Tuesday, April 10, 2018

•*¨*•.¸¸❥¸ Kek Roti Pedas/ Lasagna Roti Pedas (Spicy Bread Cake/ Spicy Bread Lasagna) •*¨*•.¸¸❥¸



semangat buat N3 ni almaklum la dah lama 'rusty blade' in my henpon hahaha ... sy panggil kek roti pedas jek la sbb cakes means 'in-layer' but nak panggil Lasagna Roti pun sokay .. ada jugak N3 tdahulu  Version 1, Version 2 sebelum ni .... Resepi ni mbantu saya sbb byk lebihan roti di rumah hee .. selain Puding Roti boleh la versi spicy ni ... Semoga kita mendapat manfaat bersama ye :-) ..InsyaAllah ...


Kita tengok dulu cara2 membuat INTInya ...

Cara2 Membuat Inti :-
-----------------------------------



saya gunakan ayam kunyit cerita semlm hehehe ... sayang rezeki tlebih .. tp kat beh ni resepi asal from scratch ya ..


:: Bahan2 Untuk INTINya ::
--------------------------------

  • ⊰✿ 250g daging cincang (if bekas besar lebihkan)
  • ⊰✿ 2 sosej (hiris-optional sekadar memeriahkan)
  • ⊰✿ 1 biji bawang holland (dadu)
  • ⊰✿ 3 biji bawang putih (cincang)
  • ⊰✿ 4 sudu sos pasta (sos tomato pon boleh)
  • ⊰✿ 4 sudu sos black pepper
  • ⊰✿ serbuk paprika (optional-den tambah)
  • ⊰✿ mixed herbs (optional-den tambah)
  • ⊰✿ 3 inch carrot (dadu) - blh guna mix vege
  • ⊰✿ 1 batang cili merah (hiris halus)
  • ⊰✿ 1 batang cili hijau (hiris halus)
  • ⊰✿ daun sup (hiris halus)


:: Cara2 Membuat INTINya ::
---------------------------------

  • ⊰✿Panaskan minyak, tumis bawang holland & bawang putih sehingga wangi.
  • ⊰✿Kemudian masukkan carrot, masukkan daging cincang & sosej. Masak sehingga daging empuk.
  • ⊰✿Selepas daging empuk, masukkan sos pasta & sos blackpepper. Gaul sebati.
  • ⊰✿Letak serbuk paprika & mixed herbs. Gaul sebati.
  • ⊰✿Masukkan cili merah, hijau & daun sup.
  • ⊰✿Gaul rata. Masak sekejap. Siap, ketepikan & biar sejuk.







:: Bahan2 Lain ::
----------------------

  • ⊰✿roti gardenia (atau apa2 roti, berapa keping ikut bekas)
  • ⊰✿12 slice cheese (sama mcm roti-ikut bekas)
  • ⊰✿½ cawan mozzarella cheese (parut-optional)
  • ⊰✿100ml susu segar
  • ⊰✿2 biji telur
  • ⊰✿marjerin (untuk gris tray)



:: Cara2 Melapis Roti Lasagna ::
------------------------------------

  • ⊰✿Gris tray dengan majerin - sy guna styrofoam
  • ⊰✿[2]. Kacau telur & susu sehingga sebati. Celupkan roti dan susun roti dlm tray rapat² - in my case kene bg dia bulat ...
  • ⊰✿Kemudian letak inti di atas roti dan ratakan.
  • ⊰✿[5]. Letak slice cheese di atas inti. - sy cut off calories, guna sikit2 jek cheesedale
  • ⊰✿Ulang cara 2-5
  • ⊰✿Layer yg atas sekali tabur mozzarella - sy skip this part
  • ⊰✿Bakar 160-180°c (ikut oven masing²) - 40minit
  • ⊰✿Serve !!









 










⊰✿sekian .. selamat mencuba ... mcm biasa ada quotes 'food for the brain' hehehe ... 

⊰✿ the end ⊰✿

No comments: