Friday, June 05, 2020

╰⊰✿´•*¨* Recreate the Basque Burnt CheeseCake Ala 'The Tokyo Restaurant’s 6th Avenue' Yang Viral ╰⊰✿´•*¨*



min belek2 kat tenet ni & suddenly this article bump into my intention heee ... so, min decided nak try out .. katanya cheesecake ni mendominasi carta teratas cheesecake dan mendapat ulasan hangat di Malaysia ni, viral.. yolah kita try la ye as per claimed is verifiable - (able to be checked or demonstrated to be true, accurate, or justified.) and veracious -(speaking or represent the truth) or N-O-T kan? lau rasa cam cekodok cemana?? hikhik ..

katanya lagi cheesecake tokyo ni mengambil recipes dr Basque Country of Spain... wow-wi !. Basque tu maksudnya kerak caramelnya yg 'rustic' yg dibakar pd suhu tinggi dan dalamannya yg 'wobbly' gittew .. hish kerak jek pun heheh ...ok jom kita start


source : https://www.buro247.my/lifestyle/insiders/recreating-burnt-cheesecake-tokyo-restaurant.html
edited & translate by : callmemissrose@redroses2u.net


Basque Burnt CheeseCake Ala Tokyo Restaurant Isetan BB KL
------------------------------------------------------------------------

generate : 5 inch mould x 4, 5-6 persons
 
bahan2nya :-)
--------------------


  • 600g krim keju
  • 200g gula kastor or brown sugar (gula perang)
  • 5 (~ 250g) telur sederhana
  • Whipping Cream 280ml
  • 25g tepung serba guna
  • 1 sudu besar (15ml) jus lemon
  • 1 sudu teh essence vanilla
  • ½ sudu teh (3g) garam



cara2 membuatnya :-)
---------------------------------


  • 1. sebelum anda memulakan, pastikan anda mengeluarkan krim keju dan telur dari freezer 1 jam sebelum anda menggunakannya untuk mendapatkan suhu bilik.
  • 2. alaskan acuan dengan parchment paper supaya tidak melekat setelah dibakar.
  • 3. panaskan ketuhar anda hingga 200 ° C (untuk yg ada fan 210 ° C ).
  • 4. pukul krim keju/cream cheese dan gula perang pada kelajuan sederhana selama kira-kira 5 minit sehingga rata. .. rendahkan kelajuan mixer pd paras rendah dan tambahkan telur satu demi satu .. 
  • masukkan krim, tepung serbaguna, jus lemon dan garam, dan gaul hingga semuanya sebati


  • 5. tuangkan adunan cheesecake ke dalam acuan dan bakar segera di dalam oven selama 50-55 minit. Pada tanda 15 minit, putar krim keju/cream cheese untuk membolehkannya masak sekata .. selepas 20 minit dibakar, uji cheesecake dengan memberikan goncangan lembut. Bahagian tengahnya harus sedikit goyah/wobbly jiggly seperti jello-like
  • naikkan suhu ke 220 degrees pd last 10 mins, boleh guna api atas shj
  • test ngan 'cake tester' or lidi, jika ia keluar dengan bersih, cheesecake sudah masak! 
  • keluarkan kek dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya selama 25 mins di rak sebelum mengeluarkannya dari acuan tuk dihiaskan ... boleh hias dgn buah2an seperti mango, dragon ball, strawberries or such ...



  • 7.  rasanya akan lebih yummy setelah di'freeze'kan selama 1- 2 jam. cadangan boleh mkn ngan sedikit krim putar.









No comments: