Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria 1 :
-
Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.
Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria 2 :
-
Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah
dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.
Petua Menghilangkan Rasa Pahit Peria 3 :
-
Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masakseperti biasa
.: Sayur Peria Goreng Telur :.
.: Bahan2Nya :.
-
5-6 biji peria katak
-
1 biji cili merah (dipotong serong)
-
1 biji telur
-
3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
-
1 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
-
1 batang celeri (Hiris)
-
2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
-
1/2 kiub ikan bilis
-
Garam
-
Air
-
Minyak untuk menumis
.; Cara2 PenyediaanNya :.
- Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan
air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam
selama 20minit. Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria). Bilas
dengan air biasa, kemudian toskan. Bolh juga rebuskan sekejap mcm saya, tetapi jika anda x mau peria menjadi terlalu lembut buat cara atas tu, masukkan garam aje.
- Tumis bahan-bahan tumbuk (bawang merah, bawang putih dan ikan bilis) hingga wangi dan masukkan cili boh/giling 1-2 sudu (kalau xnak pedas x perlu masukkan) ya. Tumis sehingga garing.
- Bila cili dah garing, masukkan telur ayam sebiji or telur boleh jugak telah dipukul sedikit dengan garfu). Kacau lagi. Masukkan bahan2 optional mcm tahu or udang or anything that u prefer with this peria. Kemudian masukkan peria dan celeri (optional) ke dalam kuali. Kacau sebentar.
- Masukkan kiub ikan bilis atau any perasa uols suka. Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu. Tapi if uols rebus this peria xyah tunggu lama, kacau sekejap dlm 20-30 saat dan angkat.
- Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar. Tutup api. Dah siap. Boleh la sepedek !
Nama Saintifik: Momordica Charantia.
English: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple.
Khasiat:
1)
Bagus untuk pesakit
·
kencing manis (jadikan jus, minum setiap hari),
·
diabetis (jadikan jus atau ulam setiap hari),
·
darah tinggi, cirit-birit (minum jus).
2)
Bagi ibu yang menyusukan bayi, peria dikatakan
dapat menambah pengeluaran susu.
3)
Menjadi bahan penting bagi merawat penyakit
leukimia, HIV dan AIDS.
Petua:
Petua Untuk Hilangkan Pahit Pada Peria Katak
1)
Basuh Peria Katak
2)
Potong mengikut kesesuaian untuk dimasak
3)
Rendam dengan air garam
4) Boleh jugak direbus peria katak ni untuk hilangkan pahit, kemudian masak.
.: Resepi 1 : Jus Peria :.
·
200g buah peria segar dicuci bersih lalu
dikisar.
·
Tambahkan air kosong / air masak secukupnya,
kemudian perah dengan kain sampai 50mL.
·
Air perahan dipanaskan dengan api kecil selama
15-30 minit.
·
Setelah sejuk, airnya diminum.
atau
·
200g buah peria dicuci bersih lalu dihiris
nipis-nipis.
·
Rebus dengan 3 gelas air bersih sehingga
menjadi 1 gelas.
·
Setelah sejuk, airnya ditapis dan diminum.
atau
·
Peria katak.
·
Epal hijau sebiji.
·
Sedikit gula.
·
Blenderkan semua, tapis dan minum jusnya.
.: Resepi 2 : Peria Goreng Tepung :.
Basuh
peria dan potong nipis-nipis. Buang biji. Rendam dengan 1 sudu garam selama ½ jam.
Buang air
rendaman, keringkan peria tersebut (Guna kitchen towel)
Masukkan
peria tadi ke dalam mangkuk, gaul dengan
-
4
sudu besar tepung beras,
-
1
sudu besar tepung jagung,
-
1
sudu besar rempah kari,
-
1
sudu kecil serbuk kunyit,
-
½ sudu kecil garam,
-
½
sudu kecil black pepper
Masukkan ½
sudu besar air dahulu, gaul rata. Jika nampak masih kering, masukkan ½ sudu besar air lagi. Pastikan
campuran tidak terlalu cair atau terlalu pekat dan tepung bersalut cantik pada peria.
Panaskan
minyak masak secukupnya dalam non-stick pan. Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan peria
sekeping demi sekeping. Jangan goreng terlalu banyak pada sesuatu masa.
Goreng
peria hingga betul-betul garing. Angkat dan toskan minyak.
.: Resepi 3 : Peria Goreng Tepung II :.
BAHAN-BAHAN:
-
2 biji peria | dihiris nipis
-
3 biji telur ayam
-
100gm tepung gandum
-
100gm tepung jagung
-
3 ulas bawang putih | ditumbuk
-
1 sudu teh lada sulah
-
1 liter minyak | untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- 1. Pecahkan telur dan masukkan bawang putih, lada sulah dan garam secukupnya.
- 2. Celup peria ke dalam telur dan golekkan di dalam tepung rata.
- 3. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing.
- 4. Angkat dan hidangkan.
Kalori:
100g = 20cal (raw)
Info Lain:
1)
Bijinya manis, tetapi boleh menyebabkan muntah
dan sakit perut.
2)
Biji buah mentah berwarna putih, buah masak
berwarna merah.
.: Kebaikan Peria :.
- Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Bagi yang mengalami buasir, disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu atau minuman setiap pagi.
- Pengidap kencing manis, disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi penjagaan kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah.
- Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak.
- Pakar perubatan China menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang terlewat.
- Peria juga dikatakan memberikan manfaat dalam penjagaan kecantikan terutama kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.
- Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.
.: Khasiat makanan :.
- * Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
- * Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
- * Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
- * Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
- * Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.
.: Khasiat ubat-ubatan :.
- * Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.
- * Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
- * Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.
- * Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.
- * Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.
- Lebih menarik, kajian di luar negara mendapati masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Di Australia dan Amerika Syarikat, peria kini menjadi bahan penting bagi merawat penyakit leukimia, HIV dan AIDS.
- Biarpun setakat ini, belum ada kajian sepenuhnya dijalankan bagi menguji keberkesanan peria dalam menangani penyakit-penyakit tersebut, terdapat beberapa kes yang menunjukkan bahawa tumbuhan pahit tersebut boleh membantu menghentikan dan ada kalanya membaikkan penyakit tersebut daripada merebak. Peria didapati boleh meningkatkan semula kiraan sel CD4 (sel imun) dalam tubuh manusia.
.: Info dan Khasiat Buah Peria Katak :.
- Pengenalan Peria Katak atau dalam bahasa Inggeris disebut Bitter gourd dan Bitter melon adalah sejenis sayur buah yang paling pahit di dunia ini ditanam sebagai tanaman makanan. Nama saintifiknya ialah Momordica charantia dan ia tergolong dalam famili tumbuhan Cucurbitaceae. Pokok ini adalah sejenis pokok herba menjalar dan banyak tumbuh di Asia seperti China, India, kepulauan
- Khasiat Buah Peria Katak
- Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.
- Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Peria Katak yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Bitter Gourd, Masalah mata, Merawat darah, Momordica charantia, penyakit kencing manis, Penyakit taun, Peria Katak, Sumber Tenaga.
.: Khasiat Pemakanan Peria Katak :.
- * Kandungan kalori yang rendah
- * Mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zink, fosforus, manganese, fiber yang sangat tinggi.
- * Kaya dengan zat besi.
- * Kandungan beta-karotenenya 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam brokoli, kalsiumnya 2 kali ganda daripada bayam, potasssiumnya 2 kali ganda daripada pisang.
.: Khasiat Kesihatan Peria Katak :.
- * Merawat darah tidak sihat, seperti darah bertoksin, dengan mencampurkan jus peria katak dengan sedikit jus limau.
- * Penyakit taun – Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
- * Penyakit kencing manis – Peria katak mengandungi sebatian hypoglycemic (dikenali sebagai insulin tumbuhan) yang boleh menurunkan paras gula dalam darah dan air kencing dengan berkesan.
- * Tenaga – Selalu minum jus peria katak dapat menambah tenaga dan stamina, di samping mengurangkan masalah tidur yang sering terganggu.
- * Masalah mata – Kandungan beta-karotenenya yang tinggi dapat membantu memperbaiki penglihatan mata.
- * Membersih dan memperbaiki masalah hati (hepa) yang disebabkan oleh pengambilan alkohol berlebihan.
- * Meningkatkan sistem imun dan ketahanan badan terhadap jangkitan penyakit.
- * Penyakit Buasir – Buasir boleh dirawat dengan mencampurkan jus daun peria katak dengan buttermilk dan diminum semasa perut kosong pada awal pagi. Bedak sejuk (paste) yang diperbuat daripada akar pokok peria katak pula boleh dibubuh pada buasir supaya lukanya cepat sembuh,
- * Psoriasis – Selalu minum jus peria katak dapat mengurangkan psoriasis dan penyakit fungus yang lain, seperti kurap, fungus pada kaki ahli sukan, dan lain-lain.
- * Penyakit gangguan pernafasan – Campurkan jus peria katak dengan madu. Jika diminum setiap hari ia dapat merawat penyakit seperti asthma dan penyakit paru-paru yang lain.
- * Toxemia ialah pembersihan darah yang kotor daripada toksin. Jus peria katak ini juga mampu membersihkan hati (hepa) dan dapat mengubat jaundice.
- Perhatian: Wanita hamil tidak digalakkan minum jus peria katak terlalu kerap atau terlalu banyak kerana ia boleh merangsang pengecutan di uterus yang akan menyebabkan kelahiran bayi pra-matang.
.: Kaedah pembiakan :.
- – Pokok peria katak mudah dibiakkan menggunakan biji benih yang boleh didapati dari buahnya yang telah masak ranum.
- Kaedah penanamannya adalah seperti berikut:
- – Semai dulu biji benih dalam medium tanaman untuk pokok berpasu ialah dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi: Bahan organik: Pasir sungai). Gunakan juga medium tanaman ini untuk penanamannya.
- – Apabila anak pokok telah tumbuh beberapa helai daun bolehlah dicabut. Berhatihati ketika mencabut dan pastikan terdapat medium tanaman yang masih melekat pada akarnya. Ini bagi memastikan agar anak pokok dapat terus hidup subur. Tanam sama ada dalam pasu atau di tanah untuknya tumbuh membesar.
- Siram air dua kali sehari pagi dan petang pada hari panas. Ini perlu dilakukan supaya bahan tanamannya tidak kering untuk mengelakkan daun, bunga atau putik buahnya layu dan gugur secara tiba-tiba.
- Siram bila perlu sahaja.
- Tutup bahagian atas medium tanaman di sekeliling pokok dengan bahan sungkupan untuk mengelakkannya cepat kering
- Dedahkan kepada banyak cahaya matahari bagi menggalakkan ia berbunga dan berbuah lebat.
- Gunakan baja organik seperti baja najis ayam atau kelawar iaitu yang terbaik untuk membajai pokok ini ketika membesar hingga berbunga dan berbuah. Baja kimia juga sesuai untuknya.
- – Gunakan baja yang mengandungi kandungan nitrogen (N) yang tinggi atau berwarna hijau untuk pertumbuhan daun dan pokok yang sihat.
- – Gunakan baja yang mengandungi kandungan fosfat (P) atau berwarna merah untuk pertumbuhan bunga yang banyak manakala baja yang mengandungi kandungan kalium (K) yang tinggi atau berwarna biru pula adalah untuk buah yang banyak dan cantik.
- Tegakkan kayu pancang untuk memudahkan pokok ini memanjat agar ia dapat tumbuh subur dan berbuah.
|
|
~* Semoga Mendapat Manfaat, InsyaAllah *~ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment