skip to main |
skip to sidebar
╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips2 Berguna Menyusun SOFA Yang Praktikal Dan Menarik ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸
Pasal
sofa lagi? heee ...mcm biasa la orang minat sofa modern ...apa nak
dikata ...and then nak buat utk rumah sendiri plaks ..budget mcm paras2
je ...heee ...cuci mata kat internet je la disamping KONGSI with uolls
.....Ruang
tamu yang praktikal serta menarik perlu mempunyai sofa yang selesa,
cahaya yang cukup, feature wall yang menonjol, warna-warna yang
menyegarkan, dsbnya.
Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-
- Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya,
tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan
tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh
hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan
lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran
lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
- Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum
memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya
tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang
tamu.
- Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk
kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1
atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta
rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
- Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa
diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana
menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk
yang dapat memberi keselesaan.
- Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan
ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi
meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur
bertentangan.
- Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik,
pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan
kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
- Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap
menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk
tambahan dan sudut membaca.
1 comment:
Salam perkenalan...tips yang berguna...thanks for sharing :)
Post a Comment