Tuesday, January 17, 2017

•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥




Sy dpt N3 ni dlm 1 fb which is sy rs simple but it;s good to be true ... so sy share la. Ni ingatan tuk saya dan uols seme la sbb sy pun susah nak maintain slim, chubby jek memanjang .. Sy pernah gemuk ms zaman skool dlm form 4 & 5 gitu la sbb ddk asrama & hormon tgh naik ...bselera memanjang .... tp xpe la kan, the rest is history *ahaks* ...trauma nak ingat ...ngalahkan Freedy's Krueger : Nightmare at the elm street (cite seram xzaman bila la ) huhu ...


Okay, jadi hari ni bukan nak kongsikan cara tuk kuruskan badan tapi cara macam mana nak maintain kuruskan badan. Semua mesti dah tau cara-cara macam nak kuruskan badan kan, tapi apa yang paling penting, macam mana cara nak maintain kurus betul tak? Takkanlah lepas susah-susah kuruskan badan, tak pulak ambil langkah nak maintain kurus, akhirnya naik balik berat badan tu sehingga kalut sebab return gemuk.

Back to our topic, jadi 5 cara mudah kekal kuruskan badan adalah :
1. Jangan tidur siang. Biasanya orang kurus ke, atau gemuk ke, akan mudah naik berat badan apabila anda kerap tidur siang. Tidur siang tu tak salah cuma waktu dan berapa lama anda tidur tu yang jadi masalah. Saya bagi tips mudah, contohilah Rasulullah. Waktu baginda tidur siang adalah sebelum Zohor, lebih kurang pukul 12 tengah hari betul tak? Jadi itulah waktu terbaik untuk tidur. Dan biasanya tidur siang itu dalam 15 ke 20 minit sudah memadai sebab ia bertujuan sekadar untuk merehatkan badan dan minda. Sekiranya anda terlebih-lebih tidur siang, ia akan memberi satu kesan lesu dan lembap pada minda dan tubuh badan kita. Berdasarkan pengalaman saya, berat badan saya akan naik tup-tup lepas beberapa hari tidur siang secara marathon.



Warning, jangan sekali-kali amalkan tidur waktu senja atau petang lepas Asar. Rasulullah melarang kita tidur waktu itu, kerana kesannya bukan saja akan melemahkan badan tapi minda dan otak kita pun akan jadi lembap dan boleh jadi gila.


2. Amalkan minum air kosong suam dan bukan air kosong sejuk. Ini petua saya. Makanlah banyak mana sekalipun, tapi kalau anda amalkan minum air kosong suam, rather than air kosong sejuk tempoh untuk anda kekal kurus tu akan lebih lama, insyaAllah.
Ada juga yang cakap, air kosong sejuk boleh buat perut buncit tapi sebenarnya tak pun. Air kosong sejuk atau suam sebenarnya mempunyai kandungan yang sama iaitu tidak mempunyai kalori langsung. Cuma, berdasarkan pengalaman sendiri juga, saya berjaya mengekalkan berat badan apabila mengamalkan air suam tetapi perkara sebaliknya berlaku bila saya minum air kosong sejuk.
Kalau anda tak percaya, anda cubalah sendiri. :-)





3. Cara ketiga adalah dengan banyak berjalan. Sekiranya tak ada banyak masa untuk keluar berjogging atau brisk walk, apa kata kalau pergi shopping atau ke office tu, pilihlah tangga rather than elevator. Pilih lah berjalan jauh naik tangga atau laluan wheelchair rather than escalator. Dengan cara ini, anda bukan saja boleh membakar kalori yang terpendap dalam badan tu, anda juga boleh membuat otot kaki dan paha anda menjadi lebih kuat.
Amalkan cara ini sebab bagi saya ia paling berkesan untuk mengekalkan berat badan. Tambah pula, kalau tugasan kita memerlukan kita duduk mengadap komputer, terperap dalam bilik. Kalau tak berjalan langsung, silap-silap berat badan yang 45kg tu, boleh jadi 64 kg. Wuh, trauma. Jadi, elok sangatlah kalau kita amalkan berjalan ni on the way nak ke office dan balik ke rumah.



4. Next, adalah dengan cara membantu ibu di dapur atau membuat kerja2 rumah (Chores). Haa, ini adalah cara yang paling bagus kerana selain daripada niat kita untuk mengekal dan menurunkan berat badan, kita juga dapat pahala sebab tolong mak dan ahli keluarga. Mak minta tolong angkat kotak, angkatlah. Mak minta tolong alihkan periuk, alihkanlah. Ayah minta tolong tolak almari, tolaklah. Abang minta tolong jahitkan baju, jahitlah (eh, kena-mengena tak?)


Saya syorkan cara ni kerana saya dah cuba jugalah dan ianya berkesan. Dulu saya agak pemalas sikit, almaklumlah budak-budak kan. Sifat pemalas lebih sikit jadi berat badan pun naik, jadi gemuk. Belajar dari kesilapan, jangan lah malas-malas. Tolonglah ibu kita di dapur, tolong ayah di luar, tolong adik-beradik juga. Sebab dengan cara angkat kotak, alihkan periuk, tolak almari dsb, secara tak langsung anda telah membakar kalori dalam badan anda. Jadi, berat badan akan maintain sajalah walau pun anda tak exercise heavy sekalipun.


Kalau xde ibu tu, dah kawin uols la kene rajin2 ke dapur ..sure byk benda nak kemas, susun, reorganised dsbgnya kan??
 


5. Finally, jangan baring selepas makan. Tak kisahlah anda baring tu terus tidur atau baring-baring saja. Amalan buruk ni memang paling bahaya sebab pernah terkena pada saya. Gara-gara suka makan lewat malam masa dekat matrik dulu, makan pukul 11 malam, lepas makan terus tidur. Akhirnya berat badan saya naik sampai 5 kg dalam tempoh 2 bulan. Puas juga nak menurunkan semula.


Okay, cukup 5 cara saja hari ini. Banyak-banyak nanti, pening susah nak buat plaks. Yang penting anda semua istiqamah tau dalam menjaga badan dan kesihatan. Setiap kurniaan Allah diberi pada kita dalam keadaan sebaik-baik kejadian, jadi jangan sia-siakannya.







•*¨*•.¸¸❥ 5 Cara Paling Mudah untuk Maintain/Kekal Slim/Kurus •*¨*•.¸¸❥



No comments: