PERINGATAN :- jgn letak air sbb isi ayam da mengeluarkan air yg byk Boley tambah kentang tau di belah 4 or so .. ce terai ..
-------
Ayam dipotong2 bagi bersih dan suci gitu ... lau guna ayam kampung saya ada sertakan nk hilangkan bau hanyir ayam rustic kat paragraph bwh sekali yek, ayam rustic mcm suai jek ngan masak ni hehehe better organic la ... Potong ayam ikut suka uols ...
---------
Bahan2Nya :-
- 2 biji bawang
- 2 inci halia
- 2 inci kunyit
- 10 batang cili ijau
- 6 ulas bawang puteh
- 3 inci belacan
- 3 batang serai di titik
- 4 batang daun kari
- 1 kiub ayam
pic 3
----------
Bahan2 Yang Dikisar :-
- bawang besar
- bawang puteh
- halia
- kunyit
- cili hijau
- sedikit air
pic 4
---------
Bahan2 Yang Ditumis :-
- 3 biji bawang merah di hiris
- serai
- daun kari di buang tangkai
pic 5
---------
masukkan minyak kelapa, tumis sehingga kekuningan,tumis 3 biji hirisan bawang merah, selepas itu daun kari dan serai
pic 6
------
masukan ayam, gaul bg rata, masukan bahan dikisar bsama ayam ... tunggu smpai didih dan masak
pic8
------
masukan 2 sudu jintan manis + 2 sudu jintan puteh
pic9
--------
Masukkan 3 sudu sos lada hitam brand puteri + 3 sudu kicap cair @ pekat .. sy dah gugel brand ni ..sowi ya ampun sy bkn nk jatuhkan sesiapa ya ... cuma curisosity ni mganggu idup ku hahahah ..as long as ada cert HALAL will do 4 me ....
" Puteri adalah jenama Produk Masakan yang terdiri daripada Chili Boh, Chili Giling, Sos Tomato, Sos Cili, Sos Tiram, Kicap Pekat, Cuka, Kicap Cair. Puteri adalah Jenama Bukan Islam yang diusahakan oleh Syarikat APS Manja Sdn. Bhd yang berpengkalan di Puchong, Selangor. Syarikat APS Manja Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Bukan Islam "
Jenama Alternatif Islam: ---> Enaq, Munirah, Rohaya, Sufi, Besta, Sahira, Alhikmah, Adilah, Mudim, Kipas Udang, Tamin, Jalen, Aminah Hassan, Faiza, Adabi "
pic12
-------
masukan kacang panjang 6 batang, garam secukup rasa
pic13
----------
tnggu smpai kuah kering sdikit.. dan bg ayam empuk..kmudian boley di hidangkan
Uols boleh suaikan lauk ni ikut palettes uols such as nak letak cili padi ke, nak tukar sayuq ke carrot ke dsbgnya ...nk goreng dulu ayam tu ke ...suits uols ! ... Ce terai ..InsyaAllah sure yummynya ....
:: Cara2 Membersihkan Ayam Kampung aka Menghilangkan Bau Hamis Ayam ::
Cara ini boleh juga di'apply' utk ayam 'moden' ya >_< ...pissss
- Cuci bersih daging ayam, kemudian usap dengan 1/2 sdt cuka (cairkankan cukanya). Lalu bilas kembali dengan air. Biasanya bau amis sudah hilang dengan cara ini.
- Taburi potongan ayam dengan tepung terigu/ubi. Pastikan semua bahagian tertutup rata, lalu diamkan sekitar 20 mins. Kemudian bilas sampai bersih dan keringkan dengan kitchen paper towel. - ini tips bonda saya juga >_<
- Cuci bersih ayam, kemudian taburi dengan garam dan air jus limau kasturi/lemon/limau sambal pun ok je. Ini merupakan cara yang paling popular dan ter'glamer'.
- Lap daging ayam dengan kitchen paper towel dan keringkan. Lakukan proses ini jika anda membersihkan ayam kampung kerana ayam kampung memiliki bau hanyir / hamis yang lebih kuat daripada ayam ternak/moden.
- Tips ini juga dari Astro Food Network tu ..lau lapkan ayam ni ngan paper towel if frying akan mhasilkan goreng yg sangat rangup gitu ....
- Boleh layurkan ayam kampung di atas api untuk mengurangkan bau juga - ini juga cara bonda saya :-) ...
No comments:
Post a Comment