Wednesday, June 24, 2015

*¨*•.¸¸❥ Kari Daging Edisi BondaKu (My Mom's Lamb Curry) *¨*•.¸¸❥






N3 kali ni pasal kari daging my mum...hmm my mum memang pandai masak sbb puluhan tahun jadi tukang restoran merangkap 'private chef' juga abahku ! ...ahaks ...so mmg kene menuntut dari dia tapi ntah la i ni mcm suka sikit nak modified sini sana ikut citarasa sendiri...

Kat sini disertakan pula bagaimana mendapatkan daging yang enak b4 kita masak kari daging ni, saya x letak the 'source from' sbb byk yang saya gugel...Biasa la kan nak masak kene lah prepare and do some homework sikit so that the result tu will be superb duperb !! ..rasanya bkn masak je ....bab kerja, study, mati and all seme kene prepare ..rite ?? okies ..Lagi pun untuk rujukan aku kini dan selamanya jugak tak pun if uols terbaca blog aku ni ...wahh bagus si rose ni ada petua bagai ...copy sikit hahaha   ...ok jom cont lagi ... :-

Lor panjangnya intro ....sowiiii ya ampun !!  :)  

 

.: Cara2 Mengempukkan/Melembutkan Daging :.
  • Kebanyakan daging yang di beli di pasar sukar menjadi empuk setelah direbus dalam masa yang lama. Bagi memudahkan daging menjadi empuk dalam masa yang singkat, cuba masukkan sedikit cuka makan ke dalam periuk ketika merebus daging tadi. Insya Allah daging akan menjadi empuk dalam masa yang singkat.
  • Bila masak gulai daging, masukkan juga buah keras yang telah ditumbuk lumat ke dalam gulai tersebut..Pic buah keras mcm kat bawah ni ya >_<
  • Bila masak daging dalam periuk belanga, cuba masukkan sebatang sudu yang diperbuat daripada termbikar (????? hah konpius aku)
  • Untuk masak daging supaya empuk cuba carik betik muda yg masih kecil. Buang kulit dan bersihkan, Kemudian hiris dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam masakan gulai tersebut,
  • Tempe boleh juga mengempukkan daging. Ambil sepotong tempe dan masukkan sekali ke dalam gulai yg dimasak
  • Gunakan daun pisang abu (daun pisang lain or daun lain aku x sure k ..dah petua tu kata gitu ..polo je la mak jemah ..) dan lapkannya dulu sampai bersih. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak - sila rujuk gambar pisang dan daun pisang ...aku ni buta pisang uols usha2 la kat mak2 uols or sedare mare ...kang salah terambil pisang ali uols jgn mara aku wei ..
  • Ambil setengah atau sebiji pinang tua. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging - sila rujuk gambar, keyword adalah TUA ya ...sila ingat betui2 ..aku rasa maksudnya pinang yang dah matang ler tu ...dah baligh bukannya mumaiyiz ...got the point ?? ..kuikuikui ...


.: Nota Kaki Tangan :.  Tercuit dan rasa mcm gelihati je bila bc petua2 ni ...yang penting korang buat je apa yg ada depan mata dan paling senang mengikut firasat uols...nak cari pinang tua bagai nk buat lagu mana ?? Pokok pinang pun dah pupus da ...

.: Merangupkan Ayam Goreng :.
  • Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup. Ni i selalu nampak my mum nad makcik buat masa kenduri kendara ...Mmg habis licin ayam gorengnya hehe

.: Hilangkan Bau Hamis Daging :.
  • Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
.: Petua Melembutkan Daging Goreng :.

  • Kawan Chinese saya pun pernah masak di rumah kami. Kebetulan ada daging payau (daging rusa). Jadi, saya minta dia yang masakkan. Caranya, dia perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan soda bikarbonate selama 5-10 minit. Kuantiti tu tak banyak sangat. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak. Kemudian, boleh la digoreng macam biasa...Daging tu memang akan lembut. Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu...Korang jangan amik plaks baking powder ...hak ni berasid ...soda is alkaline ...



.: Bahan2nya :. -)
  • 600 gram daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
  • 4 biji kentang saiz sederhana, kupas belah 4 setiap 1 dan rendam
  • 1 biji tomato, belah 6
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 camca besar kerisik -
    aka kelapa goreng - my mum buat sendiri tau ! Kisar sisi kelapa dan goreng tanpa minyak sampai kering dan garing ...nnt boleh blend je ngan bawang2 ngan bagai ...this is her secret for a few decades ...wow !
  • 1 camca besar cili kisar
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging (mat guna jenama Baba's)
  • 1 liter santan cair
  • 300 ml santan pekat
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa

.: Bahan2 Tumis :.

  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai dan kari, dilurut

.: Bahan2 Dikisar Halus :.

  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 2 keping hirisan nipis lengkuas

.: Cara2 PenyediaanNya :.

  • Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum. Tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak, guna api sederhana dan dikacau selalu.
  • Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Masukkan kentang, gaul rata dan tuang santan cair. Biar mendidih dan masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan santan pekat. Kacau rata.

  • Tambah garam secukup rasa dan juga gula melaka, masak sekejap. Tambah tomato, kacau rasa dan jika ok, matikan api. Biar tomato masak dalam kuah kari tadi. Hidangkan..



~* Semoga Bermanfaat & Selamat Mencuba Uols *~







No comments: