Tuesday, February 12, 2019

•*¨*•.¸¸❥ Cara2 Mendapatkan Donut Gebuz Gebaz & Lembut V2 ... •*¨*•.¸¸❥


hari ni buat lagi N3 pasal donut heheh, donut V2 plaks sbb nak try pelbagai cara untuk mendapatkan donut yg gebuz lagi mulus, turn out that the first N3 is the BEST ever !! dan katanya N3 tsebut bakery's recipes ... wallahua'lam ...agaknya betul la kot sbb that doughnut is still delish soft even dah 2-3 hari .. may be sbb ada baking powder min pun x sure ... 

ironiknya bahan lebih kurang sama jek, heee ...  lau ada recipes lain in shaa Allah min akan cuba lagi sbb misi mencari #towardsgebuzdonut .. hah gittew ! .. min nk cari yg tbaek & stick to that recipes 4eva & share 2 uols ... in shaa Allah ! sbb min percaya seme org pndi masak tau ...

ok jom tgk another version yg xde la mengecewakan but min lg suka first version la ... juga baca tips untuk ketahui cara menguji sama ada yis masih elok atau mati : yeast starter method .. orait jommm layannn ...


Resepi Asal : Donut Gebu
Source : daridapuraida.blogspot.com


:: Bahan2Nya ::
---------------------------
•*¨*•.¸¸❥  1 kg tepung gandum
•*¨*•.¸¸❥  1 paket yis (serbuk)
•*¨*•.¸¸❥  2 sudu besar susu pekat
•*¨*•.¸¸❥  1 susu besar gula pasir
•*¨*•.¸¸❥  secubit garam
•*¨*•.¸¸❥  1 sudu besar marjerin
•*¨*•.¸¸❥  air secukupnya..


:: Cara2 MembuatNya ::
---------------------------
•*¨*•.¸¸❥  - campurkan yis, air suam, gula ke dalam satu bekas kacau dan tunggu yis naik
•*¨*•.¸¸❥  - dalam bekas lain masukkan semua bahan kering (tepung + garam )
•*¨*•.¸¸❥  - buat lubang di tengah tepung masukkan yis dan gaul rata ..pic mcm kat bwh ni sbg rujukan ye :D


•*¨*•.¸¸❥  - masukkan susu pekat dan air sedikit2 - uli hingga jai doh yang lembut... - masukkan marjerin dan uli lagi sehingga lembut.





•*¨*•.¸¸❥  - rehatkan doh sehingga naik sekali ganda (ke 2x ganda eh, konpius min ?), jgn lupa tutup bekas dengan tuala lembab k... rehatkan selama 45mins - 1 jam .. pic mcm kat bwh ya ..





•*¨*•.¸¸❥  - bila doh dah naik tumbuk2 doh tersebut tuk buang angin dlm doh tu... then uli sat kemudian terapkan bentuk nya.. nak terap ni plz guna tepung gandum ye sbb doh tu mmg lembut/lembik sket tau ... terpulang suka bentuk apa ... dr pengalaman min, bentuk2 yg pelik sukar utk 'stay in shape' gittew apbl digoreng nnt ..


•*¨*•.¸¸❥  - biarkan seketika sehingga doh naik sekali lagi (estimate dlm 1/2jam gitu), bila nmpk donut yg telah diterap tu agak 'bam bam' tu boleh la goreng ...



•*¨*•.¸¸❥  -boleh digoreng dengan minyak sederhana ganaz ye ... goreng sehingga keperangan mcm pic bawah ya (cam hangui je min :D ) *ahaks *

•*¨*•.¸¸❥  - lepas goreng boleh la disalut gula icing, min dunk in the chocolate glaze and taburkan peanut atasnya ... same jek mcm first version hari tu...


(sorry ye, semomeh sket :D .. min lum pro lagi ler :D ekus me ... )







:: Cara Menguji Sama Ada Yis Masih Elok atau Mati :  YEAST Starter Method ::
---------------------------------------------------------------------------------------------



Yis kering jika disimpan lama akan mati dan tidak dapat mengembangkan doh. Begitu juga jika ia sudah dimasuki angin. Oleh itu, bagi menguji sama ada masih elok atau tidak, kita boleh lakukan ujian yeast starter. Ujian ini dapat mengelakkan kita kecewa akibat dari menghasilkan roti yang tidak akan naik atau mengembang.

(1) Hangatkan cecair yang dinyatakan dalam resepi. Contohnya, jika resepi menyatakan sukatan air yang diperlukan adalah 1/2L, gunakan 1/2L air tersebut. Anda tak perlu gunakan sukatan air lain (untuk mengelakkan penggunaan terlebih air). Hangatkan biar lebih hangat dari suhu badan tapi jangan sampai anda tidak boleh memasukkan jari anda dalam air; lebih kurang suhu antara 43C – 46C.

(2) Masukkan 1 - 2 sudu teh gula ke dalam air. Gula selebihnya boleh dimasukkan ke dalam campuran tepung. Kacau hingga gula larut, barulah boleh dimasukkan yis.

(3) Masukkan yis mengikut sukatan yang dinyatakan dalam resepi. Kacau perlahan-lahan hingga yis larut. Biarkan sebentar.

(4) Dalam masa 5-10 minit anda akan lihat satu permukaan berbuih berwarna perang di permukaan atas air. Yis anda sudahpun mula membiak dan mengembang.

(5) Bolehlah anda gunakan campuran yis ini di dalam resepi anda. Pastikan jangan terlebih gaul campuran yis ini ke dalam adunan tepung kerana sel yis mudah rosak dan mati.

(6) Jika dalam masa 15 minit yis masih tiada perubahan (tidak terbentuk buih atau bubble), kemungkinan yis anda memang rosak atau sudah mati. Terpaksalah anda buang dan buat sekali lagi (atau guna peket yis lain)

Sumber : http://zachoes.blogspot.my  dan google (gambar)




No comments: