Monday, May 11, 2020

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥ #laukpauk2020 - Masakan Daging Paprik Ala Thai Yang Memang Confirm Sedap ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥





salam #pkpb phase 4, please #stayathome and #staysafe ya , jom #dudukrumah lebih selamat hee ... kali ni min amik resepi dari pesbok Resepi Masakan Citarasa Malaysia
 .. tpi dah diolah oleh min mengikut kesesuaian situasi la sgt hee ... sejarah paprik ni ialah Pad prik adalah frasa Thai. Walaupun Pad Prik hari ini dianggapkan sebahagian dari masakan Melayu, ia sebenarnya mempunyai asal-usul Thai *kap kap sawadikap*.

Source : Facebook
Resepi Masakan Citarasa Malaysia
Edited by : callmemissrose


Bahan2Nya :-)
------------------------
500 gram daging lembu - boleh gantikan ngan ayam or seafood ya
1/2 biji lada benggala (merah dan kuning)- potong dadu or kecil2
250 gram bunga kobis - potong sekuntum-sekuntum
150 gram kacang panjang - dipotong pendek2
5 biji cili padi merah - dihiris ( jika nak pedas boleh tambah lagi)
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar holland - dihiris
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato saiz sederhana - potong kecil memanjang
4-6 batang jagung muda - potong pendek2 or serong
daun ketumbar - potong kasar - min skip

Bahan2 Sos :-)
------------------------
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis - min gantikan dengan blackpepper sauce
1 sudu sos ikan - min tambah

Cara2 Membuatnya :-)
--------------------------------------


rebus daging sehingga empuk dan kemudian ditoskan airnya. Simpan air rebusan untuk digunakan dalam masakan ini bagi proses seterusnya. Setelah sejuk, potong daging nipis (anggaran biasa) secara melintang. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul sehingga rata dan goreng jangan sampai garing. Angkat dan toskan daging tersebut.
 


masukkan sedikit minyak di dalam kuali. .. tumis bawang besar holland, bawang putih, bawang merah dan serai hingga harum. Masukkan cili padi, sayur2an seperti kobis bunga, carrot, baby corn, capsicum, daun limau dan sbgnya .. dan masak sekejap. .. tambahkan air rebusan daging tadi. - min skip this part





tambah bahan-bahan sos seperti sos tiram, sos cili, sos blackpepper, sos tomato dan sos ikan, kacau rata .. tutupkan sayuran sebentar supaya empuk.





akhir sekali masukkan daun ketumbar dan daging, kacau kesemua bahan tersebut dan rasa, jika ada nak tambah rasa, anda boleh tambah mengikut selera anda. Jika dah ok, anda boleh tutup api dan boleh dihidangkan.
 

 



so gaiss, selamat mencuba ye !!! makan bersama nasi putih panas ... yam ! delish !











#stayhome #staysafe #staystrongemotionally #stayproductive #stayhappy


No comments: