Rujukan : http://tipshiasandalaman.blogspot.com
Idea #1 - Pelbagai Lukisan Seni
Menggantung sekeping lukisan seni adalah cara yang paling mudah dilakukan oleh kebanyakan orang. Tetapi sebaliknya daripada hanya sekeping, anda boleh cuba untuk menggantung beberapa keping bersama-sama kerana ia akan mencipta satu tema untuk rumah anda, tetapi gambar mestilah di bawah kategori yang sama. Sebagai contoh, anda boleh memilih gambar pemandangan yang indah, bunga atau seni abstrak tetapi tidak boleh menggantung salah satu daripada setiap lukisan tersebut bersebelahan di antara satu sama lain kerana anda tidak mahu rumah anda kelihatan seperti sebuah galeri seni. Untuk mendapatkan lukisan seperti dibawah, anda boleh membuat tempahan di Fanpage kami di sini.
Anggaran Kos: RM60 - RM175
Idea #2 - Stiker Dinding (Wall Decals/ Stickers)
Stiker dinding telah menjadi salah satu hiasan trendi dalam pasaran ID sekarang. Stiker dinding ini kebanyakannya diperbuat daripada acetate, PET film dan vinyl yang kuat, fleksibel serta tahan lasak terhadap koyakan berbanding dengan pelekat biasa. Ia telah menjadi kit popular kerana ia mempunyai pelbagai pilihan warna dan corak sedia ada dan ia juga boleh direka mengikut saiz, warna, dan bentuk untuk mewujudkan ciri-ciri yang bersesuaian dengan konsep keseluruhan rumah. Ia boleh dilekat kepada hampir apa-apa bahan permukaan rata seperti kaca, dinding kayu, dan jubin. Selain daripada itu, ia boleh ditanggalkan dan diguna semula. Sungguh menjimatkan!
Anggaran Kos: RM25 - RM500
Idea #3 - Kertas Dinding (Wallpaper)
Kertas dinding, anda hanya akan rambang mata dengan pelbagai pilihan yang ada dan ia telah menjadi elemen asas rumah moden masa kini. Anda tidak perlu kertas dinding di letakkan pada keseluruhan rumah anda, cukuplah dengan hanya mewujudkan satu titik tumpu dimana ia dengan segera akan membuatkan ruang dinding anda yang suram kelihatan ceria dan tertarik.
Anggaran Kos: RM500 - RM2000
Idea #4 - Rak Dinding
Menambah unit rak di dinding, anda mempunyai dua tujuan; pertamanya sebagai hiasan dan kedua sebagai asas yang indah untuk memaparkan bingkai gambar, aksesori, barangan atau mana-mana koleksi pemilik. Dan bukannya dengan hanya 2 papan rata yang hanya digantung di dinding, ada pelbagai cara lagi tanpa had idea dan reka bentuk. Hanya berfikir di luar kotak bagaimana untuk menghiasi dinding anda yang tampak gondol itu!
Anggaran Kos: RM88 - RM399
Idea #5 - Bingkai Foto
Adakah anda suka mengambil gambar? Bagaimana dengan meletakkan bingkai foto di dinding untuk memaparkan semua saat-saat sukar dilupakan dalam kehidupan anda? Ia mewujudkan identiti dan ia adalah salah satu cara yang terbaik untuk membuat rumah anda sebuah RUMAH.
Anggaran Kos: RM99-RM500
No comments:
Post a Comment