Monday, January 28, 2019

•*¨*•.¸¸❥ :: Apam Cheese Cornetto Pelangi :: •*¨*•.¸¸❥

min dah tersuka buat apam la plaks skrg ngee ngee ... so this time around buat apam cornetto aka apam pelangi aka apam aiskrim ..hmm kali 1st cuba ni min x ok lagi la but 2-3x in shaa Allah ...min guna resepi apam cheese polka dot strawberries n3 tdahulu ya but ada twist sikit susu cair + cheese cheddar 3 keping + ice cream soda = 75ml ... 

oh ya min mskkan juga 1sdk soda bicarbonat ke dlm tepung superfine + baking powder, in sha Allah smpi 1-2 hari apam still lembut tau ! ... min sertakan juga resepi ori di bawah sekali ya sbb xnak mderhaka kpd tuan punya resepi asal hehe ..



:: Bahan2Nya ::-
----------------------
  • •*¨*•.¸¸❥  140 gm tepung gandum - min guna tepung superfine, nk bg halus mulus gittew ..
  • •*¨*•.¸¸❥  1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum + bicarbonat soda 1 sdk
  • •*¨*•.¸¸❥  140 gm gula halus - kemanisan ni dah perfect kot ... in shaa allah
  • •*¨*•.¸¸❥  75 ml susu segar atau susu cair - min add ngan 3 keping cheddar cheese + 35ml bicarbonat soda - sbb resepi asal guna ice cream soda/sprite !
  • •*¨*•.¸¸❥  2 biji telur -- hak ni direct from peti sejuk ya ...x tahu knp lum gugel lg ..
  • •*¨*•.¸¸❥  1 sudu kecil ovelette (cake stabilizer ni)
  • •*¨*•.¸¸❥  1/2 sudu esen vanilla
  • •*¨*•.¸¸❥  sedikit perwarna kuning/perasa lemon
  • •*¨*•.¸¸❥  sedikit pewarna pink/perisa strawberries
  •  •*¨*•.¸¸❥  sedikit pewarna purple/perisa bluebeeries
  • •*¨*•.¸¸❥  cone kertas (handmade ya, leh gugel method mbuatnya) - min dpt 35 - 38 ketui je, nk byk doublekan adunan ya ...


 ::  Cara2 MembuatNya ::-
------------------------------

•*¨*•.¸¸❥  min xde steamer tradisional yg mcm mak2 kita guna itu ...de steamer electric jek .. so min kene fikirkan bgm cr nk buat the kon tu straight up in the steamer ...so, come out with this idea ... min beli chiffon cake aluminium baking foil tu & tepuk lubang around so that the cone will stand up straight  ..

•*¨*•.¸¸❥  min jugak buat kon ni kecik2 sbb x muat steamer hehehe ...so dpt la buat apam ni wp kene usaha lebih sikit la dr org lain hahaha .. xpe all that is the lessson to learn ..sape kita tanpa ilmu rite ?? ...wokey ... jom tgk method2nya :-

•*¨*•.¸¸❥  min skip STEPS2 smpi color2 ni k, steps b4 leh refer n3 tdahulu ya .. apam polka dot viral .. so, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

•*¨*•.¸¸❥  Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag. Ingat, jangan buka cone dulu ye sbb nk curah chocolate ganache tau !

 
•*¨*•.¸¸❥ cairkan cooking chocolate dgn double boiler method. Coklat pula tak kisah kita nak gunakan dark choc or milk choc ... 
•*¨*•.¸¸❥  .... curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi. Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi ... kacang tu kita tumbuk kasar la ye ... min beli roasted peanut xyah panggang *wink* .. cooking is S-I-M-P-L-E kan ! ..oh ya, kacang tu boleh guna all sepupu sepapat all nuts/choc nibs or manik color2 tu pun boleh..

•*¨*•.¸¸❥  buangkan/gunting cone kertas, buka tu jgn ganaz k sbb nnt apam tu xde ekoq aiyok x tau !! ...then, taraaaa ... dah siap :D ... in shaa Allah sedap .. suai tuk breakfast, minum petang, tempahan, kenduri kendara dll :D ..

 
Resepi asal :

::  Bahan2Nya ::-
-------------------------

 Source : Azlita Masam Manis ..

  • •*¨*•.¸¸❥  3 cawan tepung gandum ~ diayak
  • •*¨*•.¸¸❥  4 biji telur
  • •*¨*•.¸¸❥  2 cawan gula kastor
  • •*¨*•.¸¸❥  3/4 cawan air ice cream soda
  • •*¨*•.¸¸❥  1 sudu teh perasa rose ~ guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
  • •*¨*•.¸¸❥  Pewarna ~ guna pewarna yang berlainan
  • •*¨*•.¸¸❥  Kon kertas secukupnya
  • •*¨*•.¸¸❥  Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
  • •*¨*•.¸¸❥  Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna


  • STEP 1 - •*¨*•.¸¸❥Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit .. * tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut 
  • STEP 2 - •*¨*•.¸¸❥Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
  • STEP 3 - •*¨*•.¸¸❥Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
  • STEP 4 - •*¨*•.¸¸❥Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas. Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu.
  • STEP 5 - •*¨*•.¸¸❥Adunan tu tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli.
  • STEP 6 - •*¨*•.¸¸❥Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam.
  • STEP 7 - •*¨*•.¸¸❥Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk. Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.
  • STEP 8 - •*¨*•.¸¸❥Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya.
  • Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
  • STEP 9 - •*¨*•.¸¸❥Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa masing-masing.
  • STEP 10 - •*¨*•.¸¸❥Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat). Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita.
  • STEP 11 - •*¨*•.¸¸❥Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..
 


•*¨*•.¸¸❥ End of Apam Cheese Cornetto Pelangi  •*¨*•.¸¸❥


No comments: