N3 ni masakan sempoi jek yg boleh dimasak everyday ... senang dan cepat membuatnya :D ..saya suka ikan prang even byk tulang!! .. knp eh ? ntah ler ...bg thrill sket ms nk makan ,...bg yg x suka boleh gantikan dengan ikan lain yg lebih sesuai ya mcm tenggiri dsbnya ...Boleh juga gantikan ikan ngan udang, sotong or bilis ...
Ok ..jom buat
Bahan2 Untuk Sambal Tumis Sempoi :-
---------------------------------------------
- Ikan parang (kalau nk buat sambal tumis 0 replace ngan ikan bilis besar).
- Cili kering yang sudah diblend dalam 3 senduk sederhana
- Sebiji bawang besar yang dihiris
- 3 ulas bawang merah sederhana
- 2 ulas bawang putih
- Air perahan asam jawa - dalam 1-2 cawan
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak secukupnya untuk memasak sambal
Cara2 Membuat Sambal Tumis Power :-
----------------------------------------------
- Lumurkan ikan + kunyit + serbuk sup + perencah kari + garam ...Goreng sehingga garing... Lagi garing lagi sedap uols ..:D. Selepas tu angkat dan toskan ngan kitchen towel >_<
- Gorengkan bawang merah + bawang putih sehingga garing dan masukkan cili kisar .. Tips mak saya dia x pernah guna bawang putih semasa buat sambal tumis .. reason knp eh ? Jap ingatkan ..hah dia kata nnt sambal berbau 'maung' ...mcm bau x sedap ...tp ikut uols la ...saya put jek sbb garlic is good for health rite ..no matter whats is smell looks like ..kannnnn ?????
- Setelah sambal/bahan tumisan terbit minyak dan garing masukkan air asam jawa ikut byk mn yg uols suka ...Biarkan merenah/mendidih sebentar ...
- Masukkan ikan parang yg telah digoreng tadi ...boleh masukkan bawang besar ikut suka uols ..
- Taraaa boleh la dihidangkan ..
-------------------------------------------------------------
- Tumbuk atau blend bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.Hiris bawang besar. Saya suka hirisan bawang besar yang sedikit tebal supaya kita dapat meratahnya dengan nasi.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan terlebih dahulu bawang besar yang dihiris tadi.Bawang besar yang digoreng terlebih dahulu juga antara petua untuk dapatkan sambal tumis yang sedap.Bila naik bau, barulah masukkan pula bahan yang ditumbuk atau dikisar tadi.
- Masukkan pula cili kering yang sudah diblend.Sambal tumis akan berasa lebih enak jika menggunakan cili kering dan bukan cili boh yang banyak dipasaran.
- Pastikan minyak mencukupi supaya cili kering itu dapat masak dengan sepenuhnya.
- Masukkan air dalam setengah cawan sahaja dan kacau perlahan.Jika anda masukkan air yang banyak, ia akan menyebabkan sambal tumis kurang bertahan lama.
- Masukkan perahan air asam jawa dalam dua sudu makan. Asam keping atau asam gelugor juga boleh mengantikan perahan air asam jawa.Tapi kena pastikan segera diangkat asam keping tersebut selepas sambal sudah masak.
- Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya. Pastikan api sederhana atau kecil sahaja.Sambal tumis yang dimasak sehingga naik minyak akan membantu sambal tumis menjadi lebih tahan lama.
- Biarkan sehingga sambal tumis anda naik minyak barulah ditutup api.
-------------------------------------------------------------------------------
- Sambal tumis yang saya kongsikan boleh dijadikan sambal tumis kosong ngan replace the parang wwith ikan bilis asasnya sama seperti diatas. Cuma biasanya saya akan goreng ikan bilis itu dan kemudian barulah masukkan ikan bilis yang sudah digoreng.
- Sambal tumis kosong ini juga biasanya sedap dimakan dengan Nasi lemak. Sesetengah dari kita suka buat sambal tumis petai, sambal kerang atau sambal udang atau sotong. Kalau hendak dibuat sambal udang atau sotong, saya tidak akan masukkan ikan bilis tumbuk kerana tujuan kita masukkan ikan bilis tumbuk itu adalah supaya sambal tumis kita akan berasa lemak, pedas dan sedikit manis.
- Jadi bila kita nak buat sambal udang atau sotong, tidak perlu masukkan ikan bilis kisar tadi kerana udang dan sotong itu sendiri sudah dapat gantikan rasa lemak.Namun demikian, saya suka masukkan sos tiram jika buat sambal udang atau sotong.
- Perahan asam jawa dalam sambal tumis tadi dapat seimbangkan rasa pedas dan manis dan menjadi sebab sambal tumis itu lebih sedap.
-
Keluarga saya juga biasa makan lempeng atau roti canai dengan cicah
sambal tumis kosong ini.Wahh..banyak juga kegunaan sambal tumis kosong
ni kan.
- Sambal ni juga boleh dijadikan inti pau sambal, sambal nasi lemak (bubuh gula sedikit) dan dsbgnya ...
No comments:
Post a Comment