Tips untuk penggemar Jeans .ahaks ada ke orang x suka jeans ya ..ni kan pakaian casual bersantai2 gitu ...N3 ni pasal memilih jeans mengikut bentuk tubuh. For those x tahu lagik bentuk badan wanita, leh la baca entry ni dulu - Kenali tubuh wanita
Pinggang Besar
- Untuk orang yang memiliki bentuk pinggang yang agak lebar, bolehlah memilih potongan jeans yang agak besar di bahagian bawahnya (wide-leg-cut)
- Elakkan daripada memilih jeans yang berpotongan tinggi, ketat dan 'baggy'.
Bertubuh Montok
- Untuk yang bertubuh begini, korang memang bertuah sebab tak banyak masalah dalam memilih potongan jeans yang sesuai.
- Untuk kelihatan lebih langsing, korang bolehlah memilih jeans berpotongan lurus (straight cut).
- Kalau nak pakai jeans bercorak, pilihlah jeans bercorak seperti garisan menegak kerana ia akan menampakkan bentuk badan korang yang lebih langsing.
Bertubuh Atlet
- Pilihlah potongan jeans yang lebar di bahagian bawah (boot-leg-cut) dan berpinggang rendah (low-waisted). Korang juga boleh memilih jeans yang berpotongan lurus (straight-cut).
- Sebaliknya korang harus mengelak daripada memakai jeans yang berpotongan longgar.
Berpunggung Besar
- Poket jeans dan jahitan ketara di bahagian punggung seluar jeans boleh membantu memperlihatkan punggung supaya kelihatan lebih kecil.
- Sebaiknya pilihlah jeans yang bergaris di bahagian pinggul (low-rise-cut) dan berpotongan lebar di bahagian bawah agar tubuh kamu nampak lebih ramping.
Peha Besar
- Seeloknya pilihlah jeans yang berpotongan lurus dan longgar. Elakkan daripada memakai jeans yang berpotongan 'baggy' atau jeans yang mempunyai garisan lurus dan ketat.
- Korang juga boleh memakai jeans yang berpotongan 'boot-leg'.
- Untuk mengalihkan pandangan pada bahagian peha, bolehlah memakai aksesori di bahagian pinggang atau memilih seluar yang mempunyai sedikit corak di bahagian bawah.
No comments:
Post a Comment