[✿ Tips Cantik ✿] Mengenali saiz mata anda
Orait, kali ni kita nak tengok tip mekap untuk mata yang kecil dan mata yang besar.
Mula-mula macam mana nak tahu mata kita kecik ke besar? Ok cepat amek pembaris...
1. Ukur panjang salah satu mata korang. Ukuran ni kita panggil m lagi.
2. Lepas tu ukur panjang hidung macam dalam gambar di bawah. Yang ni kita panggil h pulak.
3. Ringkasannya:
- m > h : "Mata yang besar". Tip solekan untuk mata nampak kecik siket:
- gunakan warna-warna yang gelap untuk kelopak mata macam kelabu gelap, biru gelap dan pepel gelap.
- Ratakan warna sederhana gelap di crease untuk blend dengan kelopak mata.
- Sapu eyeliner di waterline atas dan bawah.
- Sapu eyeliner di lash line atas dan bawah. Garis boleh tebal sikit dan pastikan garis eyeliner bertemu di setiap hujung.
- Smudge siket eyeliner atas dan bawa ke kelopak mata.
- Sapu maskara.
- m < h : "Mata yang kecil". Tip solekan untuk mata nampak besar:
- ni bole tgk tutorial kat bawah ni :
[✿Tips Cantik✿] 5 Tips Solekan Mudah Untuk Wanita Yang Tidak Suka Bersolek
oleh Aida Sue
Adakah anda salah seorang daripada
wanita yang tidak gemarkan mengenakan sebarang alat solek? Tetapi
terpaksa memakainya kerana terdapat majlis atau keraian. Ada juga rakan
yang mengkritik anda kerana nampak seperti kebudak-budakan kerana tidak
suka memakai alat solek. Jangan risau, kerana kami ada tips mudah untuk
mereka yang tidak sukakan solekan tebal pada muka dan semoga tips ini
dapat membantu anda!
1.Eye liner / pensil mata tebal
Penggunakan eyeliner yang tebal membantu
anda menyembunyikan bulu mata anda yang nipis dan anda tidak perlu
menggunakan pembayang mata yang tebal. Pensil mata yang berwarna gelap
juga sesuai untuk menampakkan efek mata yang lebih besar untuk anda.
2.Maskara
Mata merupakan kuasa pemikat luar biasa
untuk wanita. Tetapi dengan penggunakan maskara juga dapat meningkatkan
kuasa mata galak anda. Anda tidak perlu mengenakan bulu mata palsu
semata-mata untuk mendapatkan mata yang cantik. Cukuplah sekadar
mengenakan maskara hitam yang nipis untuk menjadi penghias wajah anda.
3. Pelembap bibir berwarna
Bagi anda yang tidak suka memakai gincu,
kami sarankan supaya anda mencari pelembap bibir berwarna. Ada wanita
yang hanya inginkan bibir kelihatan berwarna dan tidak nampak pucat.
Gunakan pelembap bibir berwarna cherry blossom atau merah jambu. Oleskan
pengilat bibir jika perlu!
4. Pelembap wajah
Oleskan pelembap wajah yang bersesuaian
dengan tekstur kulit anda. Anda dapat merasakan yang anda tidak perlu
mengenakan bedak padat dan bedak asas yang tebal untuk kelihatan jelita.
Kulit anda juga tidak akan nampak kering dan anda akan nampak lebih
segar dengan pelembap wajah itu.
5. Cream blush
Source : Skindeco.blogspot.com
Jika anda memerlukan alat solek yang
bertindak sebagai gincu dan pemerah pipi, cream blush adalah amat sesuai
untuk anda. Anda boleh gunakan pada bibir dan wajah anda sekaligus
untuk menghindari wajah anda daripada kelihatan pucat seperti zombi!
Jenama yang boleh anda cari adalah : Revlon, NYX, NARS, Maybelline mouse blush, Rimmel London dan banyak lagi!
Contoh CREAM BLUSH
Tips Solekan Mata lagik ...
Tapi saya lagi suka lukis2 mata guna eyeliner ja. Nampak cam
saloma sket..bagi kenyit2 mata confirmlah incik somi jatuh cinta
lagi..haha.mampus aku!
Korang suka mana? ..
No comments:
Post a Comment