Thursday, June 18, 2020

•*¨*•.¸¸❥ Kuih Lapis Roses yang Senang, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je! •*¨*•.¸¸❥



min amik resepi ni dr Minggan Wanita keluaran april 26, 2020 dikongsikan oleh Aezween Rainoe ni cukup senang just blend all & steamed up. Katanya "Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat." .. !!


kuih lapis ni org pnggl kuih lapis nyonya or lapis peranakan pd asalnya, ada yg min tengok cara2 membuatnya mcm complicated sikit .. so leh read n compare la ye .. tp versi min ni ezy-pezy-yummy jek kekdahnya ..


oh ya min x sertakan pictorial step-by-step sbb senang jek nk buat plus ssh sikit nak amik if ada asap2 ni .. asal nak amik jek periuk kukusan klr asap n pic jadi x blur huhu .. last2 min fedup ... may be next time bila beli hp canggih sikit hahah ...gittewww !!! .. so jom kita start !!


•*¨*•.¸¸❥ Kuih Lapis Roses yang Senang, Sedap & Berlemak, Guna Sukatan Cawan Je! •*¨*•.¸¸❥
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

source : mingguan wanita
edited by : callmemissrose@redroses2u.net


bahan2nya :-)
--------------------------

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan kotak kecil
  • 3 cawan air masak
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh garam

cara2 membuatnya :-)
----------------------------------------
-


  • Blender semua dan bahagi kepada 2/3/4/5 bahagian - ikut suka berapa warna pun ... min buat klasik style, 1 letak warna shocking pink, satu biarkan putih natural.
  • Ok dah ready nak steamed up but first oles bekas dengan minyak/butter untuk mudah keluarkan. kalau guna loyang alaskan loyang ngan plastik. Kukus selapis-selapis selama 7 minit.
  • Lapisan terakhir kukus selama 20 minit.  . Oles pisau dengan minyak untuk mudah potong kuih



---------------------------
         /* note :- */
-----------------------------

  • lapisan terakhir masak selama 20 mins (ada yg 10 mns), tujuan untuk menerbitkan minyak dari santan supaya kuih nampak berkilat. Bila masak biarkan betul-betul sejuk baru dipotong .. 
  • ada yg buka periuk kukusan kat salah 1 blog yg min baca ...maka boleh la btindak ikut maklumat ya ... benda2 mcm ni kene try test baru ley verified the truth is outta or not but since min buat guna acuan roses ni if then else nx time test-outnya ye? ...kalau buat guna loyang leh try-test ...


-----------------------------------------------
/*              Tips Kuih Lapis Nyonya           */
-----------------------------------------------

  • Kuih mesti betul2 sejuk baru dipotong dengan pisau plastik, sapu sedikit minyak pada pisau plastik tadi untuk mendapat potongan yang licin.
  • Loyang anda alas dengn plastik agar mudah untuk mengeluarkan kuih lapis nanti. Kalau guna acuan sapukan minyak/butter di permukkan or dalamannya.
  • Satu lagi kalau anda simpan dalam peti sejuk, pastikan taruk dalam bekas bertutup, kalau taruk macam tu saja, permukaan kuih akan kering.
~@ the end @~


No comments: