Wednesday, October 03, 2012

✿•*¨*•.¸¸❥¸ Lagi Tips Berpakaian Untuk Kelihatan Kurus ✿•*¨*•.¸¸❥¸

N ni actually sambungan from lastnya ...

Dalam posting beberapa hari lepas ada dipaparkan tentang beberapa tips untuk menampakkan anda lebih ramping di mata orang lain (power of illusion).
Dalam artikel kali ini disenaraikan beberapa lagi tips menarik untuk anda kelihatan lebih kurus melalui pemilihan pakaian yang sesuai.
Perlu diketahui bahawa manusia mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza.  Ada banyak pengkelasan bentuk badan terutama bagi wanita – yang paling popular ialah menggunakan buah-buahan sebagai analogi. Menggunakan buah-buahan bentuk badan wanita dikategorikan kepada pear shape, apple shape, hour-glass shape (takde kena-mengena pulak dengan buah kan?), banana shape (tanpa curve) dan yang terbaru diperkenalkan ialah strawberry shape. --leh gugel kot utk tahu mcm mn shape strawberry ni ..hee

Tips Berpakaian Untuk Badan Berbentuk Pear (Pear Shape figure)
Wanita dengan pear shape figure mempunyai badan yang lebih besar dibahagian bawah. Secara umumnya mereka mempunyai bahu yang agak kecil iaitu lebih kecil dari pinggul.  Mereka juga mempunyai pinggang yang kecil, bahagian peha pula agak besar dan curvy. Contoh wanita dengan pear shape body ialah Jennifer Lopez, Mischa Barton ataupun Ruby Gettinger (cubalah gugel mereka ni ya).

Elakkan Pakaian Longgar
Pakaian seperti blaus atau top yang longgar tidak perlu dipakai. Sebaiknya pakailah pakaian yang berpadanan dengan saiz badan anda dan tidak juga terlalu ketat. Pakaian berbentuk V neck , kolar terbuka dan turtle neck amat sesuai. JIka memakai blazer pula pastikan bahagian bawahnya hanya di bawah sedikit dari paras pinggang. 


Pilihlah Pakaian Yang Gelap
Warna seluar yang gelap seperti biru navy, dark gray, coklat atau hitam  boleh menampakkan anda lebih kurus.




Pilih Seluar Berbentuk Boot Cut atau Straight Jeans
Disamping itu bentuk seluar juga memainkan peranan. Straight jeans atau seluar boot cut dapat meningkatkan penampilan anda kerana ia boleh menampakkan peha anda lebih kecil dan kurus.

Pakailah `A’ Line Skirt
A line skirt yang dipakai separas lutut dapat membantu anda kelihatan kurus. Skin tight skirt dan miniskirt perlu dielakkan. Ia boleh membuatkan anda kelihatan kasar dan juga lebih gemuk. 
 

Pakai Dress
Empire style dress dan nipped waist dress adalah sesuai untuk anda. Anda juga boleh cuba dress tanpa lengan atau pun dress tanpa tali. Ia dapat mengalihkan tumpuan ke bahagian bahu, lengan dan leher anda dan seterusnya mengalihkan pandangan dari bahagian bawah badan kita. 
 

No comments: