Friday, September 11, 2015

╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸ 5 Cara Bakar 300 Kalori Di Rumah Dengan Cepat╰⊰✿´•*¨*•.¸¸❥¸

Nak kurangkan berat badan? Nak kurus sikit demi sikit? Lemak kat perut dah makin mengganas? Kenalah buat aktiviti untuk bakar kalori. Dengan beberapa aktiviti mudah yang biasa kita buat di rumah, mungkin dengan sedikit tambahan masa (macam main bola sepak pulak daa), kita mampu membakar hampir 300 kalori dengan cepat dan mudah.


  • 1. Main lompat tali. Biasa main tali skipping tak? Senang-senang kita boleh bakar 300 kalori dengan main lompat tali selama 30 minit. Caranya, lompat 5 minit, rehat seminit. Lompat lagi 5 minit, rehat seminit. Sambung sampai habis 30 minit. Kalau rajin lagi, hentamlah sejam. Jangan pengsan sudahlah. Takde tali skipping, pakai tali rafia pun boleh! Kalau rajin, buat tiap-tiap hari.




  • 2. Menari/senaman aerobik. Tak tahu nak mulakan senaman kuruskan badan? Senaman bakar kalori? Sila guna youtube. Berlambak video aerobik asas yang ada. Cari tarian/senaman aerobik bawah 40 minit untuk bakar 300 kalori. Cuba dulu ikut rentak cikgu aerobik tu. Mula-mula memang payah nak ikut, maklumlah macam-macam gaya kena buat. Badan pun keras semacam, cuba dulu. Pasti badan berpeluh-peluh dibuatnya!



  • 3. Buat-buat rajin susun perabot rumah. Ok, yang ni bukan tiap-tiap hari nak kena buat, tapi dah kalau ada ‘penyakit’ suka susun perabot, silakanlah. 300 kalori boleh dibakar dengan cepat bila kita buat aktiviti alih dan susun perabot ni. Biasanya ia akan ambil masa kurang sejam. Kalau mainan anak-anak bersepah, itu pun boleh dijadikan aktiviti bakar kalori juga,kan?





  • 4. Main naik turun tangga. Nak lagi best, sengajakan diri anda tertinggal barang kat tingkat atas (kalau rumah dua tingkatlah). Buatlah kerja naik turun tangga ni selama lebih kurang 30 minit untuk bakar 300 kalori. Nak lagi bagus, habis main naik turun, mop terus tangga tu sekali. Bakar lagi beberapa ratus kalori. Oh, indahnya!





  • 5. Ubah gaya tengok tv. Kalau sebelum ni, pantang jumpa tv kita terus baring tak bangun-bangun. Cuba kita ubah dengan bangun setiap kali iklan. Iklan kat tv memang banyak, kan? Jadikan rutin untuk sentiasa bergerak. Jangan amalkan makan jajan/cekedis waktu tengok tv. Boleh?

Sekian dulu tentang 5 cara mudah dan cepat untuk anda bakar 300 kalori hanya dengan melakukan aktiviti di rumah.





No comments: