Showing posts with label CisTat. Show all posts
Showing posts with label CisTat. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

✿´•*¨*•.¸¸ #stayhome #staysafe Cistat Ice Cream Cinta Untuk Yang Tersayang ✿´•*¨*•.¸¸





 :: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
-----------------------------------------

  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis
  • 3-4 biji telur ayam
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 1 sd teh air perahan limau or lemon - optional
  • 1 sd teh nescafe powder
  • 1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..

 :: Bahan2 Tuk Fillings ::
---------------------------

  • 250gm kaya flavour
  • 250gm bavarian creme
  • 3-4 piping bags
  • ½ sudu teh esen vanilla 
  • 250gm whipping cream

Note Bavarian cream :-)
------------------------------------

crème bavaroise or simply bavarois is a dessert consisting of milk thickened with eggs and gelatin or isinglass, into which whipped cream is folded. The mixture sets up in a cold mold and is unmolded for serving. Earlier versions, sometimes called fromage bavarois, did not include eggs. Wikipedia
Main ingredients: Milk, eggs, gelatin, whipped cream
Alternative names: Crème bavaroise, Bavarois




:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
--------------------------------------------------

  • biarkan Cream Cheese berada pada suhu bilik otherwise susah nak working with nnt. Putarkan Cream Cheese seketika ngan Yogurt/Sour Cream or Tairu aka Susu Masam nak bg dia smooth sailing :-). 
  • masukkan pula Sweet Condensed Mlik dlm 2-3 sudu besar, putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ... masukkan berperingka2 or slow2 ..sbb xnak manis sgt the cheese tu ... msukkan pula vanilla ice cream dalam 3-4 scoop dan putar lagi ..

 
  • masukkan instant custard powder tujuannya tuk memekatkan dan meng'yummylicious'kan campuran batter ... selepas itu masukkan gelatine utk memekatkan cream cheese mixture - optional nk masuk boleh x masukkan sokay jek .......Putar lagi sehingga 'putih'....masukkan pula Sunquick Essence/Lime Juice/Lemon Juice untuk 'enhance'kan the flavour, to get the ''tangy' flavour .. putar lagi ...... keje kita mmg putar je la ...kuikuikui ...
  • masukkan pula serbuk nescafe or coffee mixture tuk perasa 'kelat' .. masukkan sedikit Cinnamon Powder to enhance the flavour bak kt Food Network la sgt ..dan vanilla essence utk wangi  :-) 

  • masukkan telur 1 per 1 dan putar lagi sehingga betul2 gebu so micture dah siap ... min split into 2 badges - choc layer and then vanilla layer .. n then masukkan cream cheese mixture choc & vanil & fillings ke dlm piping bag for ezy pezy dispense .. pic as per shown down below :-

  • masukkan kaya filling 1st, n then bavarian cream 2nd, and vanilla cream cheese mixture for the 3rd layer n repeat smpi habis ..

  • meanwhile boleh la diputarakan non-diary whiping Cream sehingga 'bertanduk', jika suka + vanilla essence nk bg wangi dan leh warnakan ikut peberet color - min buat white, yellow & pink ..
  • bake for 5-7 mins ... sejukkan atas wire rack or so ... slps tu boleh la di piping atas tart ...make swirl pattern for rosette ...
  • selamat mencuba !









-------------~@~--------------



Friday, July 06, 2018

•*¨*•.¸¸❥¸ © Mango Cheese Tart aka CisTat for Open Class •*¨*•.¸¸❥¸



Cistat ni sy buat masa Open Class/Skool 2018 .. Just for fun tuk cari kelainan if not tu nnt seme budak bawak kuih raya aje kan ?? .. Nak buat berat2 x mampu den, nak kene bagun awai bagai ... mmg x dan la kata orang ... Lagi pun mood tengah rajin bebenau nih, tgh 'cravings sweet stuff'  ... 



Macam biasa Miss Rose sertakan estimation cost so that leh budget la kan bila2 nk bila nk cuba try test recipes ni .. eheh)


  :: Anggaran Kos (Cost Estimation) ::
  • ⊰✿ 50pcs Kulit Tart - MYR16.90 for 50 pcs
  • ⊰✿ 250g Cream Cheese - MYR7.20/=
  • ⊰✿ 200gm Cawan Yogurt - MYR1.90 /=
  • ⊰✿ 250gm Mango Paste - MYR3.95/=

Total Cost : MYR??/=

Untuk crust saya 'copy' resepi dari Azita. Sebelum kita buat Cheese tart kita sediakan dulu bahan2 tu buat Shell atau crust dia dulu ..saya beli 'Ready Made' crust je, x dan la nk buat bagai:_) ..Tapi sy sertakan cara membuat crust/shellnya from Azlita Masam Manis. ..... sumbernya seperti di bawah :-


:: Bahan2 Utk Crust/Shell ::



Source : http://fromintankitchen.blogspot.com
  • ⊰✿ 170gm marjerin atau butter
  • ⊰✿ 50gm gula aising
  • ⊰✿ 1 biji telur Gred C - lau guna gred B kurangkan sedikit white eggnya
  • ⊰✿ 290gm tepung gandum
  • ⊰✿ 1 sudu kecil esen vanilla
  • ⊰✿ Acuan tart




  • ⊰✿ Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  • ⊰✿ Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  • ⊰✿ Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  • ⊰✿ Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.



  • ⊰✿ Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak....but depends on your oven jugak ya >_<
  • ⊰✿Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  • ⊰✿ Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Jom tengok cara2 membuat fillingnya :-

:: Bahan2 Cream Cheese Mixture ::
  • ⊰✿250gm cream cheese
  • ⊰✿50gm gula kastor / gula halus - sy guna susu pekat manis sbb sy mhadapi masalah gula x larut la hehehe
  • ⊰✿1 biji telur Saiz B
  • ⊰✿½ sudu teh esen vanilla 
  • ⊰✿1 sd teh air perahan limau or lemon - optional
  • ⊰✿1 sd teh serbuk kayu manis - optional, sy mmg suka letak ni utk all cheezy recipes..
:: Cara2 Membuat Cream Cheese Mixture ::
  • ⊰✿ Biarkan Cream Cheese berada pada suhu bilik otherwise susah nak working with nnt. Putarkan Cream Cheese seketika ngan Condensed Milk nak bg dia smooth sailing :-).
  • ⊰✿ Campurkan Cream Cheese + Susu Pekat Manis (pengganti gula), putarkan sehingga 'pudar/putih' warnanya ...
  • ⊰✿ Masukkan Yogurt or Sour Cream. Putar sebentar, masukkan pula Perahan air limau or lemon ke dalam mixture (sy guna sunquick flavour) ..tuk jek y.g ada di sekitar kawasan hehehe
  • ⊰✿ Saya masukkan juga serbuk cinnamon utk enhanced the flavour kata Food Network, lau x suka abaikan jek no harm pun ...Masukkan pula telur ayam....Putar lagi sehingga 'putih'....
  • ⊰✿ Masukkan pula Essence Vanilla untuk 'mewangi'kan batter. Food Network ckp nak smoothen the mixture ...Putar lagi ...... keje kita mmg putar je la ...kuikuikui, lau pki 'pemutar asli' ni maunya tercabut huwaaa.. Masukkan batter dan mango filling ke dalam piping bag supaya senang nak dispense .. Pic mcm kat bawah ya ;-

  • ⊰✿ Susun crust di dalam dulang ikut suka. Mango Filling tu boleh masukkan ke dalam 'piping beg' supaya senang nak dispense on the shell .... eh dah  typing/ckp kat atas kan ..hohoho
  • ⊰✿ Press/masukkan sedikit mango filling ke dalam crust......
  • Diikuti oleh cream cheese mixture. Buat sehingga habis ...
  • ⊰✿ Cream Cheese Mixture tu diambil sedikit dan warnakan ikut warna peberet uols, cik min warnakan pepel dan buat 'lorek' atas cistat supaya cun la ... buatkan like 5-6 polka dot atas comel tart tadi (buat dot ..dot like or line2 kecil - boleh tengok cara melorek seperti di bawah)

  • ⊰✿ Dengan menggunkan piping tersebut just 'connect' the dot or line2 tadi ... NOTE : proses untuk melorek dilakukan ketika cheese mix tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan. (kene buat semasa 'runny stage' tau).
  • ⊰✿ Buat sehingga habis, masa memula nk buat lorek tu mmg x biasa but soon you'll get the rhythm tau, kword dia practice ! practice ! practice !...masa memula buat lorekan saya ke laut jugak la ni ke tasik lak, control ayu jek lebih hehehe :-)
  • ⊰✿ Bakar pada suhu 150C pada 3-5 minits je tp kalau pompuan peknen risau sakit perut disebabkan telur yg x masak dalam Cream Cheese mixture, yolk x masak ada Salmonella bacteria ya ... better watch out for your baby inside ..... Pic yang telah dibakar seperti di bawah ya :
(pic slps dibakar kejap dlm 3-5 mins or less )
  • ⊰✿ Kasi zooming sikit camerawoman on the move ...heheh  :)

  • ⊰✿ Voila ! Taraaa ...dah siap ... boleh la di served ....Yum ! Yum ! Hmm Dapnya ....:). Tgk pic atas texturenya smooth dan glossy ..sy suka ! sy suka ! (bc mcm mei mei upin ipin) ..
  • ⊰✿ Lebih banyak 'filling' kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Tapi InsyaAllah if kita ikhlas rasanya juga leh 'semulajadi' sedap nak2 lagi if FOC mmg xleh celen ...>_<. Boleh change according to your preferences, terpulang kepada 'pallette' masing ada suka chocolate, nenas, kaya, peanut butter dll ..


Last one but veli-veli important woo : 

Petua2 Menhasilkan cistat tergebu & termontok alaf ini (drama jek lebih ..uweks)  :-
  • 1. Tart shell yang sedap mesti di hasilkan dari margerin dan bukan dari mentega. Ada beza antara Tart Shell margerin dengan mentega ..hah yeke? nnt sy CSI lg ya ...konpius mokcik.
  • 2 Jangan putar krim keju pada suhu bilik, kalau putar juga memang Cheese Tart anda takkan segebu yang anda impikan.
  • 3. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen). Sebaiknya putar krim keju antara 30 hingga 45 minit selepas ia di keluarkan dari peti sejuk. Teknik ini akan membantu krim keju itu menghasilkan Cheese Tart yang gebu.
  • 4. Telur pula mestilah segar dan dari gred terbaik dan seeloknya dari peti sejuk. Jangan kedekut sangat kalau nak buat untuk makan sendiri kan. Seeloknya guna selepas ianya di keluarkan dari peti sejuk.
  • 5. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

:: Cara2 Membuat Lorekan/Art atas Cheese Tart ::



  • Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.




  • Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi - boleh juga buat polka dot ..seperti gambar di atas ya >_<.
  • Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  • Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  • Atau kalau nk senang masuk ke dalam piping beg, make a line or dot dot and connect and 'tarik' to each other ...more sempoi rite? ...heheh
  • Kalau x buat lorek pun sokay ...rasa ttp sama jugak :) ...


~* End of Mango Cheese Tart aka Ct Mango *~