Monday, June 13, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Ayam Black Pepper Bersama MushRooms & Celeries •*¨*•.¸¸❥


Resepi Ayam Masak Blackpepper Cendawan & Saleri ni sesuai dimasak pada hari bekerja oleh ibu-ibu kerana cepat dan mudah. Satu bahan utama yang perlu ada dalam masakan ni ialah celeri sebab ianya rangup dan sedap jika digoreng pantas tp kalau ada yg x suka xperlu letak ya ... Masa masak, masak dengan kasih sayang dan berzikir pada Allah SWT juga. Insyallah masakan yang dimasak akan SEDAP dan BERKAT. Daripada makanan yang dimakan tu akan membatu kita semua untuk buat amal ibadat termasuk SOLAT dan amal-amal lain kepada Allah SWT - sekian ceramah agama by miss rose ..huhu >_<.


Bahan2Nya  :
-------------------
  • 300 gram ayam, potong kecil
  • 5 biji cendawan butang segar, potong 4
  • 4 batang celeri, potong serong
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji capsicum hijau - or merah or kuning 
  • 1 inci halia, hiris nipis
  • 1 biji tomato - optional   
  • 1/2 biji bawang besar holland
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil kicap manis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • sedikit tepung jagung, bancuh dengan air menjadi pes
  • garam dan bahan perasa secukupnya
** sayur tpulang uols nk put apa, capsicum merah, kuning or hijau, lobak merah, tomato or any veggies pun will do ...



Bahan2 Perap :
-------------------
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil lada hitam
** saya letakkan sedikit perencah sup + perencah kari + kunyit 

Cara2 PenyediaanNya   :
----------------------------

  • Potong ayam ikut suka & bersihkan ayam sebersih2nya + selawat + doa.  Perap ayam selama 30 minit bersma bahan2 perapan + garam .
 
  • Selepas itu panaskan minyak. Goreng ayam sehingga setengah masak or garing. Angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau, kemudian masukkan serbuk lada hitam
  • Ada juga yang tumis dahulu rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, pelaga dan bunga lawang, hingga harum. Tepulang uols ...sy skip this part sbb nakkan hidangan yg sempoi jek ... lau suka ok jek, sweeetttt (gaya cik piah, sinar FM)

  • Masukkan sos2 perisa kegemaran seperti sos tiram, kicap manis, minyak bijan dsbgnya. Seimbangkan rasa.
  • Jika pekat, tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan dan kemudian masukkan sedikit pes tepung jagung supaya kuah menjadi pekat - sy skip this part x buat.

  • Perasakan dengan bahan perisa dan garam secukupnya.

  • Masukkan pula cendawan, celeri, dan sayur2 kegemaran - carrot, capsicum, bwang holland, tomato dsbgnya. Kacau sehingga cendawan sedikit layu. Celery tu membuatkan daku tdengar2 kerangupannya gitu heheh ..mushroom tu plaks mcm 'kekasih gelap' black pepper jek ..heheh
  • Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebentar bagi rata dan sebati... Serve ! Voila ! Yummy yummy goes to my tummy ....
  • Sebenarnya mmg kene masuk saderi & mushrooms ...tp recipe sy xde 2 most important things ni sbb MALEH nk cr bahan ...apa yg ada kat celah dapuq jek kt org ...uols imagine la ada saderi & mushrooms butang ya ngeeee...
  • Tips: Jangan goreng terlalu lama kerana sayur celeri dan cendawan akan menjadi lembik dan tidak segar.

No comments: