Thursday, September 01, 2016

•*¨*•.¸¸❥ My First HomeMade Classic Waffle UnTuk Minum Petang >_< •*¨*•.¸¸❥


Sy baru beli Waffle Maker (L-O-V-E shape not the S-Q-U-A-R-E tu) from Shopee hari tu, so kene la test-out the quality brg yg dibeli kan?? Mmg murah la for the price of MYR48.00 (tuk shape lovey-dovey, square is MYR42.50 jek lagi) plus wah mmg best dan quality dia mmg superb ! ...only concern sikit rsnya sz dia a bit thinner/smaller (tp more crispy rite?? ) dr waffle yg kita beli di kedai2 tu kan .. may be that one 'business commercial' size kot .... but pepe pun sy enjoi jek ms making this .... add on kitchen assistant yg rajin bebenor la hai (tq syg wp menyibuk jek, tp leh jadi future-hubby idaman hati somebody nnt ni ..in shaa Allah) ....taaapiiii masak waffle, wafflenya hangus ngee  ....>_<

Apa pengertian Waffle ni ? Menurut mr Wiki Malay "Wafel adalah kuih yang terbuat dari adunan atau kuih yang terbuat dari adunan yang dimasak dalam cetakan waffle or 2 plate yang bermotif/bercorak untuk memberikan ukuran, bentuk, karakter dan kesan dipermukaannya. Ada banyak variasi berdasarkan jenis dan bentuknya".

Oh ya recipe sy amik dr allrecipes.com..  ada byk versi waffle ni ...so br 1st time nk buat sy opt for Classic Waffle la senang ...budak br belajau katakan ... InsyaAllah more version of me coming soon (ckp eksen jek udahnya MALAS ..heheh) ....





Tab tu kene msk dlm ingredients list sbb nk tgk recipes ahaks ..






"A lovely, crispy waffle perfect for the morning."
Bahan2Nya :-
--------------------------






Directions

  1. Masukkan tepung + salt + baking powder + sugar; (sy masukkan juga bicarbonate soda tujuan tuk memandai heee ) ... Ketepikan
  2. Panaskan/onkan waffle maker.
  3. Dalam mixer, pukul telur sehingga putih/kembang. Selepas itu masukkan susu, butter (cairkan dulu ya) dan vanilla essence,
  4. Masukkan ke dalam campuran tepung tadi, Gaul sehingga sebati dan blended all together.
  5. Sudukan 1 senduk tepung ke dalam bekas waffle, ratakan campuran tepung tadi dan tutupkan bekas waffle. 
  6. Masak sehingga golden and crisp.
  7. Letakkan filling, sy gunakan peanut butter jek. Boleh letakkan perisa peberet seperti blueberries jam dsgnya. 
  8. 'Couple'kan waffle dan boleh la dipotong. Serve dengan fruits, vanilla ice cream, whipped cream dsbgnya. 

Step By Step

  • Kita kene buat 2 adunan - kering (campuran tepung) & basah (campuran telur). So adunan kering tu, masukkan tepung ke dalam mangkuk kosong + salt + baking powder + sugar; (sy masukkan juga bicarbonate soda tuk tujuan memandai heee ) ... Ketepikan now kita buat campuran telur plaks :-






  •  Panaskan/onkan waffle maker (hati2 ya ngan anak kecil ya, temp is very2 heat, 'keful' uols) :-


  • Di dalam mixer, pukul telur sehingga kembang/putih + susu segar + butter cair + vanilla essence :-
  • Masukkan susu segar or whipping cream pun will do :-


  • Masukkan mentega cair (cairkan dlm microwave or cara double boiled atas api). Kacau bg smooth  :-



  • Masukkan campuran telur ke dalam campuran tepung, gaul rata, lau nk smooth sailing kene whip sikit ngan mixer a few saat, br dpt cunnya adunan/batter :-





  • So dah ready tuk buat waffle, first of all sapukan butter kat template, lepas tu sendukkan batter ke dalam template, ratakan batter evenly ...
 ( x sompek den nk snap pic, my boboiroi sapu butter tu speedy2 gonzalez, lebih dr kelajuan cahaya flash cameraku ..adess !! **uweks** >_<)



  • Masak waffle sehingga golden dan crispy. Angkat dan boleh la dimasukkan filling peberet uols, sy guna peanut butter with chocolate stripe jek senang, leh juga gunakan jam like strawberry, honey dsbnya  :-
  •  Potongkan waffle ikut shape dan boleh la di'serve' !
  • Sebelah lagi tu saya letakkan chocolate ganache/spread. Lepas tu couplekan waffle dan boleh la dipotong :-



Cadangan Hiasan :-
  • Boleh makan dengan fruits like strawberries + blueberries, leh drizzle ngan chocolate ganache + golden syrup + powdered sugar ... Nak heaven lagi boleh top-up ngan ice cream or thawed non-diary whipping cream ...
  • Serve immediately tau ! Waffle ni tense tu 'mengeras' so mmg kene mkn panas2 gitu ...

Oh ya, last but not least .. miss rose wish uols 'Selamat Hari Merdeka' ya. Sayang sesangat kat Bumi Bertuah Malaysia Tanah AirKu ini tp tulah la ni huru-hara, kacau-bilau dan mcm2 malapetaka menimpa disebabkan kepentingan orang2 tertentu tuk diri sendiri, IRONICnya dia sendiri x sedar + takkan sedar + pura2 x sedar kot.. 'effect'nya kesian kat kita seme huhu .. Bertabah la dan semoga Allah membuka pintu hatinya ...




logo 2016 sama je ngan 2015, recycle je, eko meleset :D ...


No comments: