Monday, May 18, 2020

✿´•*¨*•.¸¸ Cara Ezy Pezy Membuat Roti Jala Mawar (Roses) Yang Simple, Lembut & Gebu Sampai Esok Pagi ✿´•*¨*•.¸¸


roti jala boleh dikatakan memerlukan bahan yg sgt2 sempoi je, in fact my mum guna air, garam, tepung gandum dan pewarna kuning jek pun, xde telur or santan or susu or minyak.. tp still kita org sapedek tanpa toleh blkg hahaha ...may be sbb de plus point air tgn dan 100% from the heart mama kot ...

k la .. resepi ni dikongsi oleh Puan Noor Suraya di Masak Apa Hari Ini (MAHN). Katanya walaupun ni baru first time cuba, tapi cukup menjadi.
Hasil tunjuk ajar dari kawan, ibu saudara, tengok resepi Azie Kitchen dan rujuk google – hasilnya alhamdulillah roti jala tetap lembut dan gebu sampai esok pagi .. wow


kira ni resepi basic x kira la nk buat bentuk apa nnt ye, btk roses ke, jala2 ikan, belang2, polka dot pokemon ke, adiwira ke ..but this is the core .. *wink* ..  .ok jom kita start

Resepi Roti Jala Simple, Lembut & Gebu Sampai Esok Pagi
-------------------------------------------------------------------------

Saiz hidangan untuk 5-6 orang.

bahan2nya :-)
----------------

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 cawan air / santan (saya guna 2 cawan air & satu kotak kecil santan) - min guna susu cair
  • 2 setengah sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil pewarna kuning / warna apa pun boleh - nak wat roses mestilah kene pink daun plaks mak ko ijau heee
  • 1 biji telur gred A
 
cara2 membuatnya :-)
--------------------------

1. blend semua bahan2 - tepung, susu cair, telur, garam, minyak sampai halus, jgn ada lumps ya .. bagi2kan ke bbrp color ikut taste mung ....

2. Masukkan Dalam Botol / Acuan Roti Jala dapatkan botol 3 nozzle ngan 1 nozzle, pic mcm kat bawah.. byk juai kat kedai barang plastik ya .. ni botol yg min gunakan cam botol susu baby plaks ..hikhik ...



3. Masak Dengan Api Kecil sapu minyak sikit dekat kuali, lepas tu bolehlah terus menjala .. haha.
boleh buat bentuk yang disukai tp tutorial ni pasai buat roses, so tehniques yg bawah ni cara2 membuat roses
note : guna api kecil je. masak sampai tak nampak warna air tepung tu dah kira masaklah, tak perlu balikkan dia lagi ok.



Method Membuat Roses :-
-----------------------------------------

cara2 menghasilkan roses ...
cara1 - wavy roses techniques



or boleh techniques de intanz homemade ni -
cara 2 - intanz homemade techniques




4. Angkat & Lipat kemudian masa panas-panas tu lipat atau gulungkan sampai jadi bentuk roti jala yang kita nak... roses ni xleh garing ya, garing nnt patah rosesnya ..
siap dah… nilah hasilnya. .. memang gebu dan lembut. .. esok pagi makan pun masih lembut lagi tau! ..*wow*




 dah alang-alang buat roti jala ni, kita sertakan jugalah resepi kuah kari atau gulai ayam untuk cicah
mesti ramai dah terror buat kari kan, tapi mungkin ada yang baru first time or just nak refresh balik ikut resepi kuah kari ni. --- mudah je  .


Resepi Kuah Kari / Gulai Ayam Warisan IbundaKu Sayang
------------------------------------------------------------------

resepi kari ni yg biasa min masak dr warisan ibunda tsayang .. mmg simple dimple ezy pezy yet delish kata org heee ... all blend + letak santan + customize ... tu jek stepnya ... jom kita start !
bahan2nya :-)
-----------------

  • 1 mangkuk daging yg telah direbus terdahul
  • 2 biji ubi kentang potong kecil
  • 5 ulas bawang merah - kisar
  • 3 ulas bawang kecil - kisar
  • 1 biji bawang besar - kisar
    1 biji bawang merah besar sebiji - optional, kisar
  • 1 inci kunyit hidup - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci lengkuas - kisar
  •  3 batang serai - 2 racik halus,1 batang msk masa akhir2 nnt
  •  2 sdb kerisik - kisar
  •  2 sdb serbuk kari - - kisar
  • 1 mangkuk  santan
  • 2 cawan air
  • 3 sudu kecil garam, perasakan ikut citarasa
  • sedikit bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis
  • 2 keping asam keping - or tomato will do - optinal

cara2 mbuatnya :-)
----------------------


1. Kisar & Tumis Bahan
1st, blend lengkuas, bawang merah besar, serai, bawang merah, bawang putih, halia, kerisik dan rempah kari daging.



2. Tumis Bahan2 Kisar
panaskan kuali. tumis 3 or 4 sekawan dan tumis bahan2 kisar. masukkan bahan2 kisar halus tadi.goreng smpi 'terbit minyak'

3. Masukkan Daging
semasukkan daging, daging ni min dah rebus sehingga lembut ya, rebus dlm 1-2 jam ikut keadaan (petua lembutkan daging, masukkan sudu bsi dlm air rebusan + bawang + daun pandan + daun limau nk bg hilag bau daging) ...boleh rebus lebih2 tuk masak lain jugak ...
boleh masukkan air sedikit kalau pekat sgt ..

4. Masukkan santan secukupnya ...agak2 ya, btindak atas malumat .. n kacau sebati ... masukkan air jika perlu ya


 

5. Masukkan Kentang
masukkan kentang, kentang ni leh masuk dan masak sehingga empuk dlm 10-15mins gitew, tp dlm pic atas tu min masukkan dah siap rebus sbb nk kejar ms berbuka, min masukkan kentang dlm air rebusan daging sblh, dapur sblh masak kari heee ... xdan sbb dah 6:45PM ms ni heee ... kene btindak atas maklumat hee...

6. Masukkan serai +daun2an - daun kunyit or daun limau or kari
bila kentang dah nk empuk, mskkan daun kunyit or limau or kari will do, oh ya boleh mskkan tomato or asam keping at ths stage tuk 'tangy' taste ..
ada  yg masukkan gula melaka at this stage, terpulang la ye ...min x buat seme tu ..
orait siap dah bebeh ...bolehlah cicah dengan roti jala tadi.




*Resepi roti jala ini dikongsikan oleh Puan Noor Suraya Muhd Noor menerusi Facebook di Masak Apa Hari Ini (MAHN) Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Maklumat lanjut berkaitan resepi boleh rujuk post asal di SINI.












No comments: