Ada juga kediaman yang memasang batu berlapis-lapis atau jubin dinding. Tempuk dada, tengok bajet.
3 tip bagaimana kita boleh menentukan feature wall rumah kita.
Cara #1- Dinding Pertama Yang Kita Nampak
Apabila kita memasuki rumah, dinding pertama yang kita nampak itu feature wall. Setiap ruang mempunyai empat dinding, satu dinding dijadikan feature wall dan tiga dinding yang lain dijadikan dinding biasa. Tiada masalah kalau dinding itu paling panjang.Cara #2- Dinding Yang Tidak Bertingkap
Dinding yang mempunyai bukaan seperti tingkap atau pintu tidak sesuai dijadikan feature wall. Ini perlu dielakkan terutama sekali jikalau kita memasang feature wall ini dengan kertas dinding dekorasi. Bukan sahaja kita rugi membelinya, malah corak yang terdapat pada wallpaper tidak kelihatan kerana tingkap dan pintu sudah menganggu dan mengambil keseluruhan ruang dinding.Pilih dinding yang kosong/polos. Rujuk gambar dibawah.
Cara #3 – Dinding Belakang Perabot
Kebiasaannya feature wall hanya terdapat di dua tempat sahaja iaitu di ruang tamu dan di bilik tidur.Ruang Tamu = Dinding yang berada di belakang TV atau dinding yang berada di belakang sofa. Selalunya susun atur ruang tamu, kita akan meletak sofa paling panjang (sofa tiga tempat duduk) disandarkan pada dinding. Dinding yang terdapat sofa tiga tempat duduk itu dijadikan feature wall.
Bilik Tidur = Kepala katil.
NOTA: Tidak mengapa kalau feature wall kita berbeza daripada tiga cara ini, kerana tip yang dikongsikan ini yang biasa dilakukan pada kediaman. Ada juga rumah yang terdapat dua feature wall pada ruang tamu.
Feature wall di kitchen area
No comments:
Post a Comment