min sellau kopius masak lada vs asam pedas, tips of the iceberg kt omputih, upon checking.. bezanya ialah cuma la penggunaan serbuk kari ikan/daging dlm masakan, tuk oghang Melaka tu jek la bezanya if negeri lain min x pasti la ya ... may be ada byk variasi tp inilah resepi tradisional bonda tersayang min plus combi dari Chef Ismail, orang Chengkau Negeri Sembilan - pakar dalam kalau bab2 masak tradisi ni. Apa2 pun terima kasih sudi share resipi yang sedap ni dan sumber resepi ni dari majalah SAJI bulan Mei 2012. ya !
kat bawah tu ada info pasal asam pedas Melaka (min ni masak berlada tp bg tips asam pedas hee) .. idok ler, min paste kat sini dulu la ye ..if buat n3 pasal asam pedas nnt min letak kat page asam pedas la ye ..cuma bila dah terjumpa tu kena la ter'paste' somewhere so that ilmu tu x lapuk dek hujan x lekang dek panas heee ... gittew kekdahnya ...
BAHAN-BAHANNYA :-)
---------------------------
1 kg ikan tenggiri - min guna ikan pari
2 camca besar kerisik - min guna kelapa goreng senang simpan ..
80 gram asam jawa
500 ml air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung biru, belah 2 dan hiris serong besar2 - min guna kacang panjang yg avlb di tpt kejadian
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KERING :-)
---------------------------
1 camca teh lada hitam
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji
2-4 sudu serbuk kari daging - hak ni min tambah, boleh juga guna serbuk kari ikan ya
BAHAN KISAR HALUS :-)
---------------------------
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm belacan - min x guna ni ye
4 cm halia
4 cm kunyit hidup
- min de tambah lengkuas tuk aromatic - boleh bc SINI tuk tahu details fungsinya, boleh jugak tambah buah keras untuk kuah yg lebih pekat - baca details
CARA MEMBUATNYA :-)
---------------------------
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, tambah bahan kisar kering dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan sayur2 seperti terung, bendi or kacang panjang, jika nak kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air ... tnggu sehingga sayur empuk dan boleh la diangkat and serve ! Hidangkan bersama nasi putih dan ulam2an..
min ucapakan selamat ari ibu kpd ibu2 di mana jua berada ya, jutaan terima kasih kepada bonda min yg sedikit 'gangster' ttp penyayang yamat heee ... terima kasih atas segala tunjuk ajar selama ini ya PUAN MARIAM BINTI ALI ... sayang mymum smpi ke jannah !! ... semoga sentiasa berada di dalam limpahan kasih sayang Allah di mana berada, diberi kesihatan, dpermudahkan urusan ye ...**huwaa da lama x jmpa, hny bideo kol jek pengubat windu huhu* ...
Asam Pedas Melaka Memang Berbeza ...
---------------------------------------------------------------
*¨*•.¸¸❥ RASA dan resipi asli asam pedas Melaka yang sinonim dengan negeri ini perlu dipelihara kerana ia warisan yang begitu berharga.
*¨*•.¸¸❥ Ramai chef terkenal dan berpengalaman mengakui resipinya agak berbeza berbanding hidangan asam pedas di negeri lain sehingga menjadi masakan istimewa Melaka yang sering dicari pelancong tempatan mahupun luar negara yang ingin merasai keenakannya.
*¨*•.¸¸❥ Pengerusi Kelab Chef Melaka Chef Rizwandy Perin berkata, perbezaan asam pedas Melaka dengan negeri lain adalah penggunaan rempah ratusnya seperti lada hitam, buah keras, jintan manis dan limau purut yang mampu membangkitkan aroma masakan.
*¨*•.¸¸❥ “Perbezaan paling ketara dalam resipi asli asam pedas Melaka, ia tidak menggunakan daun kesum atau bunga kantan yang lazimnya digunakan dalam masakan ini di negeri lain,” katanya yang berpengalaman 20 tahun dalam dunia masakan kepada Bernama.
*¨*•.¸¸❥ Rizwandy berkata, resipi asli asam pedas Melaka yang diwarisi secara turun-temurun perlu dikekalkan kerana tidak mahu kehilangan hidangan warisan ini walaupun kerajaan negeri Melaka sudah mempatenkan masakan terbabit pada 2010.
*¨*•.¸¸❥ Chef selebriti yang juga pernah menjadi juri rancangan pertandingan masakan Masterchef Malaysia, Chef Zubir Md Zain berkata, asas rasa asam pedas Melaka perlu dikekalkan walaupun setiap chef mempunyai cara berbeza dalam menghasilkan hidangan tradisional yang popular di beberapa negeri selatan tanah air termasuk Johor.
*¨*•.¸¸❥ “Saya bukan berasal dari Melaka dan kurang mahir dalam masakan ini, namun saya mempunyai versi asam pedas saya sendiri. “Apa yang penting adalah rasanya tidak jauh berbeza daripada asam pedas yang asli,” kata pemilik Chef Zubir Restaurant Group itu.
*¨*•.¸¸❥ Timbalan Presiden Persekutuan Masakan Halal Singapura Chef Muhamaad Abdullah pula berpendapat nama ‘asam pedas’ itu sendiri menggambarkan ciri yang perlu ada pada masakan berkenaan.
*¨*•.¸¸❥ “Apabila disebut asam pedas masakan itu perlu ada rasa asam dan pedas.
“Jika masakan yang dihasilkan rasanya hanya masam atau pedas saja, maka ia bukan masakan asam pedas,” katanya yang gemar mengembara ke seluruh Malaysia bagi mencari dan mempelajari masakan tradisional Melayu.
*¨*•.¸¸❥Beliau yang popular dengan panggilan Chef Jo berkata, dalam menghasilkan masakan asam pedas, tukang masak perlu pandai mengolah bahan agar dapat menghasilkan kombinasi rasa asam dan pedas yang seimbang menerusi penggunaan teknik masakan yang betul.
No comments:
Post a Comment