Penulis Suri
Ryana kembali dengan novel ke 4 dengan imej Korea. Kimchi untuk awak
sebuah novel kekeluargaan menjadi pilihannya. Novel ini juga akan
dijadikan adaptasi drama untuk saluran ASTRO. Pengarah yang sama untuk
drama MAID sekali diberi kepercayaan untuk mengarah Drama Kimchi Untuk Awak.
Showing posts with label ❥❥ Choopp Kejap ❥❥. Show all posts
Showing posts with label ❥❥ Choopp Kejap ❥❥. Show all posts
Wednesday, March 15, 2017
•*¨*•.¸¸❥ Review Kaki Novel - KimChi Untuk Awak by Suri Ryana •*¨*•.¸¸❥
Penulis Suri
Ryana kembali dengan novel ke 4 dengan imej Korea. Kimchi untuk awak
sebuah novel kekeluargaan menjadi pilihannya. Novel ini juga akan
dijadikan adaptasi drama untuk saluran ASTRO. Pengarah yang sama untuk
drama MAID sekali diberi kepercayaan untuk mengarah Drama Kimchi Untuk Awak.
Kisah cinta
Danial Lee, jejaka kacukan Korea dan Melayu dan Salsabila (Bella),
gadis yang melanjutkan pelajaran di Korea. Mereka bertembung tidak
sengaja bila Bella melanggar Daniel Lee di Lapangan terbang Incheon.
Gara - gara Bella yang terlambat dan bimbang terlepas kapal terbang
untuk balik ke Malaysia di cuti semesta. Kengakuhan dan sombong seperti
samseng Daniel menjengkelkan Bella . Pertemuan mereka bukan sahaja di
lapangan terbang , malah didalam di kapal terbang juga mereka
bertembung. Hilang mood untuk menikmati penerbangan kelas perniagaan
yang dihadiahkan oleh kak long apa bila terpaksa duduk di bebelah lelaki
yang sombong dan biadap.
Bila sampai di
Malaysia Bella gembira kerana dia tidak sabar untuk berjumpa kak long
dan umie. Tetapi Umienya berada di Mekkah mengerjakan umrah bersama pak
su dan mak su. Sementara Umie pulang dari Umrah Bella tinggal bersama
Kak Long. Kak Long yang terlalu gembira melihat kepulangan Bella
menyimpan satu hasrat. Menyuruh Bella membuat Kimchi sempena majlis
menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya berkerja.
Hati Bella semakin
tidak tenang apabila mendapat tahu bahawa presiden tersebut adalah
Daniel Lee Jae Hwan. Lelaki yang yang ditemui di lapangan terbang dan
didalam kapal terbang. Bertambah huru hara lagi Bella bertemu di Kondo
Daniel Lee kerana mengikut Kak longnya mengemas Kondo Presiden . Pada
Daniel Lee , Kehadiran Bella mengingatkan kisah cinta Danie Lee yang
lalu. Bella baru tahu Daniel Lee pernah ditunangkan dengan Kak ngah (
Sumayya ). Tetapi cinta mereka terhenti bila Maya meninggal dunia.
Kerana Maya juga telah menyatukan hubungan papa Daniel Lee dan ayah
Bella yang sekian lama terputus. Suatu ketika dulu Papa Daniel dan Ayah
Bella berkawan baik. Mereka terputus hubungan setelah papa Denial Lee
pulang ke korea hinggalah pertemuan Maya dan Deniel Lee di luar negara.
Walaupun
kedua-dua mereka cuba menjauhkan diri , Namun takdir mendekatkan mereka.
Mereka disatukan dalam ikatan pernikahan dikampung. Ini semua gara-gara
Bella terjumpa satu surat dari Kak ngah untuk diberi kepada Daniel Lee.
Isi kandungan surat itu menyatakan Bella adalah gadis yang lebih layak
untuk menggantikan tempatnya. Kerana Bella tidak mahu Daneil Lee tahu
siapa nama perempuan yang ditulis oelah arwah kak ngah , Bella
menconteng nama di surat itu. Bila surat itu diserahkan pada Daniel Lee,
Daneil Lee marah dan memaksa Bella ke rumah pak su untuk memberitahu
siapa nama perempuan yang tertulis di surat tersebut. Mereka hampir
ditangkap klawat oleh penduduk kampung. Demi maruah keluarga pak cik
Dani menyuruh Daniel Lee bertanggung jawab dan bernikah dengan Bella.
Selepas nikah
Daniel Lee memberi alasan terpaksa ke Jakarta atas urusan kerja yang
tidak dapat dielakkan. Bila berjauhan ada perasaan rindu datang
mengundang tetapi ego yang menebal membawa pergi rindu itu. Sementara
cuti semesta , Bella mengambil upah untuk membuat Kimchi untuk tempahan
dari Kak long . Faris lelaki yang tidak pernah jemu memujuk hati Bella
agar menerimanya kecewa bila mendapat tahu Bella kini sudah bergelar
isteri orang. Tambahan pula pengakuan itu dibuat oleh Daniel Lee
Sendiri.
Bella didatangi
wanita misteri yang mengelar dirinya "Omma" agar membuatkan Kimchi
tiram. Kerana dia kata Daneil Lee sangat suka dengan Kimchi Tiram. Bella
pelik siapa perempuan tersebut. Pada ketika mereka hampir mengaku yang
sebenarnya wujud sesuatu rssa di hati masing - masing. Yoo Ri hadir
bersama onar dan fitnah. Lantas Bella membawa diri bersama seribu
prasangka meninggalkan suami tanpa sepatah bicara.
Pemergian Bella
menyedarkan Danial betapa dia terlalu mencintai dan mengharapkan Bella.
Puas Denial menjejaki Bella tetapi tidak berjaya. Danial
kemudiannya bertemu kembali degan Bella di sebuah syarikat pembuat
Kimch .Dikesempatan itu Daniel tidak mempersiakan peluang itu. Perasaan
di hati diluahkan tanpa ragu dan berharap semoga Bella turut memiliki
rasa itu. Ternyata cinta berbalas, kasih yang dipupuk kian mekar dan
prasangka akhirnya terlucut.
Kasih
mereka diuji dengan kehadiran Zara yang menagih kasih dari Daniel Lee
sekian lama. Yoo Ri yang berkawan baik dengan Zara memudahkan rancangan
buruk Zara terhadap Denial Lee sehingga Daniel Lee koma dihospital
kerana alahan. Yoo Ri adalah adik susuan Daniel Lee.
Biarpun taufan
datang menduga mahligai mereka, namun kasih tetap bertaut kerana ikatan
mereka terlalu istimewa, yang turut mengikat dua budaya dan dua negara,
serta merungkai dendam dan sengketa.
Sinoopsis dari kulit novel
Mati-mati
Bella ingat dia dapat menghabiskan cuti semesternya dengan aman dan
damai di Malaysia. Huru-hara hidup pelajar di salah sebuah universiti di
Seoul, Korea Selatan itu terjadi semenjak di Lapangan Terbang
Antarabangsa Incheon lagi. Insiden dia terlangar seorang lelaki kacukan
Melayu Korea yang bernama Danial Lee Jae Hwan adalah permulaan
kacau-bilau dalam hidupnya.
“Jang-nim!” - Danial Lee.
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?” - Bella.
Tak
cukup dengan insiden itu, kak long pula memaksa Bella membuat kimchi
sempena majlis menyambut kedatangan presiden syarikat tempat kak longnya
bekerja ke Malaysia. Hatinya semakin tidak aman apabila mendapat tahu
yang presiden tersebut adalah Danial Lee. Keadaan semakin berbelit
apabila rupa-rupanya keluarga mereka saling mengenali dan mereka ingin
menyatukan Bella dan Danial Lee.
Satu insiden yang berlaku di kampung
membuatkan mereka terpaksa disatukan. Dan apabila cinta mula bercambah
dalam hati kedua-duanya, Bella melarikan diri ke Seoul gara-gara
tersalah sangka yang sengaja diadakan oleh Yoo Ri.
Akibat rasa rindu yang tidak
tertanggung, Danial Lee menjejaki Bella di Seoul dan cinta mereka
memekar semula di bumi Korea Selatan. Dalam keasyikan mereka melayari
bahtera rumah tangga, Yoo Ri dan Zara sentiasa mengganggu perkahwinan
mereka. Dapatkah Danial Lee dan Bella mempertahankan keagungan cinta
mereka? Dapatkah Zara merampas Danial daripada Bella?
So
..happy ending kan ?? besh ! ...mmg x sabar nak gi cinema n tengok
.....masalahnya miss rose xtahu nk gi ngan sape sbb my one [babah ajid] and the half men [ajid bambam] mmg x
layan haku nnt .... huhu ..gi sorang2 pun boleh kan ??
Wednesday, August 08, 2012
╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ Baiki Cara Solat (Khas Untuk Kaum Wanita) ╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Note : (Kaum lelaki tolong fwdkan pd kawan2 perempuan anda). Untuk renungan kita bersama di bulan yang MULIA ini :
Baru saja lepas mendengar ceramah ustazah Hjh Siti Khadijah Din sebentar tadi. Rasa terlalu bernilai ilmu yg dicurahkan beliau, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Setelah mengikuti kuliah beliau (2 minggu sekali) selama beberapa bulan yg lepas, baru kini timbul kesedaran betapa solat yg saya dirikan terlalu rendah kualitinya.
Bagaimana bisa solat berkenaan diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu.
Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, penceramah mencadangkan kita mengambil 2 minit untuk "menyediakan diri" sabelum menghadap Allah Yang Maha Esa.
2 perkara yang elok dilakukan sebelum berniat utk solat ... sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :
Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita. Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap Allah Yang Maha Besa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal.
Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yang Esa untuk beribadat kepada Nya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yang hina ini, melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak nya.
Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, (bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya.) Fokus. Setelah bertakbir, penceramah tunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dengan keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2 nya adab untuk
menghadap Allah Azzawajalla.
1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
- Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
- Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
- Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).
Perlu
diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah,
syaitan2 yang berupa kambing hitam gemar bergayut2 di celah lengan (bawah
ketiak) untuk mengganggu solat kita, sekiranya kedua2 lengan
dirapatkan, tiada ruang untuk mereka.
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal- tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanawalakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situ lah dahi diletakkan.
Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7, iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri (agak2 selesa). Pastikan kedua2 lengan rapat mendekati badan.
3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tangan melurut peha dengan perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dalam posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga
dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
4) 'Iktidal- tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca "rabbanawalakal hamdu"
5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi. Kedua2 tangan dirapatkan di bahagian bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tangan dan di situ lah dahi diletakkan.
Jangan sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7, iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara:
- Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
- Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan
- kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
7)
Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dalam keadaan
bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk bangun, gunalah tangan
kanan atau kedua-dua tangan untuk membantu kita bangun
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ......laa ilaa ha ILLALLAH.
(Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam)
9) Salam- tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa
menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat- seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Allah Yang Maha Agung.

Click for Larger Image
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.
(Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara
caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
8) Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut ......laa ilaa ha ILLALLAH.
(Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam)
9) Salam- tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa
menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
10) Berdoa sesudah solat- seelok2 duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dengan kedua2 kaki. Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tangan yg tinggi
dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap Allah Yang Maha Agung.
Click for Larger Image
Seterusnya sebelum selesai ceramah, ustazah sempat mengingatkan para hadirin bahawa kain yang digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri2 yang tertentu. Antaranya:
1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yang jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit,maka solat kita tidak sah.
(Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara
caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).
Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dengan berbaju sleeveless di dalam telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.
heheh, perempuan mcm ni ke kita ? xde la kan ...Waliyazubillahi minzalik ;
2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yang malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja. Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja yang digunakan. Bagi menutup kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu, lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yang tebal sedikit.
(ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ataupun jika tiada, pakai 2 lapis )
3) Ada kain telekung yang indah bersulam dan berkerawang. Ada yang berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg berambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan
terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana "Sembahyang itu adalah tiang agama".
Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yang baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di alam baqa'.

Click for Larger Image ..
Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu dtg dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya.
Wassalamu.
** Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. **

1. Perkataan yang cantik - ALLAH
2. Lagu yang merdu - AZAN
3. Novel yang menarik - AL QURAN
4. Senaman Yang Baik - SOLAT
5. Diet yang mujarab - PUASA
Tuesday, July 31, 2012
✿❥✿ Panduan Solat Terawih ✿❥✿
Dah 11 Ramadhan baru nak posting psl Sunat Terawih ...ini disebabkan tiada siapa yg nak di'copy' hehehe ...But this is a G-O-O-D info for myself and others, Syukran Jazilan Allahhu Khairan ..
Sumber : Azlita Masam Manis @ http://fromintankitchen.blogspot.com
Ayoyo ....takutnye !!
Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan.
Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil
memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam
keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.
Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar.
Rasulullah SAW. bersabda;
“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
“Allah SWT. menetapkan kewajipan puasa kepada kamu dan disunatkan kepada kamu solat pada malam harinya. Sesiapa berpuasa pada siang hari dan melakukan solat pada malam harinya kerana iman dan mengharapkan keredaan-Nya maka ia kelak bersih dari dosa-dosanya seperti seorang bayi yang dilahirkan ibunya”.
Solat Tarawih boleh dilaksanakan
dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan
disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2
kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata:
“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.”
~Riwayat Bukhari
“Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat.”
~Riwayat Bukhari
TUJUAN
- Solat Tarawih adalah ibadah untuk menghidupkan malam Ramadan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
- Menggunakannya untuk menghafal kembali surah al-Quran.
- Mengharapkan kerahmatan dan keampunan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”
~Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
“Sesiapa yang melakukan solat malam pada Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan dan keampunan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu.”
~Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

selingan, yg mana 1 kita?? ..heeee
BACAAN SURAH
- Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
- Kebanyakan orang biasanya adalah dengan membaca surah-surah lazim:
3. Bermula malam ke 16, boleh juga
dibaca mulai daripada surah al-Lail pada rakaat pertama sehingga surah
al-Masad, iaitu 20 surah bagi 20 rakaat solat Tarawih.
CARA MELAKUKAN SOLAT
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti
solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat
satu salam, ini berlandaskan kepada hadis:
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
~Riwayat Jamaah
“Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.”
~Riwayat Jamaah
1. Niat:
2. Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
Setelah selesai melakukan solat fardu dan
solat sunat Ba’diah Isyak, maka bolehlah dimulakan Solat Tarawih dengan
bacaan-bacaan berikut.
F. Baca doa berikut selepas selesai rakaat ke 8 atau ke 20, iaitu rakaat terakhir solat Tarawih.
Doa Solat Tarawih
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.
Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk di atas Tahta Kehormatan di dampingi bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!
اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]
Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.
Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!
G. SOLAT SUNAT WITIR
A. Setelah selesai Solat Tarawih, sebelum meneruskan solat sunat Witir. Bilal akan menyeru:
Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
Disambut jama’ah dengan lafaz;
Bersolatlah. Tiada Tuhan melainkanAllah.
B. Cara Melaksanalam 2 Rakaat Pertama
1. Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
* Sekiranya solat sendirian, tinggalkan perkataan di dalam kurungan;
Daku solat sunat Witir dua raka’at kerana Allah Ta’ala.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun
C. Selawat Selingan
- Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
Ya Allah! Kurniailah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan pemimpin kami Muhammad SAW.
2, Jama’ah menyambut dengan ucapan;
Ya Allah! Berilah kesejahteraan dan keselamatan ke atasnya (Muhammad SAW).
D. Cara Melaksanakan Satu Rakaat Terakhir
- Jama’ah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
* Daku solat sunat Witir satu raka’at kerana Allah Ta’ala.
2. Pada raka’at terakhir, selepas Fatihah, dibaca 3 surah berikut:
- Al- Ikhlas
- Al-Falaq
- An-Naas
E. Berdoa Qunut
Bermula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca Doa Qunut selepas berdiri tegak dari rukuk, iaitu belum melakukan sujud pertama.
F. Berdoa
- Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan tasbih sebelum berdoa:
2. Boleh dibaca doa-doa berikut:
Peringatan
*Lafaz niat di atas boleh digunakan untuk
semua orang. Jika menjadi imam atau makmum, pilih salah satu perkataan
tersebut dari dalam kurungan. Jika solat berseorangan perkataan di
dalam kurungan tidak perlu dibaca.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang
disebutkan itu hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat
sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana surah atau ayat
yang diingatnya.
*Begitu juga tentang peraturan berselawat
antara rakaat-rakaat solat sunat tarawih kerana tujuannya adalah untuk
menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.
Penutup
Demikianlah cara-cara menunaikan Solat
Sunat Tarawih dan Sunat Witir untuk mencari keberkatan, kurniaan dan
keampunan Allah pada malam-malam bulan Ramadhan yang mulia ini dan
terpulanglah kepada individu memilih dan mengikuti cara yang sesuai
mengikut kemampuan dan keikhlasan diri masing-masing..
والسلام
Jutaan terima kasih kepada :
shafiqolbu
Gambar dari : Google
Tuesday, November 29, 2011
❤♬ Majlis Convo Tadika Nur Danish @ Mahkota Hotel Melaka ♬❤
Date : 26 November 2011
Time : 2.00PM-5.00PM
Location : Mahkota Hotel Melaka (formerly known as Century Mahkota Hotel)
Time : 2.00PM-5.00PM
Location : Mahkota Hotel Melaka (formerly known as Century Mahkota Hotel)
HAZYQ after disolek oleh make-up artist ..hahaha, sib baik refused pakai lipstick ...Anak chicken ni sexy sket, pakai pampers ler plak ...may b dia x confident, nnt terkencing ke kan ...heee
tangkap gambo b4 persembahan ...hazyq ni pemalu sikit TAPIIII kat rumah dia lah George, George of The Jungle ..hahahaha, bila ngan orang ramai terus 'menikus' ..eh mcm aku zaman dedulu aje :))
Nak tengok video ??? Klik SINIIIIIIIIIIIIIIIIIII
(alamak video xleh upload ler plak, aiseyman)
Nak tengok video ??? Klik SINIIIIIIIIIIIIIIIIIII
(alamak video xleh upload ler plak, aiseyman)
Ucapan dari wakil pelajar, adik farah ..ckp 3 language, malay, chinese and english ..
Persembahan koir english & malay song, tajuk dah lupa...nanti balik aku refer kat jemputan balik :)) heheh
Persembahan taster 'Aci, Aci Buka Pintu' ...Hazyq jadik clock ..lepas tu bukannya nak menyanyi ...dia tercegat aje jadik pak guard padahal kat rumah bukan main melalak lagik !!! .. adess Hazyq ! Hazyq !
Nak tengok videonya ?? Klik SINIIII
(video x dpt upload, blog aku dah FULL ke ye??? )
Penyampaian hadiah buat teacher2, eh ada Cabutan Bertuah ..aku ada menang gek ..hehehe, hadiah x seberapa la ...saje amik hati sbb rumah aku sblh tadika kot ...Sometimes sponsor kek, minum2 & jajan to the TADIKA
Huh lepas aje persembahan and makan2 Hazyq terus ajak balik,...ni bergambo kat luar dekat swimming pool depan HIBISCUS HALL 1 & 2. Talking about the FOOODDDDD is SUPERRRRBBBB, x sia2 byr ..xde la byk mana byr but worth it for money la ..rasanya if ada buffet i recommend Mahkota Hotel la ....So yummylicious tau !! Aku still teringat2 Kek2 depa, pdhal dia org buat KEK SPONGE jo ! Skills is the KEY kot !!
x bawak spender la ..if not buleh berenang2, aku pun rasa mcm nk jadik ank itik aje but Public sangat this place ..eee
Inilah si bujang aku ni ...pemalu tapi mahu, garang tp penyanyang (ni pungut pesaka abah dia ni) ...sabo aje la ngan perangai dia ..well, mintak2 thn depan he's more 'open' and 'wanna get involved' ...xnak control macho mcm this year ..pepe pun aku 'proud of him' ...dah achot aku kan ?? Dia la satu2nya ..NO dua, tiga !
si budak momot pakai jubah convo, 2011 ni convo 4 thn, 2012 thn depan convo 5 thn ...thn depan lagik 6thnnya convo ..hahaha, berapa kali convo daa !! mana ler hazyq x bad mood, kene pakai baju ChICKEN 1, lepas tu sbb kene pakai jubah warna pink, dah ler dia tu anti-PINKY ..Pink hanaya utk ChaCha (ank sedare pompuan aku)
Yang gelihatinya si hazyq ni ..lepas aje Datuk Syukor (orang Kementerian Pelajaran) tu bagi dia cert tu dia bg Datuk Shukor tu balik the cert, errr ada ke mcm tu?? ...itu ler yg gelihati tu ..hahahah, nmpk la 'ketidakmatangan' si RAQHLY HAZYQ ni
Persembahan akhir - Chicken Dance ..Hazyq dah LESAPPPPPPP ...kureng dah 1 korum dah!!, Aku tolak2 dia suruh naik pentas dia xnak jugak ...rasa mcm nak DEBEK aje !! ...
Subscribe to:
Posts (Atom)

















