Friday, April 22, 2016

´•*¨*•.¸¸❥¸ Ezy Pezy Ginger Beef aka Daging Halia Sempoi ´•*¨*•.¸¸❥¸


Alamak, dah lupa plaks miss rose kopipes dari mn sumber ni hehehe...tp rerasanya dari FB Masak Hari Ini jugak sbb lately mmg fb 'walking' kat situ jek ... hehehe. Hmm this kinda of recipes sy suka, sbb sempoi ezy pezy jek senang nk apply for weekdays nya masakan rite? ... dishes weekdays mmg la x gempaq sgt ...tp insyaAllah sedap gitu ...

Saya sertakan jugak cara2 merebus daging supaya cepat empuk tuk panduan kita bersama. Ilmu yg berguna tu elok la di'sharing-maring'kan supaya semua mommies outta feeling2 terror masak like a pro chef gitu kannnn???? ... Kekonon mcm Food Network Star ...hah kelas ko jah ! hehehe

And the best part of them all kan ..is bila open jek my online recipes ni kan ..terdapatlah sebuah resepi yg telah diolah ikut 'selera-mera' miss rose sbg penulis blog x btauliah ni ...haha, part ni mmg syok giler miss rose xleh imagine dianya 'excitement' dan 'over feeling'nya .... sbb mmg la diri sendiri feeling2 'perah santan' masakan kita tu cantik dan sedap jek kan ??? ...huwaaa ..alamak intro berjela2 plaks ... perasan sape la baca intro ko tu !! huwaaa ... ok jom zooommm !!!

Oh ya ...boleh addkan 'sesame' aka bijan and then jadi la Sesame Ginger Beef mcm masakan ala2 chinese gitukan ...



pic 1:-
-----------

  • Australian Beef. Kalau daging beku, kene rebus dulu ye. Kalau opt for daging 'kotak' or daging yg terlebih expired or liat ..leh tgk cara2 nk bg lembut ngan senang kat bawah sekali tu ...



pic2
-------

  • Daun bawang, halia muda dan bawang putih. Untuk bab sayur-mayur ni terpulang nk letak apa ye ..letak carrot or kacang panjang pun comey gek pissss...>_<



pic3
----------

  • Goreng daging sampai garing. Untuk menambah kesedapan sehingga finger lickin' good hiris daging nipis2, leps tu tumbuk2 sikit ..Selepas itu gaulkan kunyit + garam + perencah sup + perencah kari sikit ...tp tu selera saya la kan yg mmg champion modified/mengolah recipes ni ...xleh polo rules betul la :D hehehe

pic4
-------

  • Masukkan halia, bawang putih n daun bawang. Kacau. Masukkan garam dan lada sulah or any perasa peberet.



pic5
-----------

  • Masukan air. Ikut nk byk mana kuah tu. Lepas tu masukkan air bancuhan tepung jagung agak2 dlm 2 sudu. Kacau rata. Boleh jugak masukkan air rebusan daging .. sure syiok abiss !!




pic6
-----------

  • Siap! Makan dengan nasi panas dan cili potong. Syiok ma !!!


 :: Petua Melembutkan Daging / Daging pada Tulang / Tetel ... ::
  • Dengan cara ni, Insya-Allah... tak perlu guna pressure cooker, tak perlu nak merebus sampai berjam-jam atau terpaksa beli daging batang pinang yang sangat mahal tu. 
  • Daging boleh dihiris nipis dengan sangat cantik sekali. Insya-Allah... bila merebus tulang... dagingnya lembut dan longkah (senang tertanggal). Bila merebus tetel... boleh kunyah! Gitulah powernya si BOS ni hehehe...
:: Bahan2Nya ::
------------------

  • 1 kg daging / tulang / tetel
  • 1 sdteh bicarbonate of soda
  • 2 inch halia
  • 1 sdteh garam
  • Air secukupnya
  • Yeaa... inilah rahsianya... Bicarbonate of Soda! Cuba... jangan tak cuba...



:: Cara2Nya ::
----------------

  • Letakkan ketulan tulang atau daging dan tetel yang belum dipotong ke dalam periuk. Tuangkan air hingga separas 1inch di atasnya.
  • Tambahkan bicarbonate of soda, halia dan garam.
  • Gunakan api besar, tunggu hingga air mendidih.
  • Bila buih putih dah mula membuak, kecilkan ke api sederhana dan teruskan mereneh.
  • Sendukkan keluar buih putih yang sudah kental. Tunggu hingga daging 3/4 empuk.
  • Maksudnya mudah dipotong, boleh dikunyah, cuma masih sedikit liat.
  • Selalunya ambil masa 45 minit sahaja untuk berat 1 kg.
  • Jangan terlebih masak sebab dagingnya akan jadi lembik dan berderai bila dimasak lagi.
  • Angkat dan hiris daging atau tetel untuk masakan seterusnya.
  • Angkat dan rebus semula tulang untuk membuat sup tulang.
  • Atau tumiskan tulang bersama rempah untuk nasi briyani.
  • Cara ni tak sesuai kalau nak buat stok sebab rasa air rebusan agak payau sikit. Dan selalunya kita memang tak gunakan semula air rebusan tu... terutamanya kalau merebus tulang / ketulan daging untuk buat sup atau nasi briyani.
  • Jangan risau, buangkan saja... Rasa sedap daging akan tetap ada. Insya-Allah sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan paling penting... tak berladung lemak. Nasi briyani pulak tak jadi muak.
  • Kita lebih suka rebus ketulan daging / tetel terlebih dahulu. Senang nampak jalur uratnya, jadi lebih senang untuk menghiris.
  • Terima kasih pada Linda yang mengajarkan petua ni kat kita. Mudah dan sangat  menjimatkan - jimat gas, jimat masa dan tak perlu beli  pressure cooker. Selamat mencuba!



 •*¨*•.¸¸❥ End of Beef Ginger aka Daging Halia Sempoi •*¨*•.¸¸❥



No comments: