Tengok kat dapur byk roti n then ada susu + balance2 kismis ..ok jom buat puding roti la ...otherwise roti pun mesti x laku nnt ... Sy guna roti ni ya, tp exceli boleh guna roti pepe jek, roti putih/sandwich, roti france baguette, soda bread, brioche or cibatta ..mcm2 boleh, hentam saje la ..
- 8 keping roti - sy guna gardenia delicia-butterscotch tu ...(pic mcm atas ya)
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu besar gula halus - ikut keperluan ya, x suka manis x perlu letak ...
- 2 biji telur
- 1 sdt esen vanilla
- 2 sdb mentega - cairkan
- sedikit kismis
- 1 sdt instant custard powder - boleh beli kat bakery supplier, sy add
- 1sdt cinnamon powder - optional, sy add
-------------------------------------------------
- 1 tin susu cair
- 1/4 tin air - ikut keperluan ya
- 2 sudu besar tepung kastad
- 2 sudu besar gula halus - ikut keperluan ya
- 1 sudu teh esen vanilla
- Daun pandan - jika suka
-------------------------------------------------
- STEP 1 - Masukkan susu segar, gula halus, telur, instant custard powder, melted butter, vanilla essence dan ecinnamon powder dalam 1 bekas or boleh guna FP or blender ya.... senang nak throw in and sebatikan semua.. Pukul hingga bahan2 sebati bknnya kembang tau ... Ketepikan kejap.
- STEP 2 - Sapu baking pan dengan butter all over ya. Lepas tu boleh racik2, tarik2, potong2, pecah2kan, gunting2kan or just dunk je in the liquid mixture pun boleh. Lepas tu organize bg cantik ...tak susun pun sokay jek, biarkan seketika dlm 5-15 mins or so spy roti + liquid terendam dan meresap sekejap.. MeanWhile boleh heat up the oven .... pic step2 mcm kat bawah ya :-
- STEP 3 - Lepas organized, akhir sekali taburkan kismis, panaskan oven 10 mins b4, selepas itu dibakar pada suhu 160-180C selama 30-45 minit.. Boleh adjust temp and timing ikut suka and suits uolsnya oven la ...mine is oven kecik, so temp 150-160C da ckp da ....Pic setelah dibakar seperti di bawah ya ... Now kita buat sos kastardnya plaks !
-----------------------------------------------------------
- STEP 4 - satukan bahan-bahan sos kastard ke dalam periuk.. petua untuk elakkan tepung kastard berketul-ketul semasa memasak, jangan panaskan lagi periuk, kacau dulu tepung bagi sebati.. dah larut/hancur baru letak atas dapur dan panaskan guna api sederhana.. masak sampai pekat.. kepekatan sos terpulang pada selera.. dah sejuk nanti lagi pekat sebenarnya..
- Ok now bole la dihidangkan dan mamam, bila buat sendiri terasa 'kepuasan' dan 'kenikmatan'nya, caya la ! .. pic mcm kat bawah ya ... makan panas2 pun sokay or hmm mkn sejuk2 pun sodap gek ...ce try ! ... Selamat Mencuba dan Semoga Membantu ya ! ...Till then ...bubai ... See ya !
No comments:
Post a Comment