Monday, May 30, 2016

´•*¨*•.¸¸❥ DIY HomeMade BlueBerries CisTat V2 ´•*¨*•.¸¸❥


Cistat ni sy buat masa Training/KnowLedge Transfer makan2 kat off merangkap Jamuan Menyambut Ramadhan (ada ke jamuan mcm ni eh? ..heheh .. Tapi x kesampaian hasratku nk buat cistat chubby sbb mixture sy runny sikit .. hmm teruskan apa yg ada jek la ..huhu. This time round sy buat sy sukakan 'glossy and smooth texture' of cream cheese tsebut ...agaknya sbb sy add tairu aka susu masam into this mixture kot, ms tu cr yogurt tp xde ... malas nk gi soping bgi ..beli kedai runcit jek :) .. Hmm untuk kepastian kene try lg nx time to be exact confirm .... nnt sy bgtahu resultnya for the next my cistat version (this one anggap version 2 la).

Oh ya quality images mmg sucks sikit sbb x ambil guna ipad tis time around, xde bateri ..guna tab samsung jek ..eh bkn nk condemn/jatuhkan reputation brand ni ...but uols tahu la apple products kan ? kan ? kan ??



Macam biasa Miss Rose sertakan estimation cost so that leh budget la kan bila2 nk bila nk cuba try test recipes ni .. eheh)


  :: Anggaran Kos (Cost Estimation) ::
  • 50pcs Kulit Tart - MYR18.00 for 50 pcs
  • 250g Cream Cheese - MYR6.80/=
  • 1 Cawan Yogurt - MYR1.80 /=
  • 250gm Cooking Chocolate - MYR3.70/=

Total Cost : MYR30.30/=

Untuk crust saya 'copy' resepi dari Azita. Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu ..saya beli 'Ready Made' crust je, x dan la nk buat bagai:_) ..Tapi sy sertakan cara membuat crust/shellnya from Azlita Masam Manis. ..... sumbernya seperti dibawah :-


:: Bahan2 Utk Crust/Shell ::



Source : http://fromintankitchen.blogspot.com
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C - lau guna gred B kurangkan sedikit white eggnya
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Acuan tart




  • Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



  • Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak....but depends on your oven jugak ya >_<
  • Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  •  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Jom tengok cara2 membuat fillingnya :-

:: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis sbb sy mhadapi masalah gula x larut la hehehe
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 1 sd teh air perahan limau or lemon - optional
  • 1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..
:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
  • Biarkan Cream Cheese berada pada suhu bilik otherwise susah nak working with nnt. Putarkan Cream Cheese seketika ngan Condensed Milk nak bg dia smooth sailing :-).
  • Campurkan Cream Cheese + Susu Pekat Manis (pengganti gula), putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ...
  • Masukkan Yogurt or Sour Cream (sy guna tairu in this case ..case emergency). Putar sebentar, masukkan pula Perahan air limau or lemon ke dalam mixture (sy guna sunquick flavour) ..tuk jek y.g ada di sekitar kawasan hehehe
  • Saya masukkan juga serbuk cinnamon utk enhanced the flavour kata Food Network, lau x suka abaikan jek no harm pun ...Masukkan pula telur ayam....Putar lagi sehingga 'putih'....
  • Masukkan pula Essence Vanilla untuk 'mewangi'kan batter. Food Network ckp nak smoothen the mixture ...Putar lagi ...... keje kita mmg putar je la ...kuikuikui, lau pki 'pemutar asli' ni maunya tercabut huwaaa.. Masukkan batter dan blueberries filling ke dalam piping bag supaya senang nak dispense .. Pic mcm kat bawah ya ;-

  • Susun crust di dalam dulang ikut suka. BlueBerry Filling tu boleh masukkan ke dalam 'piping beg' supaya senang nak dispense on the shell .... eh dah  typing/ckp kat atas kan ..hohoho
  • Masukkan sedikit blueberry filling ke dalam crust......
  • Diikuti oleh cream cheese mixture. Buat sehingga habis ...
  • Setelah siap, ambil sedikit BlueBerry Filling tadi, warnakan pepel dan try buat 'lorek' atas cistat supaya cun la ... buatkan like 5-6 polka dot atas comel tart tadi (buat dot ..dot like or line2 kecil - boleh tengok cara melorek seperti di bawah)

  • Dengan menggunkan piping tersebut just 'connect' the dot or line2 tadi ... NOTE : proses untuk melorek dilakukan ketika cheese mix tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. (kene buat semasa 'runny stage' tau).
  • Buat sehingga habis, masa memula nk buat lorek tu mmg x biasa but soon you'll get the rhythm tau, kword dia practice ! practice ! practice !...masa memula buat lorekan saya ke laut jugak la ni ke tasik lak, control ayu jek lebih hehehe :-)
  • Bakar pada suhu 150C pada 3-5 minits je tp kalau pompuan peknen risau sakit perut disebabkan telur yg x masak dalam Cream Cheese mixture, yolk x masak ada Salmonella bacteria ya ... better watch out for your baby inside ..... Pic yang telah dibakar seperti di bawah ya :

  • Kasi zooming sikit camerawoman on the move ...heheh  :)

  • Voila ! Taraaa ...dah siap ... boleh la di served ....Yum ! Yum ! Hmm Dapnya ....:). Tgk pic atas texturenya smooth dan glossy ..sy suka ! sy suka ! (bc mcm mei mei upin ipin) ..heheh
  • Lebih banyak 'filling' kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Tapi InsyaAllah if kita ikhlas rasanya juga leh 'semulajadi' sedap nak2 lagi if FOC huhuhu ...>_<. Boleh change according to your preferences, terpulang kepada 'pallette' masing ada suka chocolate, nenas, kaya, peanut butter dll ..


Last one but veli-veli important woo : 

Petua2 Menhasilkan cistat tergebu & termontok alaf ini (drama jek lebih ..uweks)  :-
  • 1. Tart shell yang sedap mesti di hasilkan dari margerin dan bukan dari mentega. Ada beza antara Tart Shell margerin dengan mentega ..hah yeke? nnt sy CSI lg ya ...konpius mokcik.
  • 2 Jangan putar krim keju pada suhu bilik, kalau putar juga memang Cheese Tart anda takkan segebu yang anda impikan.
  • 3. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen). Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia di keluarkan dari peti sejuk. Teknik ini akan membantu krim keju itu menghasilkan Cheese Tart yang gebu.
  • 4. Telur pula mestilah segar dan dari gred terbaik dan seeloknya dari peti sejuk. Jangan kedekut sangat kalau nak buat untuk makan sendiri kan. Seeloknya guna selepas ianya di keluarkan dari peti sejuk.
  • 5. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

:: Cara2 Membuat Lorekan/Art atas Cheese Tart ::



  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.




  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi - boleh juga buat polka dot ..seperti gambar di atas ya >_<.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • Atau kalau nk senang masuk ke dalam piping beg, make a line or dot dot and connect and 'tarik' to each other ...more sempoi rite? ...heheh
  • Kalau x buat lorek pun sokay jugak ...no hal ...rasa ttp sama jugak :) ...




~* End of My First BlueBerry Cheese Tart aka Cistat V2 *~


No comments: