Thursday, June 16, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Chocolate or PineApple Japanese Tart (Tart Jepun Nenas atau Coklat) •*¨*•.¸¸❥

Kita tengok plak tart yg tengah trending la ni ... Japanese Tart, katanya tart ni dah lama, cuma lately jadi viral sbb masa tu xde FB bagai ...hmm yelah kot ... it's a gud idea ekceli , very inspiring dan memberi kita kelainan recipes la kan ... Inti boleh gunakan any flavour uols suka - chocolate, pineapple, blueberries, strawberries dsbgnya ......Lau buat masa raya nanti ni sure ada W-O-W factor dan tetamu akan memuji-muja hahah ... Masa tengok jek sy terus nak bukukan di sini sbb kekononnya nak buat later on ngeee ...angan2 ku musnah ke apa nnt ?? ...haha ... Mintak izin nak share n terus publish kat sini ...here we goes ...


Source : Seharum Dapur Bonda KC
Kredit resepi by : Mami Joyah bombastik
Kredit pic to : Puan Zarifa Mat (MAHN)


 Bahan2 Tuk Kulit Tart :)
-------------------------

  • 200gm tepung gandum
  • 100gm majerin
  • 3 sudu besar air sejuk
  • secubit garam

Bahan2 Tuk Cake Sponge :)
-------------------------------

  • 100gm gula kastor
  • 100gm majerin
  • 120gm tepung
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar jem strawberi
  • 1 sudu kecil esen vanila
**** atau Adunan Sponge Mix (ikut arahan pada kotaknya). boleh juga CLICK HERE for miss rose punya version


Cara2 MembuatNya :-
--------------------------

  • 1. Kulit Tart :   Ayak tepung bersama garam, gaul serta ramas tepung dan majerin sehingga menjadi seperti serbuk roti. Kemudian masukkan tiga sudu air dan gaul rata hingga adunan menjadi agak lembut. Rehatkan adunan selama 30 minit sebelum digunakan. Ketepikan.
  • 2. Untuk Adunan Span - putarkan majerin bersama gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya.
  • 3. Canai adunan pastri setebal 3 cm dgn penerap bulat bergigi, sebelum dimasukkan ke dalam acuan tart, acuan hendaklah digris dgn majerin dan cucuk adunan pastri sebelum diisikan dgn inti.  Bakar pada suhu 180C selama 10 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu kulit tart.
  • 4.  Sudukan setengah sudu jem nenas diatas kulit tart. Kemudian pipe kan adunan span menutupi inti.
  •  5. Bakar semula sehingga masak pada suhu 180c selama 10 hingga 15 minit. Hmm kiranya tart ni bakar 2 x la kan ..ok ok paham la kita ...:)

Cara Membuat Jem Nenas Menggunakan Rice Cooker
---------------------------------------------------------------------------
  • Ramai yg masih tak tau rahsia n tips nk masak jem nenas dgn cepat n yg penting tak lembik n senang dibentuk.. yg dh tahu maaf ya,betulkan kalau silap, sy pun bkn otai, hanya belajar dari pengalaman 😊
  • Utk cepatkan proses masak jem ni sebenarnya boleh masak pakai rice cooker shj. Dah tak perlu nk berdiri lama2 kt dapur n kacau sampai cramp tangan kan sbb takut hangus kt bawah n berkerak. 
  • Just masukkan nenas yg telah disagat n ditoskan airnya, sedikit pewarna kuning/oren n secubit garam ke dlm rice cooker n tekan 'cooking' tanpa perlu menutup tutup rice cooker ye. Tak payah risau setakat ni blm pernah dgr rice cooker meletup ke terbakar ke..
  • Dah tekan butang cook bleh la tinggalkan je bleh basuh jemur kain ke cuci pinggan ke sambil hidu je bau semerbak satu rumah hehe sy buat guna 2bijik nenas, agak2 dlm 30minit kering jusnya..
  • N then bila jus dh kering,baru masukkan gula n bunga cengkih (utk wangi).. sukatan yg sy guna adalah satu mangkuk nenas = satu mangkuk gula. Dulu sy dh pernah kurangkan gula sbb tak suka manis tp jem nenas plak jd lembik n susah nk dibentuk. So fungsi gula yg banyak tu membantu time nk bentukkan jem.
  • Bila dh agak2 bertukar warna keperangan tu dh blh tekan butang keep warm n biarkan je smpai betul2 kering n blh la simpan di dlm suhu bilik sebelum masuk peti ais ya. Semoga bermanfaat 😊
  • p/s : Sorry gambar masak dlm rice cooker tak jumpa plak hehe



Cara Membuat Jem Nenas Stylo
---------------------------------------------
Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat.
Apa yang membuatkan kuih tat sedap, pastilah intinya iaitu jem nenas. Kalau betul resipinya, pasti ramai yang akan memuji kesedapan rasa tat nenas itu. Tidak kira tat gulung atau kuih tat bentuk bunga, inti jem nenas yang sama tetap boleh digunakan.
Ramai yang akan parut nenas terlebih dahulu, namun kalau nak kerja cepat selesai, nak kisarkan sahaja pun boleh. Terpulang pada citarasa masing-masing. Hasilnya pun tak jauh beza. Cuma nenas yang diparut akan kering dengan lebih cepat bila dimasak sebaliknya nenas yang dikisar perlukan masa yang lebih lama untuk dimasak sampai kering.

Jem yang dimasak dengan cara betul, boleh disimpan dengan lebih lama malah rasanya pun lebih sedap. Tapi pastikan api tidak terlalu besar bila mengacau jem nenas. Kalau api terlalu besar, bau hangus pula jem itu nanti.
Ok, tak mahu berceloteh panjang, mari kita lihat dulu senarai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Resipi Jem Nenas Untuk Kuih Tat.


Bahan2Nya :)
---------------

  • 4 biji nenas separuh masak (pastikan kulit luaran masih hijau kekuningan)
  • 2 cawan gula kasar (terpulang pada citarasa, nak lebih atau kurang pun boleh)
  • kulit kayu manis (boleh juga digantikan dengan bunga cengkih)
  • 3 helai daun pandan (sekadar untuk mewangikan lagi jem nenas)
  • 1 sudu teh pewarna kuning (untuk menambah keserian warna)
  • Sedikit Lime Jus - optional

Cara Membuat Jem Nenas
-------------------------------

  1. Mula-mula kupas dahulu kulit nenas dan bersihkan. Potong nenas kepada saiz yang lebih kecil supaya mudah dikisar. Tetapi jika ingin parut nenas tersebut, tak perlu dipotong.
  2. Setelah selesai parut atau kisar, tapis dan asingkan jus nenas yang berlebihan.
  3. Di dalam kuali ‘non stick’ satukan kesemua bahan-bahan yang tersenarai di atas. Kalau tak ada kuali yang tak melekat tu, guna kuali biasa sahaja.
  4. Kacau jem nenas supaya ia masak dengan sekata dan tidak hangus.
  5. Teruskan memasak sampai jem betul-betul kering.
  6. Jem nenas yang telah siap dan disejukkan, bolehlah disimpan dalam peti sejuk. Selepas sejuk, bentukkan ia menjadi bentuk bebola kecil untuk memudahkan bila anda ingin membuat kuih tat pula nanti.
  7. Resipi untuk doh kuih tat akan saya kongsikan dalam artikel akan datang.
  8. Selamat Mencuba.
source : De' Nurul




Cara Membuat Tart Shell
------------------------------------

Memang dah ramai org pos cara2 buat tart shell tapi makin lama makin ke bawah dan terus hilang kan? Jenuh plak nak scroll mencari lagi. 😁
Meh sy share resepi buat tart shell dgn kawan2 ni MAHN ni.
1. Bahan2 Sempoi :-
-----------------------

  • 170gm marjerin
  • 50gm gula
  • *pukul dgn senduk kayu hingga sebati. Tak yah beria sampai kembang mcm nak buat kek tu.
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • *masuk 2 bahan ni dan kacau lagi sampai sebati
  • 290gm tepung gandum
*masukkan tepung dan uli sampai menjadi doh yg lembut
2. Then perap... Sy boh dlm peti ais 30 minit.
3. Sediakan acuan tart dan keluarkan doh.
4. Apa lagi? Mulakan kerja2 menerap. Cucuk dgn garpu supaya ada lubang2 udara masa bakar nnt...
5. Bakar pada suhu 180°c selama 15 - 20 minit. Pastikan api yg digunakan atas bawah bersama kipas. Klu oven x de kipas pun boleh je... Tp yg ada kipas, plz on bila bakar biskut ye...
6. Dah siap! Terbalikkan acuan utk keluarkan tart shell dgn mudah.
7. Dah sejuk, simpan dlm bekas kedap udara.
Resepi ini milik blog Azlita. Tak pernah mengecewakan. 😁 cuma bilangan tart shell yg sy dpt dgn 1 adunan ni adalah sebanyak 33 - 35 biji sahaja.
Happy sharing!!




~* End of Chocolate or PineApple Japanese Tart *~

No comments: