Monday, June 15, 2015

•*¨*•.¸¸❥¸ Bubur Kacang Hijau Manis BerHalia YummyLicious •*¨*•.¸¸❥¸




:: Tips Memilih Kacang Hijau Yang Terbaik ? ::

  • Kacang hijau kering yang dijual ada yang bening(clear) dan ada yang keruh . Mana yang sebaiknya dipilih ?
  • Yang bening berkilat dan yang keruh agak keputihan . Keduanya berasal dari jenis kacang hijau yang berbeza dan sama - sama baik . Saat membeli perhatikanlah butiran kacang hijaunya . 
  • Pilihlah yang utuh , berwarna hijau merata , tidak ada yang kecoklatan , sebahagian busuk atau dicampur dengan bijian lain . Sebelum digunakan cucilah hingga bersih lalu tiriskan . 



:: Cara2 membuang kacang hijau yang tidak berkualiti/rosak/busuk ::
  • Rendamkannya di dalam air sejuk beberapa saat . Buang biji kacang hijau yang terapung kerana biasanya biji ini sudah agak rosak / busuk . Rebus dalam air mendidih hingga kacang empuk . Tambah bahan lain sesuai selera .



Bahan2Nya :

  • 2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam semalaman
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 1 liter santan (or santan kotak)
  • Air jika perlu
  • 1 ketul gula melaka, potong kecil*
  • 1/3 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air*(*dimasak hingga gula larut dan tapis)
  • 1/4 camca teh garam
  • Gula pasir jika perlu
  • Beberapa ulas durian (jika suka)
  • Roti atau biskut krim kraker untuk dimakan bersama bubur kacang hijau (optioan)



Cara2 MembuatNya : 


  1. Rebus kacang hijau hingga kembang dan empukk. Bagaimana nak tahu dah empuk?..ambil sedikit kacang hijau rebusan, tekankan jika dah lembik maksudnya dah boleh proceed to the next step. 


2. Sementara itu boleh potong2 gula melaka or jika xde boleh la digunakan gula perang. Boleh masukkan dalam air dan larutkan diatas api. Jika tidak masukkan aje ke dalam rebusan kacang tadi.  

 
 

3. Masukkan air gula merah or air gula melaka dan sedikit air jika perlu. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan daun pandan untuk aromalicious. 

4. Tuang santan pekat dan 1/4 camca teh garam. Kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalu. Rasa dan jika kurang manis anda boleh tambah gula secukup rasa, tapi seelok2nya biar lah manis sederhana sahaja. Boleh matikan api. Hidangkan bersama roti 'dunk inside' ...voila !  atau biskut krim kraker jika suka.




5. Tips ibu saya, selalu memasukkan sedikit potongan halia. Bersihkan 1-2cm halia dan ketuk sedikit untuk keluarkan airnya. Bubur juga boleh menjadi sedap tau! ..Ce terai !! hahah ...Lagi satu, kacang ni berangin kan ..kan ..kan ? ..Tapi jika x suka x perlu la masukkan ..ikut uols suka la >_<









~@ •*¨*•.¸¸❥¸ Bubur Kacang Hijau Manis BerHalia YummyLicious •*¨*•.¸¸❥¸ @~


No comments: