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek
dan biskut. 


Psss.. biasanya setiap kali kakwan buat biskut, kakwan akan gunakan
tepung red rose, walaupun iainya sedikit mahal dari tepung lain, tapi ia
lebih baik dan berkualiti..




*1.  Apakah bezanya Tepung Biasa(Gandum/MultiPurpose) dengan Tepung Cookies ?*
*K1 : * Kedua-dua tepung ini adalah dalam kategori tepung gandum (seperti juga mentega dan majerin dalam kategori lelemak), perbezaanya tidak ketara hanya dari segi kualiti, tepung cookies (tepung rose) adalah lebih baik dan di buat khas untuk biskut/cookies.  Tepung cookies telah ada campuran tepung jagung di dalamnya, lebih ringan dan halus
dari tepung gandum biasa. 

Manakala tepung gandum biasa (multipurpose) perlu ditambah dengan lain-lain tepung perangup seperti tepung jagung, tepung kastard, tepung kentang dsbnya.  Harga tepung cookies sudah tentu lebih mahal dari tepung gandum biasa kerana kualitinya.

*2.  Dimana saya boleh membeli Tepung Cookies ?*

*K1 : * Setahu K1, tepung cookies jarang di dapati di pasaraya atau tiada langsung.  Carilah di kedai-kedai bekalan bakery yang berdekatan. Sesetengah kedai melabelnya sebagai *Tepung Cookies, Tepung Biskut *dan ada yang melabelnya sebagai *Tepung Red Rose@Rose* (Red Rose adalah j*enama* bagi tepung cookies).

*3.  Bolehkah saya mengantikan Tepung Red Rose dengan Tepung Biasa dalam
menyediakan Biskut ?*


*K1 :*  Sudah tentu boleh, kedua-kedua tepung tiada masalah dalam
menyediakan biskut.  Sebelum adanya tepung cookies pun memang kita
menggunakan tepung biasa saja.  Mencampurkan kedua-dua tepung ini juga
boleh.

*4.  Bagaimana hasilnya jika menggunakan Tepung Cookies dari Tepung Biasa ?*

*K1 :  *Sepertimana yang kita maklum, bahan yang berkualiti sudah tentu
hasilnya lebih baik dari yang kurang berkualiti.  Biskut yang dihasil
dengan tepung cookies lebih ranggup dan ringan dari menggunakan tepung
gandum biasa serta lebih tahan lama.  Bagaimanapun bukan bermakna tepung
biasa tidak boleh digunakan anda hanya perlu memilih yang berkualiti dan
mahal atau kurang berkualiti tetapi murah.  Sebagai peniaga K1 lebih
utamakan kualiti produk yang dihasilkan...


Ambil contoh menggunakan mentega dan majerin walaupun kedua-dua dalam kategori yang sama tetapi tetap ada perbezaan dari segi rasa, tektur dan ketahanannya.

*5.  Bolehkan menambahkan lain-lain tepung perangup di dalam tepung
cookies ?*


*K1 : * Ya. Boleh menambah lain-lain tepung perangup dalam tepung cookies tetapi ikutlah sukatan pada resipi.  Dengan Nisbah 3:1 iaitu melebihkan tepung cookies dari tepung perangup.

*6.  Perlukah mengurang atau menambah sukatan jika mengantikan tepung
gandum dengan tepung cookies ?*

*K1 :*  Tidak perlu, ikutlah sukatan gandum yang diberikan dalam resipi
tidak kira jika menggunakan tepung gandum biasa atau tepung cookies. 
*7.  Apakah perbezaan Tepung Jagung dan Tepung Kastard ?*

*K1 :*  Dalam menyediakan biskut, kedua-dua tepung ini digunakan sebagai


tepung perangup dan penambah perisa.  Perbezaan ketaranya, tepung jagung
tidak berwarna manakalah tepung kastard memberi warna dan aroma pada
biskut.  Biskut yang dicampur dengan tepung jagung saja, tepung kastard
saja atau kedua-duanya atau lain-lain tepung perangup akan menambahkan
keranggupan pada biskut.  Lain-lain tepung yang dijadikan campuran
seperti tepung kentang, tepung ubi, tepung beras, tepung sagu, tepung
susu, tepung suji dsbnya tetapi dalam kuantiti yang lebih sedikit dari
tepung gandum.
*8.  Bolehkan Menggunakan Tepung Roti untuk membuat biskut ?*

*K1 :*  Sapa-sapa yang tanya soalan ni memang nak kena hempoklaa hee hee... Tepung roti spesel tuk roti, buns campuran dalam doh pau atau donat hehh heeh.. 
 


6 comments:

Anonymous said...

Tepung Kanji pulak..?

Unknown said...

terima kasih kerana kongsi informasi pasal tepung ni. kebetulan tgh fikir brand terbaik utk buat kuih.maklumlah nak berniaga..hehehe

Anonymous said...

Tumpang tanya.....klau buat pizza tu guna tepung apa yg sesuai ya?

Anonymous said...

Kalau nak buat pastries macam roti,pizza,donut kena pakai tepung Bread flour ..lembut je nanti pizzanya sebabnya tepung nie ada tahap gluten yang tinggi,jadi lagi anjal dough kita.Tapi,harga dia mahal lah sikit dari tepung gandum

Anonymous said...

Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).

TEPUNG KANJI KENTANG- ros gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.

setahu ros tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

Unknown said...

blogwlking