• TERLALU banyak perkara yang perlu diambil kira apabila membeli perabot untuk ruang makan.
  • Perabot yang dipilih mesti sesuai dan memenuhi cita rasa serta gaya hidup dan yang paling penting ketahanannya.
  • Dengan begitu banyak pilihan perabot dari segi gaya, bahan dan kualiti terdapat dalam pasaran, membuat pilihan tepat sudah tentu memeningkan dan kadangkala mengelirukan.




Faktor utama yang perlu diambil kira sebelum membeli perabot meja dan kerusi ruang makan adalah:
* Keluasan ruang
* Saiz meja makan dan kerusi
* Gaya rumah anda
* Bajet



Keluasan ruang
  • Anda perlu memastikan keluasan ruang dan bentuk meja makan seimbang pada keseluruhan ruang makan.
  • Adalah bijak jika membuat ukuran ruang makan sebelum membeli perabot.
  • Dengan begitu banyak pilihan perabot dari segi gaya, bahan dan kualiti terdapat dalam pasaran, membuat pilihan tepat sudah tentu memeningkan dan kadang-kadang keliru.
  • Selain itu lukisan pelan lantai dengan saiz ukuran mengikut skala yang betul perlu ada dan hendaklah dibawa bersama ketika menentukan pilihan perabot yang hendak dibeli.





Saiz meja
  • Selepas kita mengetahui keluasan ruang makan yang ada, kita sudah pasti boleh mengagak apakah saiz meja makan yang sesuai.
  • Satu keperluan yang mesti ialah pilihan meja makan perlu muat ruang yang ada sebab tiada siapa mahu duduk dalam ruang sempit yang mana terpaksa berhimpit untuk menikmati hidangan.
  • Fikirkan berapa bilangan orang yang diperlukan dalam satu masa meja makan.
  • Meja yang boleh dipanjangkan amat sesuai jika kita memerlukan tambahan tempat duduk.
  • Pilih meja yang boleh dipanjangkan dan mudah diolah kedudukannya dan diminimumkan saiznya untuk kegunaan harian.
  • Kelebaran meja makan amat penting. Kita memerlukan kelebaran yang cukup untuk meletakkan pinggan dan mangkuk yang digunakan untuk menghidangkan lauk-pauk.
  • Saiz kelebaran meja yang diperlukan adalah minimum satu meter jika hendak tetamu anda melayan diri sendiri.
  • Jika bilangan tetamu melebihi bilangan kerusi sedia ada sediakan kerusi yang boleh disusun secara bertindih untuk menjimat ruang apabila tidak digunakan.






Saiz Ukuran
  • i. Ketinggian
  • Standard saiz meja adalah 750 milimeter (mm) tinggi tetapi boleh direndahkan sehingga 700 mm
  • Tinggi kerusi mesti 450 mm pada aras tempat duduk
  • ii. Bilangan
  • Tetapkan berapa bilangan orang akan duduk, setiap orang memerlukan sekitar 600 mm kelebaran tempat duduk, benarkan 100 mm sehingga 150 mm.
  • iii. Jarak kelegaan
  • Jarakkan meja sejauh sekurang-kurangnya 600 mm dari dinding sekeliling supaya mudah untuk keluar dan masuk.
  • Jika mempunyai ruang makan kecil, permukaan meja boleh mengguna gelas dan ini akan memberi kesan ilusi pembesaran ruang


Bentuk meja makan
Saiz meja makan adalah faktor utama menentukan bentuk meja. Antara bentuk meja makan adalah:


Meja segi empat tepat
  • * Sangat sesuai untuk makan secara santai dan juga sesuai untuk makan secara romantik kerana boleh diduduki dua atau empat orang.
  • * Dapat menjimatkan ruang bila digunakan pada ruang kecil.
  • * Tidak sesuai digunakan dalam bilangan yang ramai.
Meja segi empat bujur
  • * Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
  • * Boleh menolong memanjangkan ruang
  • * Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung.
Meja segi empat bujur
  • * Boleh menyediakan bilangan tempat duduk yang ramai
  • * Boleh menolong memanjangkan ruang
  • * Kurang sesuai dengan cara makan orang Asia jika hidangan tidak boleh dicapai pada bahagian hujung
Meja bulat
  • * Sesuai untuk merangsang perbualan
  • * Berkesan dari penyesuaian pada ruang yang tidak sama
  • * Tidak sesuai dalam ruang kecil dan memerlukan ruang lebih berdasarkan bilangan tempat duduk.
* Perabot yang mesra keluarga
  • Perabot yang mesra keluarga bermaksud bahawa perabot yang digunakan mestilah mempunyai ciri ciri keselamatan, tahan lasak dan mudah dibersihkan.
  • Antara ciri reka bentuk perabot mesra keluarga yang selamat adalah seperti mempunyai bucu meja yang bulat dan tidak tajam dan kemasan kayu yang senang dan tahan dikesat apabila kotor.
  • Selain itu bagi kemasan fabrik pada kerusi juga boleh dibuka dan kemudian boleh dibasuh jika berlaku kekotoran pada lapik tempat duduk kerusi.


Ruang penyimpanan
Masalah penyimpanan barang adalah masalah utama bagi rumah kecil, oleh itu sangat baik jika perabot meja makan ada menyedia laci atau ruang penyimpanan untuk menyimpan kain pengesat tangan, alas meja atau sudu garpu.
Pastikan jika ada ruang penyimpan pada meja makan, adakah saiz ketinggian cukup untuk keselesaan bagi kelegaan tempat duduk.





  • Bahan kemasan
  • Bahan kemasan meja makan adalah terdiri dari berbagai jenis. Pilihan kemasan dibuat berdasarkan tema, gabungan dekorasi, pilihan persendirian dan kemasan sedia ada pada perabot yang dibeli.
  • Pilih satu kemasan yang kukuh dan mempunyai fungsi.
  • Kemasan Kayu
  • * Kuat dan memperlihatkan kesan bahan alam semula jadi
  • * Menampakkan keselesaan dan kecantikan pada kemasan dan urat kayu
  • * Berat dan sukar diubah kedudukan
  • * Mahal kerana diperoleh dari gred kayu yang baik dan mahal
  • Venir
  • * Sebagai bahan ganti kemasan dari bahan kayu yang padu
  • * Mempunyai pilihan yang banyak dari bahan urat kayu yang cantik tidak terdapat pada bahan kayu tempatan
  • * Mudah diselenggara jika menggunakan bahan laminate yang tahan panas dan kalis air
  • * Perlu dijaga bagi mengelak merekah dan terkopek pada bucu meja
  • Kaca dan gelas
  • * Menawarkan kesan eksklusif dan nampak mahal
  • * Dapat menambah kesan ilusi pada ruang
  • * Mudah dibersihkan tetapi perlu hati-hati kerana mudah pecah
  • * Mudah tercalar, terdapat kesan tapak tangan dan kesan habuk terkumpul pada permukaan.
  • Plastik
  • * Harga yang murah, maka ia mampu dibeli
  • * Ringan, mudah dialih dan disimpan
  • * Tahan lasak dan sangat sesuai di persekitaran luar rumah
  • * Mudah diselenggara tapi tidak sesuai bagi rumah kediaman yang eksklusif
  • * Mudah rosak kerana tidak tahan pada cahaya



Bajet
  • Pada dasarnya perabot ruang makan bukanlah murah seperti disangka. Semak bajet yang diperuntukkan, jika bajet tinggi, lebih baik mendapat perabot yang mahal dan bermutu tinggi.
  • Adalah baik menambah sedikit bajet bagi memperoleh perabot bermutu dari terpaksa berbelanja lagi kerana perabot mudah rosak atau patah.
  • Bagi keluarga yang baru, adalah baik memilih perabot yang ‘selamat’, ‘tahan lasak’ dan ‘berfungsi’ kerana faktor ini dapat membantu kita menggunakan perabot dengan jangka masa lama dan menjaganya baik.
Berita Minggu