Tuesday, May 19, 2020

•*¨*•.¸¸❥ Asam Pedas Daging Melaka Style Warisan Bonda Tersayang •*¨*•.¸¸❥




min ada refer dr bbrp blog masakan but at the end of the day just decide nak teruskan dengan warisan bondaku asam pedas la ...this recipe leh buat tuk asam pedas daging or tetel or tulang yamat sedap tau ... amongs 3 of them, tulang is the best? hah dunbilivit?? ce try dulu kat SINI nk tau power or powerless ?? ..


Oleh iluminasimedia pada 11 Feb 2019
--------------------------------------------------------


Asam pedas merupakan sejenis hidangan Melayu yang popular di Melaka dan Johor. Cara untuk membuatnya juga tidak terlalu sukar dan tidak pula terlalu senang.


Namun, terdapat juga kawasan-kawasan lain di negeri Melaka dan Johor ini yang memiliki resepi asam pedas yang berbeza. Bergantung kepada citarasa masing-masing untuk melazatkan lagi hidangan mereka. Ianya amat berlainan dari segi rasa dan tekstur.

Kelazimannya, hidangan asam pedas bukan sahaja disajikan untuk keluarga di rumah, malah hidangan ini juga terdapat di kedai makan, restoran serta hotel yang terkenal di Melaka dan Johor. 


Kelainan di antara asam pedas utara Malaysia dan selatan Malaysia ialah penggunaan asam. Asam jawa yang pekat lebih lazim digunakan di negeri selatan dan asam gelugur atau asam keping lebih lazim di negeri-negeri di utara.


 
Senarai kedai asam pedas popular di Melaka dan Johor :-)
--------------------------------------------------------------------

 
Melaka :-)
------------

•    Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana
•    Asam Pedai Pasar Borong, Taman Merdeka
•    Asam Pedas Malinja, hadapan Hotel Straits Meredian
•    Asam Pedas Pak Man, Kampung Ujong Pasir
•    Kedai Asam Pedas Hajah Rahmah
•    Kedai Asam Pedas Selera Kampung, Pahlawan Square
•    Asam Pedas Claypot, Klebang
•    Asam Pedas Power Abg Pie, Bukit Cina
 
Johor :-)
-------------

•    D'Tulang Asam Pedas Merecik, Pandan Uptown






 Asam pedas Melaka lebih enak jika digandingkan dengan sayur campur, ulam-ulaman dan ikan goreng panas
  


Petua Menghasilkan Asam Pedas Super Power Yums ! :-)
-----------------------------------------------------------------

1. Jika letak belacan, asam pedas anda akan menjadi bertambah kick. Bagi sesiapa yang mempunyai alergik (gatal hidung), anda dinasihatkan supaya tidak letak belacan.
2. Jika mahu rasa lebih lazat, masak awal 3 atau 4 jam sebelum makan. Lebih lama lebih lazat kerana baru rasanya sebati. - mkn esok pun lg terangkat !! cecah cekodok gagau ke ...mak aiii ..
3. Lebih pekat, lebih lazat.
4. Jika menggunakan ikan segar, lebih terasa kelazatannya. Sehingga boleh hirup kuahnya.
5. Untuk mengetahui sama ada asam pedas anda menjadi atau tidak, jika baunya masih melekat di tangan selepas anda basuh tangan walaupun menggunakan sabun, ia bermaksud masakan anda menjadi... *lamak kok gitew sekalik??*
 

Sumber :-)
------------------

1. Aryn Naza [1, 2]
2. Wikipedia Asam Pedas

3.
Edited By : callmemissrose@redroses2u.net



Bahan2Nya :-)
-----------------

  • tulang or daging or tetel atau ketiga2nya - direbus dahulu sehingga lembut and 'tender'
  • 3/4 camca teh lada hitam - tumbuk halus, x letak boleh jugak
  • 1 kiub pati ikan bilis - optional, x letak jugak
  • 3/4 cawan besar pes asam jawa - ikut suka nk byk mana
  • garam dan bahan perasa
  • air asam jawa secukupnya
  • rempah2 tumis seperti bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih 
  • daun2an seperti bunga kantan, serai, daun limau or daun kesum (daun laksa tu)
Bahan2 Yang Dikisar :-)
---------------------------

  • 8 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 - 2 inci halia
  • 1 - 2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci belacan - optional, sy x letak pun .. sort of org kelantan x mkn budu, sy org melaka x mkn belacan huhu :-)
  • 1/2 cawan cili merah/cili giling
  • kerisik/ kelapa goreng - my mum's cooking secret ngredients ni aka **STAR of THE SHOW** , ni kalau ada fullamak, mak mertua lalu belakang mmg ler x sedau ni wei ..
  • 1 sudu kecil lada hitam * - optional
  • 1 sudu kecil jintan manis * - optional
  • 1 sudu kecil jintan putih * - optional
 
Cara2 MembuatNya :-)
---------------------------
  • daging or tulang direbus sehingga empuk dan lembut. Boleh apply apa2 petua tuk dapatkan daging yang lembut ya, or boleh juga refer N3 tdahulu *wink*...

  • tumiskan rempah 4 sekawan - bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga wangi dan sedikit garing dan selepas itu masukkan bahan2 kisar ... goreng sehingga pecah minyak dan garing ....

  • goreng bahan2 kisar masak hingga harum, masak hingga bahan2 kisar tadi harum garing dan naik/terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Anggaran masa kira2 3-5 minits kot
  • masukkan pes asam jawa dan kacau rata (anggaran 1 liter) mengikut, kacau rata dan biar mendidih. tambah kiub ikan bilis (hancurkan), lada hitam tumbuk dan bunga kantan (jika suka)

  • masak sekejap dan masukkan daging or tulang or daging tetel... kacau perlahan. masukkan daun limau, bunga kantan dan serai... perasakan dengan garam secukupnya dan bahan2 perasa yg anda suka ... akhir sekali boleh matikan api .... 

  • voila !! dah siapppp ...hidangkan bersama nasi dan lauk-pauk lain .....Hmm yum yum .. dapNya ... :-)




Perbezaan Asam Pedas Daging N' Ikan :-)
-----------------------------------------------
  • min rs mcm penting je nak tekan di sini bezanya pedas ikan dan daging ... tp from my point of view yang x berapa pandai cook la ni kan ...
  • asam pedas daging ditumis rempah 4 sekawan dahulu dan step 2 is bahan2 kisar sedangkan asam pedas ikan x perlu ditumiskan rempah, cuma perlu tumiskan bahan2 kisar sahaja dan proceed with next step ...Tapi ada sy tgk mcm asam pedas kepala ikan tu depa dok tumis rempah terpulang la kot ..lau ada rempah and lada kat Melaka dah panggil masak lada plaks ....ntah ler negeri lain min x pasti la ye ...
  • lau asam pedas ikan boleh la dimasukkan sayur2 yang disukai seperti bendir, tomato, terung dsbnya but asam pedas daging x sesuai dimasukkan sayur-sayuran kot ...hehehe 
  • Asam pedas ikan menggunakan bunga kantan or daun kesum (yg buat laksa tu) nak bg perisa sedangkan asam pedas daging x perlu la ...perfect as it is jek *wink*


Tips2 MengHasilkan Asam Pedas Terangkat :-)
----------------------------------------------------
  • order to achieve KPI (sedap hingga menjilat jari) kuahnya hendaklah pekat ...secret ingredients my ibunda masukkan k-e-r-i-s-i-k ...yup yg masuk dalam rendang tu ...Kerisik tu dibuat sendiri ya ...Parut kelapa dan goreng tanpa minyak sehingga keperangan ...if uols nk tumbuk, tumbuk la ...if not masukkan sekali dalam bahan2 kisar ...itu tips my mums la ....uols may be ada cara tsendiri kan  .....? ...
  • masukkan belacan, kiub ayam juga boleh menyedapkan masakan ...Lepas tu 'cook la from the heart', bc2 sikit 'dabra ca dabra etc...bla ...bla .... huhu ...insyaAllah (sebaik2nya ayat2 al-quran seperti melembutkan hati anak2 n suami, doa anak rajin belajar or jadi anak soleh ke,... gurau je td tu) ....niat yg baik tu Allah SWT perkenankan ...allahu khairan, insyaAllah ...
  • cara terakhir, asam pedas sedap dimakan keesokann harinya huhuhu ...mmg power gilez...ce terai uols mesti agree 100% ngan min ...Makan ngan cekodok gagau panas2 ke ...hulamak ! .. mmg x pndg blkg, kiri, kanan atas bwh gamaknya..
 



•*¨*•.¸¸❥¸ End Of Asam Pedas Daging Melaka Style •*¨*•.¸¸❥¸




No comments: