Saturday, June 11, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Acar Ikan Masin Talang / Kurau / Merah / Yu •*¨*•.¸¸❥


Banyak sangat versi acar ikan masin ni ...1 thing 4 sure, ianya mmg tahan lama ...boleh up to 1 month. Bulan posa ni mmg penting tuk ada masakan yg tahan lama sbb takut terlelap tuk sahur ..jadi apa yg sempat grab aje la kan ..heheh (mcm ckp diri sendirik jek ngeee)...

Nak beli sebotol kecik aje dah RM18. Ini maybe dalam RM10 dapat agaknya 6 botol! Ini buat konon2nya untuk bersahur. Kalau nak cuba mcm yg saya buat, macam resepi dibawah. Silakan share resepi kalau suka ...Semoga seme yg terlibat mendapat syafaatnya nanti di SANA ...in shaa Allah ..

Ianya bukanlah one my peberet sbb sbg keluarga hang tuah sejati sy mmg x suka lauk-pauk yang manis ... Tapi boleh la if nk buat tuk sedekah jiran2 or sebagai buah tangan rite ...or sbg suka2 nk try masakan baru ....once in the blue moon makan apa salahnya ... sokay jek, sweeetttt ...




Hasil air tangan dari Ereen Hadi
Sumber : CMG@TiffinBiru
DiEdit Version : Miss Rose@Redroses2u.Net

Bahan2Nya :-)
--------------------
  • 200 gram isi ikan masin talang (boleh ganti dengan isi ikan masin kurau, ikan merah, ikan yu dsbgnya)
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 20 biji cili padi kampung (boleh kurangkan)
  • 3 camca besar cuka makan (JALEN)
  • 1 camca besar gula melaka
  • 3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
  • 2 tangkai daun kari, dilurutkan - optional
  • 1/2 cawan lobak asin  - optional
  • 1/2 cawan kismis - optional
  • Lobak Asin - yg mcm jeruk tu
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan air
  • *** Lau suka boleh juga digunakan buah2an jeruk

Bahan2 Yang Dikisar Halus :-)
---------------------------------
  • 2 camca besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar 
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan2 Rempah :-)
------------------------
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1 camca teh jintan kasar
  • 1 camca teh jintan halus
  • 3/4 camca teh halba
  • 1 camca teh biji sawi
** semua bahan kisar kering digoreng tanpa minyak terlebih dahulu hingga harum kemudian kisar kering hingga halus


Cara2 MembuatNya :-)
----------------------------

  • Isi ikan talang masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman setiap 20 minit. Kemudian toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. 



  •  Bahan2 rempah digoreng tanpa minyak hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Kemudian kisar (gunakan kisar kering) atau tumbuk hingga halus. Ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan2 kisar halus dan masak hingga garing. Tambah bahan2 rempah yang dikisar/ditumbuk halus tadi. Kacau rata dan masak sekejap. Guna api kecil.

  • Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan tambah 1/2 camca teh garam. Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. 
  • Masukkan juga lobak asin dan kismis atau buah2an jeruk pilihan uols ...

  • Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu baru masukkan sedikit lagi garam, begitu juga dengan gula. Matikan api, dan boleh hidangkan bersama nasi putih.



 Tips Menghasilkan Acar Ikan Masin Tahan Lama :-
------------------------------------------------------------------------

  • *** Acar akan lebih sedap selepas beberapa hari disimpan selepas dimasak kerana semua bahan akan sebati.
  • Jika perlu..panaskan semula selepas beberapa hari & biarkan  betul-betul sejuk baru dimasukkan dalam bekas bertutup.
  • *** Insha Allah boleh dan anda kenalah tumis rempah dia dengan minyak yang lebih sedikit. Bila dh sejuk, masukkan ke dalam botol, pastikan ia tenggelam sedikit dalam minyak yang anda guna untuk menumis rempah.
  • Kalau nak makan cecok isi saja lah, jangan dikaut sekali dengan minyak acar .. our health our wealth kannnnnn ???
  • *** Satu lagi acar ikan masin ni sedikit manis, yang ni terpulang pada citarasa anda, kalau suka manis, letak lebih sikit gula, lau suka manis2 buah boleh kurangkan gula.
  • *** Macam tu juga dengan garam, jangan lambak banyak2 terus, letak sikit dulu, kemudian rasa, kalau perlu baru tambah lagi...



•*¨*•.¸¸❥ Acar Ikan Masin Talang/Kurau/Merah/Yu •*¨*•.¸¸❥




No comments: