Wednesday, May 27, 2020

•*¨*•.¸¸❥ #rayapkpb2020 Kuih Rose Goyang Pepel Yang Rangup Beserta Tips Berguna •*¨*•.¸¸❥

 


Source By : Dari Dapur

Dated on :


Kuih ros atau kuih goyang ini mempunya tekstur yang rangup dan rasa sedikit manis. Banyak nama diberikan pada kuih ini antaranya ialah resepi kuih ros, kuih goyang , kuih bunga durian atau kuih sarang tebuan. Ianya kerana terdapat perbezaan pada acuan yang digunakan dari segi corak rekaan.

colour tu boleh jek guna any colour, warna pink or merah is the best, min buat rare warna pepel hikhik .. saje cr kelainan .. rose pepel de kan ? *wink*


Cara Penyediaan Kuih Ros Cantik Seperti Pakar :-)
----------------------------------------------------------


  • #1: Masukkan tepung beras , gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender dan kisar sampai halus. Buat dalam 2 kali sukatan kalau blender kecik. Tapiskan masuk ke dalam bekas besar. Tapis/strain untuk elakkan lumps.
  • #2: Panaskan periuk yang minyak untuk merendam acuan dan juga kuali yang ada minyak untuk menggoreng.
  • #3:Celupkan acuan ke dalam periuk 1 dalam 1-2 minit dan barulah direndam ke bekas 2 yang ada adunan kuih ros tadi. Celup 3/4 daripada acuan sahaja untuk mudahkan kuih ros tanggal. jangan celup keseluruhan acuan.
  •  #4: ulang proses di atas .. jika kuih rose melekat, boleh cungkil dengan lidi sate ya .... pic as per shown down below :-)


  • #3: Seeloknya guna 2 acuan supaya cepatkan kerja. Masak macam biasa dan ulang langkah celup dlm minyak panas khas untuk rendam acuan, celup 3/4 ke dalam adunan, celup goyang dalam kuali menggoreng.

Itu je langkah yang perlu anda buat.... taraaaa...da siap  boleh ngap ! ..



Antara tips berguna bagi hasilkan resepi kuih ros yang sempurna :-)
-------------------------------------------------------------------------------

  • 1- Pilih acuan yang diperbuat daripada tembaga. Ianya ada dijual di bakery supplier .. jika acuan tidak diperbuat dr pure copper akan menjadikan kuih goyang melekat tak turun-turun.
  • 2- Sediakan 2 kuali/periuk .. 1 kuali dengan minyak gorengan, 1 periuk dengan minyak untuk rendam acuan. Pastikan anda celup dulu acuan kuih goyang ke dalam minyak yang panas dalam periuk sebelum dicelup dalam adunan kuih ros ini bagi hasilkan bentuk yang cantik dan mudahkan kuih dikeluarkan daripada acuan.

  • 3- Lepas kuih ros dah tercabut dari acuan, rendam semula 1-2 minit dalam periuk kecil bagi panaskan acuan tersebut.


 

min sudahi dgn doa untuk mengelakkan penularan wabak, semoga kita sihat2 shj hendaknya ...amiiiiinnnn ...


 

No comments: