Sunday, October 16, 2016

• *¨*•.¸¸❥ Pelbagai SeaFood - Udang Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas •*¨*•.¸¸❥

 

Ditulis oleh : BukuResepi
Edited By : MissRose@Redroses2u.Net


Masa : Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 30 Minit | Keseluruhan: 60 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang 

Bahan2Nya :-)
------------------

  • 1/2 kilogram udang - terpulang nk letak udang hariamau, udang galah dsbgnya. Sy guna udang putih kecil jek ...ckp la tu tuk famili kecik sy :-)

Bahan2 Untuk Dikisar :
-------------------------------------

  •         4 ulas bwg merah
  •         3 ulas bwg putih
  •         1 1/2 inci kunyit hidup
  •         1 1/2 inci lengkuas
  •         15 biji cilipadi

Bahan2 Yang Lain :-
-----------------------------

  •         garam dan gula
  •         2 batang serai
  •         3 cawan santan
  •         1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan

Cara2 PenyediaanNya :)
------------------------------------

  • Bahan2 kisar dimasukkan kedalam blender. Blenderkan sehingga hancur dan dan dimasukkan ke dalam periuk. (sy guna kuali, alat yg x brp sesuai but i like it huhu)


  • Masukkan santan, udang dan serai. Udang boleh masukkan last atau awal2 ..ikut taste uols, ada xnak msk awal sbb nnt isi udang liat/keras katanya.



  • Sentiasa kacau kuah supaya tak 'pecah minyak'. (lihat meaning 'pecah minyak' kat bawah sekali ya). Biarkan sampai mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa 'peberet'. Selepas itu boleh masukkan daun kunyit or daun limau pada masa ni. Masukkan jg 1-2 keping (sy skip this part). Untuk tujuan hiasan boleh masukkan cili segar merah juga.

  • Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras. Sy masukkan nenas masa ni sbb xnak nenas lembik sgt.


  •         Tutup api dan hidangkan. Da siap leh mamam ngan nasi ....

'pecah minyak' means -

Q : Apakah maksud tunggu sampai pecah minyak?
A : Dulu aku ingat pecah minyak ialah minyak tu berpecah-pecah. Direct translation katanya. Tapi sebenarnya pecah minyak ialah istilah yang digunakan bila kita tumis sesuatu pastu bila minyak tu dah start terpercik-percik,itulah pecah minyak.

Perbezaan pecah minyak santan dan pecah minyak menumis lain. Pecah minyak santan sbg contoh kita memasak masak lemak misalnya, lemak dari santan itu berkurang rasanya dan ada minyak yang keluar. Itulah yang dipanggil pecah minyak santan. Antara faktor ini terjadi disebabkan lemak dari santan telah pecah atau bertukar minyak.

Elakkan masak santan terllau lama kerana segala zat2 dan vitamin akan hilang bila mengunakan api besar/hangat.

Cara mengatasi masalah pecah minyak ialah :-

  • Menggunakan api yang perlahan dan selalu kacau.
  • Jangan masak terlalu lama yang boleh membuatkan santan pecah.
  • Letakkan senduk kayu dalam masaka dengan menggunakan api kecil.
  • Masukkan santan pada peringkat akhir masakan untuk mengekalkan kemanisan dan lemak santan.



No comments: