min amik resepi 1 ni dari mingguanwanita.com dated april 5, 2019, resepi 2 min amik dr iluminati.com .. resepi 1 dah try 2nd lum cuba gik.. resepi 1 tidak mgunakan baking powder dan beza ke-2nya ialah 1 kedut beribu2 1 lg x brp kedut, menurut pemilik asal resepi ke-2 kalau kedut 1000 tu x jadi, dia nk x brp kedut gittew...tp bg min apa yg penting taste dai la ... if 2-2 taste sedap itu yg terbaik ye x?
--------------------------------------------------------------------
/* Resepi 1 - Biskut Brownies Rangup Kedut 1000 */
--------------------------------------------------------------------
Bahan2Nya :-)
---------------------------
350 gm dark chocolate
- 100 gm butter
3 biji telur
- 200 gm icing ( boleh kurangkan sikit)
Esen vanilla
- 200 gm tepung gandum + 2 sudu besar serbuk koko
Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------
1. Cairkan coklat dan butter. Sementara tu gaulkan gula dan telur guna wisk je. Masukkan esen vanila dan gaul sebati hingga gula hancur.
2. Ayakkan tepung dan serbuk koko..masukkan adunan coklat ke dalam bekas telur tadi, gaul sebati.
3. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
- 4. Sementara tu panaskan oven pada suhu 150 C.
5. Paipkan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa yang di sukai atasnya.
6. Bakar pada 140/150C selama 20-30 minit.(Ikut oven masing-masing ye).
Siap, Selamat mencuba!
MW : Menariknya perkongsian resipi ini, jadikan brownies rangup seperti biskut. Cara nak buat pun mudah sangat dan tak perlukan bahan-bahan yang banyak. Mak-mak mesti cuba buat sendiri di rumah nanti.
Sumber: Noran Nordin
---------------------------------------------------------------------------
/* Resepi 2 - Brownies Cookies Ezza Delights */
---------------------------------------------------------------------------
Terdapat dua versi brownies cookies yang boleh dibuat, iaitu jenis chewy (dibakar 12 minit) dan jenis crunchy (dibakar 15 minit).
Nota: Di sini ditunjukkan bahan dan tahap putaran telur dan kelikatannya setelah digaul dengan gula icing dan tahap kepekatan coklat tersebut setelah dimasukkan tepung.
Bahan2Nya :-)
---------------------------
• 185gm dark chocolate (pemilik resepi guna jenama Beryl's)
- • 40gm buttercup (pemilik resepi guna ini sahaja)
• 95gm gula icing (boleh kurang jika tidak suka manis)
- • 50gm tepung gandum
• 2 biji telur 'B (pastikan baru) - penting
Cara2 MembuatNya :-
----------------------------------
1. Cairkan coklat tadi menggunakan kaedah double boil.
- 2. Apabila telah larut, masukkan mentega dan kacau keduanya sehingga larut. Angkat dan biarkan suam seketika.
3. Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur menggunakan hand mixer sehingga nampak buih sedikit. Masukkan gula icing dan putar sebentar.
4. Campurkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi. Pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke sejuk.
5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat dan telur tersebut. Kaup balik dengan lemah lembut, bukannya diputar dan digodek ikut suka hati.
6. Siap dan masuk ke dalam piping bag.
- 7. Panaskan ketuhar.
8. Atas parchment paper atau silicon mat, pipekan adunan coklat tadi sebesar duit 20 sen lama sehingga habis dan bolehlah dihias dengan badam atau kekacang lain atau kosong sahaja.
9. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' mengikut ketuhar masing-masing selama 15 atau 20 minit.
10. Untuk dapatkan biskut berkeadaan chewy, hanya bakar dalam 10-15 minit. Jika mahu garing, dalam 15-20 minit.
/* Nota : */
-------------------------------------------
➡ Apabila mengembang, di sini anda dapat lihat ianya mula berkaki dan retak. Paling mengujakan apabila tengok ianya menjadi.
➡ Adakalanya masa rekahan seperti kedut seribu. Pemilik resepi tidak suka sebegitu dan anggap ianya tidak menjadi kerana tidak cantik.
- ------------------------
/* Tips : */
----------------------- ➡ Untuk hasil yang amat rangup, tambah cream of tar tar.
➡ Tambah tepung dan serbuk penaik. Cadangan: 2x tepung dan sesudu teh serbuk penaik. Guna tepung superfine.
➡ Kurangkan cooking chocolate. Contohnya, jika resepi menggunakan 200grm, anda guna 150grm.
➡ Ia sama sahaja seperti buat biskut biasa, bezanya lembik sedikit dan double boil mentega dan cooking chocolate.
➡ Jika mahu tahu biskut tersebut sudah masak, atasnya akan berkilat dan pecah berkedut-kedut.
➡ Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam loyang kerana ketika ini biskut masih lembut. Setelah siap, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
➡ Jika menggunakan dark chocolate beryl's, hasilnya gelap sedikit. Jika menggunakan milk chocolate beryl's, hasilnya cerah sedikit..
Sumber :
---------------
1. Ezza Wati
2. Dyana Afiq Alfiy
3. Intai Dapur (intaidapur.blogspot.com)
4. Cuba Try Masak (cubatrymasak.blogspot.com)
No comments:
Post a Comment