Untuk sentiasa ramping bukanlah satu perkara yang mudah bagi anda yang mempunyai masalah berat badan yang tidak menentu. Namun begitu, jangalah anda risau. Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya”... InsyaAllah ...
Ada juga cara untuk membantu anda agar tetap kelihatan ramping. Jadikan cara tersebut sebagai rutin harian anda.
1. Berjalan kaki dapat membantu anda menurunkan berat badan. Pastikan anda berjalan kaki sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari untuk membakar lemak badan terutama di bahagian kaki anda. Selain itu, anda juga boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan latihan naik turun tangga. Untuk memastikan anda ‘maintain’ badan yang ramping, latihan perlulah dijalankan secara konsisten.
Health Walking
3. Minum segelas air kosong sebelum makan akan memberikan anda rasa kenyang sekali gus menghindarkan rasa lapar yang berlebihan. Biasakan diri dengan meminum air kosong sebanyak 8 gelas atau lebih tiap-tiap hari.
4. Lakukan senaman yang sesuai mengikut bahagian badan setiap kali anda bangun dari tidur pada waktu pagi:
- a. Perut
- b. Lengan
- c. Kaki
5. Membataskan diri daripada mengambil makanan berlemak atau bergoreng. Biasakan diri dengan makanan yang dikukus dan direbus. Amat jarang sekali mereka yang berbadan ramping mengamalkan pemakanan yang bergoreng.
6. Mengambil sarapan setiap hari. Bagi anda yang tidak bersarapan, anda akan cepat lapar dan seterusnya mendorong anda mengambil makanan dengan banyak pada waktu tengah hari. Untuk menjadi ramping bukanlah bererti anda tidak perlu makan. Hal ini akan memburukan lagi keadaan sekiranya diamalkan. Pastikan anda makan dengan konsisten bagi memulihkan tenaga.
7. Biasakan diri makan banyak kali tapi dengan jumlah yang sikit. Jangan biarkan diri makan sekali sahaja tetapi dalam jumlah yang banyak. Makan hanya bila lapar dan ketika sebelum kenyang.
8. Tidur mencukupi adalah baik untuk tubuh. Penelitian yang dilakukan di The University of Chicago membuktikan bahawa tidur dapat mempercepat metabolisme badan sebanyak 40%. Hal ini adalah salah satu perkara yang diamalkan pada mereka yang berbadan ramping.
9. Biasakan diri dengan minum teh hijau sekurang-kurang tiga cawan sehari. Hasil kajian yang dilakukan oleh The University of Swizerland mendapati bahawa the hijau dapat membantu membakar kalori di dalam badan. Ramai ‘amoi’ atau gadis cina mengamalkan meminum teh bagi kekal ramping dan berseri.
11. Elakkan makan baki lauk-pauk yang tidak dapat dihabiskan. Mungkin anda ingin berjimat tetapi perut anda bukan tong sampah. Makanlah ketika anda benar-benar lapar sahaja dan berhentilah makan sesudah kenyang. Jika anda rasa sayang untuk membuang makanan yang berlebihan, simpannya saja dalam peti sejuk untuk keesokan hari.
12. Amalkan tabiat memberus gigi setiap kali selepas makan. Ini dapat membantutkan tabiat mengunyah makanan yang bukan didorong oleh rasa lapar. Anda tentu rasa malas hendak makan kerana perlu memberus gigi setiap kali selepas makan. Di samping ramping, mulut juga akan menjadi bersih.
No comments:
Post a Comment