N3 kali ni pasal peria aka kambas. Hmm saya suka sayur peria ni sbb rasa pahitnya dan berkhasiat untuk kesihatan lagi ....jom intai apa khasiatnya/ kaedah memasak serta petua menghilangkan pahitnya :
--------------------------------------------
- Rendam peria yang telah dipotong ke dalam air beras sejam sebelum dimasak.
- Bancuh 1 sudu garam dengan semangkuk air . Masukkan peria yang telah dipotong dan biarkan selama 5-10 minit. Toskan dan sedia untuk dimasak.
- Rebus peria terlebih dahulu tapi jangan terlalu lama. Toskan airnya dan masak seperti biasa
-----------------------------------------
- #1 Merawat Buasir
- Ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi, mampu merawat buasir.
- #2 Merawat Panas Dalam Badan
- Air rebusan buah peria berfungsi untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.
- #3 Baik Untuk Pesakit Kencing Manis
- Buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi diabetik. Buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula didalam darah.
- #4 Baik Untuk Kulit
- Peria berupaya menghalang pertumbuhan jerawat kerana berfungsi sebagai penulen darah. Jika mengalami masalah kulit seperti bisul, kudis dan penyakit kulit yang lain, amalkan meminum air perahan peria bersama dengan limau selama empat hingga enam bulan.
- #5 Merawat Penyakit Taun
- Peringkat awal taun boleh dirawat dengan campuran jus daun peria katak dengan jus bawang merah dan jus limau.
- #6 Mengurangkan Masalah Mata
- Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Disitulah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.
- #7 Mempertingkatkan Masalah Pernafasan
- Peria juga baik untuk paru-paru. Campurkan jus peria katak dengan madu. Amalkan minum setiap hari untuk merawat masalah asthma (lelah).
- #8 Membaiki Masalah Hati
- Buah peria baik juga diambil bagi golongan yang kerap mengambil minuman beralkohol kerana mampu membersihkan toksin didalam badan terutamanya toksin yang tersimpan didalam hati. Sekaligus dapat merawat penyakit jaundis yang berpunca dari hati bermasalah.
- #9 Menggalakkan Penghasilan Susu
- Bagi golongan wanita yang mengalami masalah kekurangan susu badan. Rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi. Elakkan memakan peria mentah atau memakan peria sahaja tanpa makanan yang lain, kerana rasa pahit ini boleh masuk ke dalam susu badan yang boleh membantut selera bayi.
- #10 Merawat Masalah Haid
- Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang datang bulan. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang (tidak cukup bulan).
Cara2 PenyediaanNya How's To Stepz-By-Stepz :-
-------------------------------------------------------------------
- Peria dbasuh pstu hiris2 n tapis skjp...jgn smpi kering sgt sbb nnti rempah2 x melekat kt peria... Lau nk buat bentuk bulat pun cun gek ...
Msih basah2 skit letak :-
- Garam, ajinomoto skit
- Srbuk kunyit
- Sbuk jintan ksar
- Sbuk jintan mnis
- Srbuk kri ayam
- Srbuk kari ikn
- Srbuk cili
- Sbuk ktumbar
- Dh ltak srbuk rempah2 bru ltak tpung gndum skit..lbih pun xpe...Gaul2 smpi rata n melekat
- Minyak biar btl2 pns bru msukkn peria tdi...ltak satu2 jgn ltak byk2 sbb klu ltak byk2 peria x garing nnti...x rangup...grg yg last bru campak daun kri...
- Ni lah hasil nye garing n rangup ..Daun kari boleh digoreng bersama peria, or goreng dan taburkan kemudian pun sokay jek :-) ... Selamat Mencuba !! :_)
•*¨*•.¸¸❥ Pelbagai Masakan Sayur -> Peria Goreng Rangup Bersama Daun Kari •*¨*•.¸¸❥
No comments:
Post a Comment