Showing posts with label Decor. Show all posts
Showing posts with label Decor. Show all posts

Friday, January 22, 2016

•*¨*•.¸¸❥ Tips & Petua Untuk Pemilihan Bilik Tidur Utama •*¨*•.¸¸❥

KAMAR tidur adalah ruang privasi atau persendirian. Lokasi kamar tidur biasanya terletak jauh dari ruang sosial yang lain, fungsinya supaya pengguna ruang tamu tidak diganggu oleh aktiviti di ruang sosial.

Bilik tidur ada beberapa jenis mengikut kegunaannya iaitu bilik tidur utama yang digunakan oleh pemilik rumah, bilik kedua terdiri dari bilik anak bujang atau bilik tidur kanak-kanak dan bilik tidur tetamu. Semua bilik tidur itu memerlukan beberapa keperluan bagi menjadikan bilik tidur berfungsi dengan baik.

Kamar tidur boleh dikatakan sebagai penawar jiwa dan raga kerana inilah satu-satunya ruang privasi pemilik rumah beristirehat selain ruang untuk menukar pakaian dan tempat menghias diri. Selain itu, ia juga diguna untuk berbincang secara privasi dan membaca.

Kamar tidur adalah ruang untuk memulakan hari kita, jika hendak memulakan hari yang ceria maka kamar tidur mestilah kita ceriakan dulu. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan merancang kamar tidur dengan baik dari segi kedudukan, susun atur, pemilihan bahan, skima warna dan aksesori dalamannya.

Jika kita lakukan dengan baik kita akan berasa lebih lega dan nyaman di dalamnya dan ini tentu sekali akan menceriakan ruang kamar tidur dan hari kita.



Lokasi kamar tidur utama
------------------------------

  • Bagi golongan muda yang masih kuat dan bertenaga, lokasi kamar tidur tidaklah menjadi isu utama dalam rumah yang mereka diami terutama jika rumah yang mereka miliki itu sebuah rumah teres dua tingkat sederhana.
  • Pihak pemaju sudah menentukan kamar tidur utama berada di tingkat atas kerana tingkat bawah hanya cukup untuk ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik utiliti. Bagi pemilik yang sudah berusia lokasi kamar tidur utama ini adalah perkara pokok yang harus diambil kira.
  • Rata-rata mereka mahukan kamar tidur berada di tingkat bawah kerana mudah untuk keluar masuk tanpa terpaksa memanjat tangga yang tinggi apabila tua atau sakit.
  • Lebih baik lagi jika kamar tidur berhampiran dapur kerana mudah untuk mengambil minuman apabila dahaga. Maklum sajalah apabila sudah pencen, anak pun sudah dewasa dan kebanyakan mereka tidak tinggal bersama lagi kerana inginkan kebebasan atau sudah berumahtangga.
  • Jadi, semuanya kena buat sendiri. Sememangnya bilik air juga haruslah bercantum dengan kamar tidur ini untuk kemudahan ke tandas. Alangkah indahnya jika kamar juga mempunyai tingkap atau pintu berkaca yang menghadap sebuah taman hijau kecil untuk menyejukkan suasana dan menyamankan pengaliran udara.
  • Ini akan membantu mengurangkan tekanan jiwa mereka yang terpaksa duduk di dalam kamar tidur untuk jangka masa lama kerana sakit. Bunyi desiran air mengalir juga akan membantu sebagai terapi jika diintegrasikan ke dalam taman berkenaan.


Aksesori kamar tidur utama
--------------------------------

  • Apabila kita sakit dan tidak dapat keluar dari kamar tidur, kita pasti akan berasa bosan dan ini boleh menyebabkan tekanan jiwa yang tinggi dan melambatkan proses pemulihan.
  • Corak dan warna juga memainkan peranan dalam membina mood bilik tidur. Selain mempunyai  pemandangan luar yang redup dan nyaman, kita juga memerlukan kelengkapan lain seperti TV.
  • Jika barangan ini menjadi keperluan, eloklah disediakan perabot yang sesuai untuk aksesori sama ada pasang siap atau ditempah dan tentu sekali ia ditempatkan bertentangan kaki katil supaya kita boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran.
  • Biasanya, di bahagian kiri dan kanan katil, kita akan meletakkan meja sisi yang dihiasi lampu meja di atasnya untuk membaca sebelum tidur. Meja sisi ini haruslah cukup lebar bukan hanya untuk menempatkan lampu, tetapi alat lain seperti telefon bilik, alat kawalan jauh dan paling penting ialah makanan dan minuman ketika sakit.
  • Ramai sering lupa apabila sakit, kita sudah tidak larat lagi untuk bangun ke dapur. Semua keperluan harus berada berhampiran kita, maka perabot yang kita pilih juga haruslah menyediakan ruang mencukupi untuk keperluan itu.
  • Bagi makcik dan pakcik yang sudah biasa dengan tandas cangkung pula haruslah mencuba menggunakan tandas duduk. Hasil soal selidik yang dijalankan secara tidak formal, golongan tua lebih suka menggunakan tandas duduk kerana tidak meletihkan otot badan ketika ke tandas.
  • Mungkin pada peringkat permulaan berasa agak kekok, tetapi percayalah kalau kita sudah tua dan uzur, tandas duduk lebih kurang membebankan. Jadi, apabila kita merancang untuk memilih aksesori tertentu, kita haruslah memikirkan keadaan yang esktrim sekali iaitu aksesori penyeri tingkap.
  • Sebaiknya, kita haruslah menggunakan langsir dua lapis dengan satu lapisan yang jarang dan satu lapisan lagi tidak telus cahaya. Ini kerana ada masanya apabila kita sakit, cahaya matahari menjadi masalah utama apabila terlalu terang dan silau.
  • Jadi, kita haruslah menyediakan aksesori tingkap yang dapat menapis cahaya matahari ini dan pada waktu yang lain memberi kita peluang menikmati pemandangan di luar dengan keadaan lebih terkawal.


Pengaliran udara semula jadi
----------------------------------

  • Apabila kita sakit atau tua, udara semula jadi yang nyaman adalah paling baik untuk tubuh kita. Udara dari pendingin hawa adalah udara yang dikitar semula berulang kali dan tidak begitu menyihatkan walaupun menyamankan kerana suhu rendah.
  • Paling ideal untuk tubuh kita adalah yang mengalir bebas dengan rongga ventilasi yang membolehkan udara masuk dan keluar dengan sendirinya tanpa menggunakan kaedah mekanikal atau elektrikal.
  • Ini memerlukan sentuhan seorang arkitek yang bijak dalam soal reka bentuk efektif dan jarang sekali kita temui keadaan ini kerana mereka lebih mementingkan estetik daripada fungsi.
  • Maka, tugas juru reka dalaman adalah untuk memulihkan keadaan ini supaya penghuni rumah berkenaan dapat menikmati pengudaraan yang efektif tanpa pendingin hawa. Namun, pemilik rumah juga harus sedar akan kepentingan ini kerana ramai juga pemilik rumah hanya mencari jalan mudah dengan memasang pendingin hawa.
  • Bagaimanapun, tidak salah untuk memasang alat itu kerana kita mempunyai alternatif sama ada hendak dihidupkan atau dimatikan pada waktu tertentu.


Kamar terancang penghuni riang
-----------------------------------------

  • Persekitaran kita haruslah mampu membantu dari segi mental, fizikal dan spiritual. Kerana itu ia harus dirancang dan direka dengan mengambil kira aspek rasional dan bukan mengikut kehendak trend atau emosi semata-mata.
  • Skema warna bagi kamar tidur haruslah dipilih dengan bijak kerana kita harus memikirkan juga keadaan tertentu yang kritikal seperti hari tua atau sakit. 
  • Jika sesuatu warna itu lebih menimbulkan tekanan emosi dan mental dari sudut kesihatan, mengapa harus kita ikut orang lain semata-mata kerana tren atau fesyen. Ingatlah – ini rumah, bukan ruang komersial.
Berita Harian





•*¨*•.¸¸❥ End of Tips & Petua Untuk Pemilihan BIlik Tidur Utama •*¨*•.¸¸❥ 

Thursday, October 29, 2015

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Tips Untuk Meningkatkan Kelesaan Ruang Tamu V2 ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸



Rumah idaman bukan hanya karena lengkap dengan berbagai perabot mahal atau gaya. Beberapa elemen ini ternyata mampu membuat rumah menjadi lebih hangat, nyaman, dan "hidup".

Lengkapi ruang dengan elemen tersebut sehingga Anda menjadi lebih betah di rumah. Home Sweet Home!
Tekstur

  • Walau terdengar aneh, perabot dan aksesori ruang seperti sofa dan bantal memengaruhi stimulasi rasa melalui sentuhan tangan atau kaki. Itu sebabnya, jika membeli atau memesan sofa, pilih bahan material  yang bertekstur atau bergelombang.
  • Warna pilihannya tidak usah terlalu ramai, namun warna solid mampu mempertegas dan menyeimbangkan pikiran.







  • Aksesori ruang seperti bantal, selimut, hingga karpet, pilih juga yang lebih bertekstur dan fancy. Bahan wol, kanvas, atau kain serat cocok untuk kain bantal sofa. 
  • Jika ingin menambah bantal mungil di tempat tidur, pilih yang lebih halus satin, thai silk, atau katun muslin. Sementara untuk karpet pilih yang seratnya tebal atau seperti yang sedang tren bertekstur kini.



Aromaterapi

  • Saat ini di setiap galeri menjual beraneka ragam bentuk aromaterapi. Elemen ini dikatakan mampu menenangkan jiwa dan pikiran. Gunakan waktu hujung minggu untuk bersantai dan beristirahat di sofa panjang sambil membaca buku. 
  • Pasang aromaterapi bakar berbentuk lidi, cone, atau spiral. Bukan hanya ketenangan diri, ruangan pun menjadi semerbak. Memang tak semua orang menyenangi wewangian dari aromaterapi bakar atau oil-burning .





  • Oleh sebab itu, pilih aroma yang benar-benar lebih tenang. Lavender, rose, atau vanilla dapat digunakan pada pagi atau malam hari. Jika ingin lebih fresh aroma buah-buahan seperti citrus, lime, atau berry memberi spirit. Letakkan di bawah meja console atau bakar dalam kotak khusus. Jika Anda tak mau menggunakan semua ini, taburkan potpourri dalam mangkuk kaca atau seramik.



Suara

  • Jika tekstur dan aroma telah menghiasi ruang, suara ternyata dapat memengaruhi situasi atau suasana ruang maupun jiwa Anda. Biarkan Anda mendengarkan suara-suara yang dapat menenteramkan hati, seperti suara air, haiwan atau gemerincing. Semua ini dapat Anda wujudkan dari mini fountain (kolam mungil), memelihara burung, atau wind chimes (hiasan gantung berbunyi).




 

  • Tambahkan dengan alunan suara musik. Elemen ini mampu menciptakan suasana hati yang lebih tenang dan teratur. Luangkan waktu walau sesaat untuk memutar musik atau lagu-lagu yang mampu membuang fikiran negatif.

Lagu instrumen dari dentingan piano, petikan gitar, atau biola. Pasang speaker mini di sudut langit-langit ruang atau balkoni Anda.



╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ End of Tips Untuk Meningkatkan Kelesaan Ruang Tamu V2 ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸



Thursday, September 10, 2015

❥* `•.¸.•❥ Apa Yang patut Anda Ketahui Untuk Kabinet Dapur (Kitchen Cabinet) Anda ??? ❥ .¸.•´* ❥



Anda merancang untuk membina sesebuah kabinet dapur? perkara utama yang perlu anda ketahui adalah ukuran-ukuran asasnya. Sebenarnya pembinaan dapur moden sudah pun mempunyai set ukuran-ukuran asas yang dianggap sebagai standard. Dengan menuruti ukuran-ukuran standard ini, dapur kita bukan saja dapat diselaraskan untuk tujuan ergonomik tetapi ia juga mudah disesuaikan dengan perkakasan atau aksesori lain.

Berikut adalah antara ukuran-ukuran asas yang perlu anda ketahui.

• A - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inci
• B - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inci
• C - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inci
• D - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci kedalaman
• E - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inci
• F - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inci
• G - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci

Lebar perkakasan juga penting untuk anda ketahui untuk merancang layout dapur. Dengan mengetahui anggaran ukuran yang betul, anda boleh melakukan perancangan awal dengan lebih baik. Ukuran-ukuran lebar perkakas dapur boleh dikatakan agak standard. Bagaimanapun standard yang dimaksudkan bukan sekadar satu ukuran - peti sejuk misalnya mempunyai beberapa ukuran lebar yang standard. Lebar sinki pula lebih bebas.

Selain itu anda juga perlu memastikan apakah ruang dapur yang anda miliki, samada kecil, sederhana, luas atau sangat luas. Ruang dapur lazimnya bergantung kepada jenis-jenis rumah. Jadi tidak semua rekabentuk kabinet dapur yang mungkin anda impikan akan bersesuaian dengan ruang dapur yang anda miliki. Berbincanglah dengan kami agar kami dapat memberikan pandangan untuk anda. Terdapat beberapa contoh pilihan kabinet dapur yang boleh mencetuskan idea, yang dimana, rekabentuk-rekabentuk ini selalu menjadi pilihan para pelanggan:-


Pilihan kabinet dari rona cerah dapat meluaskan lagi ruang dapur anda. Dengan penggudaraan yang baik berserta dengan ruang tingkap yang luas, pilihan rona cerah dapat membangkitkan suasana segar sepanjang berada di dapur. Pilihan rona putih menjadi tema asas yang selalunya di padankan dengan warna kelabu, cream, kelabu pekat dan hitam. Ianya satu gabungan warna yang dapat membangkitkan aura menarik.


Pilihan kabinet rona gelap bersesuaian dengan ruang dapur yang luas. Ini untuk menggelakkan ruang dapur yang amat luas kelihatan berongga. Dengan pemilihan kabinet dapur dari pilihan warna gelap, ianya akan menaikkan imej eksklusif dengan padanan cahaya samar dari neon kekuningan. Suasan akan menjadi lebih sejuk dan elegan.


Pilihan kabinet dari rona terang pula bersesuaian dengan tuan rumah yang mahu tampil dengan imej berani. Sesalunya kami menggabungkan warna-warna panas seperti kuning, merah dan oren untuk membangkitkan suasana ceria. Gabungan warna hijau dan biru muda juga bersesuaian untuk menampilkan satu impak yang tersendiri. Selalunya rona cerah ini sesuai untuk rekabentuk dapur yang lebih moden.


Pilihan kabinet rona asas asalah yang cukup biasa dan sering diadaptasikan buat rumah pelanggan memandangkan harganya yang amat berpatutan. Hadir dalam pilihan pelbagai warna kayu, kabinet rona asas ini juga tidak akan kalah jika sentuhan dekorasi serta pengcahayaan berjaya memainkan peranan dengan baik.



Sumber : http://artdraughtmans.blogspot.com/  - banyak lagi artikel menarik di sini ..








Thursday, August 13, 2015

•*¨*•.¸¸❥ 49 Idea Ruang Tamu (Living Room) Kiut-Miut aka Kecil •*¨*•.¸¸❥

Idea ni sy amik dari www.pelanbanglo.com ...x dpt dipastikan ada 49 (knp x 50 ye?? konpius mokcik !! ) ke tak hehehe ...jus nak kipidap with a same title hehehe ...just enjoy ..mana tahu uols dpt some idea kan ..kan .. ...Oh ya, Click on every pic for LARGER view okies ??

Ruang tamu anda SEMPIT & KECIL? Jangan risau, MyPelanBanglo & www.pelanbanglo.com kongsikan idea & images daripada internet hasil shopping kami untuk dikongsi bersama anda.

Pemilihan perabut amat penting terutama jika ruang tamu rumah anda kecil & sempit. Jgn beli perabut yg besar jika ruang tamu kecil, Jika nak beli yg besar ...belilah satu shj seperti contoh yg kami berikan ini. Semoga membantu anda.

JOM KONGSIKAN dgn sahabat anda. Pilih yg mana ruang tamu idaman anda? Jom PILIH.....

Anda yg nak bina rumah di KG untuk ibubapa sedang cari pelan rumah boleh KLIK www.pelanbanglo.com sekarang.

admin MyPelanBanglo














































Living Room saya ni kecil aje ...tp kerana ada 'mirror2 on the wall' dan pemilihan sofa yang JITU lagi TEPAT  heheh so nampak besar ...insyaAllah ...kita usaha je >_< (susah da nk cr SOFA mcm ni ..huhu :-)


~* End Of Idea Living Room Kecil *~