Monday, January 12, 2015

╰⊰✿ Sup Daging Istimewa Untuk HubbyKu ╰⊰✿



Source : http://saatakukaupilih.blogspot.com/2013/11/resepi-aidiladha-sup-daging-daging.html

Bahan2nya :-
  • 600gm daging lembu
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 batang karot
  • Bawang besar - ditumbuk
  • Bawang putih - ditumbuk
  • Halia - ditumbuk
  • Rempah 4 sekawan - tumiskan (Bunga lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis dan Buah Pelaga)
  • 1 peket rempah sup adabi - bancuh dengan air
  • 1 ketul sub bunjut adabi
  • 1 tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup, batang saleri dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • 2 sudu lada hitam
  • Carrot /Capsicum/Cili Merah/Cili Hijau
  • Cili padi - optional


Method PenyediaanNya :-
1 - Rebus daging sehingga empuk. Petua untuk mendapatkan daging yang lembut :-


  • Semasa merebus atau memasak daging, masukkan sebatang camca kecil yang real steel gitu ke dalam periuk. Dipercayai camca ini menyerap lebih haba / kepanasan yang membantu proses melembutkan daging.
  • Anda juga boleh memilih untuk memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam masakan atau rebusan daging, jika tidak mahu menggunakan camca seperti petua di atas.
  • Selain itu,anda juga boleh masukkan  beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan untuk melembutkan daging.
  • Jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.
  • Kepingan tempe juga selalu digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.
  • Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang  15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.
  • Anda juga boleh cuba menggunakan keratan batang ubi kayu. Pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. Masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.
  • Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
  • Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
  • Cara yang agak ober gitu ...masukkan Panadol yg kita makan apabila pening ..not recommended tp the best way gitu ...Petua ini biasa saya dengar diamalkan di majlis kenduri yang biasanya memasak daging dalam jumlah yang banyak. Namun sejauhmana keberkesanannya tidaklah dapat saya pastikan.
  • Cara lain, rebus daging denga api yang perlahan sehingga boiled up ..lepas tu boleh besarkan api ..


2 - Masukkan sub bunjut adabi
3 - Masukkan karot, tomato, sos tiram, kentang dan perencah sup, serbuk lada hitam & garam secukup rasa




4 - Dalam kuali lain tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga kekuningan & masukkan ke dalam daging tadi.



Inilah rempah 4 sekawan - (Bunga lawang, Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis dan Buah Pelaga)



5 - Masak sehingga kesemua bahan2 menjadi lembut & empuk
6 - Masukkan sedikit daun bawang & daun sup




7 - kacau sehingga sebati sebati dan tutup api
8 - untuk hidangan, taburkan sedikit daun bawang, sup serta bawang goreng.



 
~* Selamat Mencuba Uols *~



No comments: