Monday, November 09, 2015

´•*¨*•.¸¸❥¸ Dalcha@Dalca Kacang Dal Bersama Daging Dan Sayur-Sayuran ´•*¨*•.¸¸❥¸




Dalcha or Dalca juga dikenali sebagai Kaddu ka Dalcha di Hyderabadi. Ianya merupakan Indian stew yang diperbuat dari daging kambing, kacang dal dan asam jawa. Berasal dari makanan Hyderabadi.



BAHAN-BAHAN :-)---------------------
  • 300 grm daging lembu batang pinang - tulang rusuk, daging kambing or ayam pun sodap
  • 1 peket kecil rempah kari daging - dibancuh dgn air sedikit
  • 4 cawan santan - boleh kurangkan jika on diet or nakkan menu sihat ...boleh substitute ngan susu skim or yogurt ........
  • 1 biji terung bulat or pjg
  • 4 biji ubi kentang
  • 1 biji carrot
  • 3 - 4 tangkai/urat kacang panjang - x pasti penjodoh bil tu betui or x huhu
  • 3 - 4 tangkai bendir
  • 1 - 2 biji buah tomato - dibelah 6-8
  • 100 grm kacang dal - direndam sampai kembang
  • 7 - 8 tangkai cili padi/burung - x suka pedas xyah mskkan



BAHAN-BAHAN TUMISAN  :-)--------------------------------
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 3 cm kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • Garam secukup rasa


Cara2 MemasakNya :-)---------------------------
  • Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua bawang merah, putih dan halia kemudian dimayang halus atau ditumbuk kasar . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai . Tos kacang dal yang direndam tadi .


  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang dengan halia , kulit kayu manis , bunga lawang , bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau sehingga rempah masak dan terbit minyak. 


  • Masukan semua santan dengan kacang dal, kentang dan daging ke dalam periuk . Biarkan kuah mendidih serta kacang dal menjadi kembang serta daging dan kentang menjadi empuk .

  • Jika kurang kuah boleh ditambah sedikit lagi santan atau air . Akhir sekali boleh masukkan sayur-sayuran seperti sayur terung, kacang panjang, bendi, carrot dan tomato or sayur2an 'peberet' uols. Mulakan dengan sayur2an yg 'keras' dahulu ya ....

  •  Tunggu sehingga mendidih again dan sehingga sayur2an masak sepenuhnya. 


  • Masukkan juga garam dan bahan perasa. Masukkan cili padi untuk menambahkan 'kick off' kpd dalca hehehe. Ada orang masukkan air asam jawa or asam keping ...terpulang uols ...Bila kuah dalca dah masak , boleh la ditutup api dapur. 

  • Saya ada sertakan tips2 hebat dari gugelan saya in internet untuk mendapatkan dalca terhebat ...insyaAllah kita berusaha je kan disamping menambah ilmu masakan kita ....(bawah sekali ya)

  • Voila ...da siap ...boleh dimakan bersama nasi putih, nasi beriani dan roti naan or roti canai dsbnya ...... yum yum hmmm dapnya !!! :-)



Tips2 Mendapatkan Dalca yang Terbaik Di pasaran dan ada Umphh !!
--------------------------------------------------------------------------------

  • Rempah haruslah dimasak di atas api perlahan sehingga betul pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering kerana takut hangus.
  • Gunakan bahan2 yang segar seperti daging segar (batang pinang) or tulang rusuk yg belum dimasukkan ke dlam fridge/freezer lagi ...fresh from the origin la gamaknya ....
  • Boleh gunakan daun pandan or daun kari dan juga daun pudina semasa menumis bahan2 kisar InsyaAllah lagi wangi dan sedap gitu
  • Ada juga yg menambahkan lagi rempah ratus seperti jintan manis, jintan putih dan kas-kas ke dalam rebusan kacang dal ..uols leh try is nk lagi ummppphh dan terangkat ..
  • Style bonda saya biasa je sbb kita org x berapa suka sangat if jd ke'mamak'an sangat kuah dalcanya ..ada ke word tu in DBP eh ...huwaaa :((
  • Kalau ikutkan style mamak, dia gunakan air rebusan dal itu semula, gunakan santan or susu sedikit sahaja dan letak asam keping byk2 nk bg mcm masam2 sikit ...tu mamak style la ye ....makan pulak ngan nasi kandaq ....fulamak power gilez ....
  • Tips ni sy ambil dr fb 'Mamak Haji', katanya kacang dal tu gunakan Kacang Paruppu biasa (Australia)/ Mysore Dhal yang berwarna oren. Direbus bersama tulang kambing sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk....
  • Kacang Dal tu if uols ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada "pressure cooker" masukan satu sudu ke dalam kacang parrupu yang sedang rebus untuk cepat masak ...Adios Amigos ...till then ...c ya'll and bubai ......tata :-)

 ´•*¨*•.¸¸❥¸  Dalcha@Dalca Kacang Dal Bersama Daging Dan Sayur-Sayuran ´•*¨*•.¸¸❥¸
 

No comments: